|
|

|
|
Seksyen Dasar Dan Ekonomi | - Membantu merangka dan menggubal dasar-dasar berkaitan dengan Industri Ternakan Negara;
- Menyelaras perancangan Cadangan Peruntukan Projek Pembangunan Jangka Panjang, Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Belanjawan Pembangunan Tahunan;
- Menyelaras Penyediaan Perancangan Pelan BOT Industrial Master Plan, Implementation Book, KPI dan Lain-lain arahan berkaitan;
- Menyelaras dan Menyemak semua maklumat ekonomi dan data-data perangkaan ternakan yang akan diterbitkan;
- Penyediaan maklumat bagi penyediaan laporan tahunan Integrasi (Bank Negara, Soalselidik FAO, Ekonomi Perbendaharaan, Laporann Tahunan Jabatan, Laporan Import dan Eksport dan Dasar Pertanian Negara Sektor Ternakan;
- Menyediakan maklumbalas mesyuarat dan jawapan Parlimen
| Seksyen Pengesanan Dan Penilaian | - Mengendalikan program pengesanan bagi menilai kemajuan perlaksanaan program pembangunan Jabatan.
- Mengenal pasti isu dan halangan pelaksanaan projek dan mencadangkan langkah pembetulan dan penambahbaikan.
- Menilai prestasi kewangan dan fizikal projek-projek pembangunan lima tahun dan tahunan Jabatan.
- Menyediakan laporan kemajuan program/projek pembangunan industri haiwan dalam ekonomi negara.
- Menjalankan analisis prestasi dan impak program dan projek Jabatan.
- Membantu pegawai-pegawai projek memperbaiki aspek pengurusan projek-projek pembangunan.
| Seksyen Komunikasi Korporat Dan Antarabangsa | - Menyebarkan maklumat Jabatan melalui media massa, pameran, penerbitan dan Hari Bertemu Pelanggan.
- Mengendalikan aduan dan pertanyaan awam yang diterima sama ada melalui MOA, Biro Pengaduan Awam, email/telefon, warkah kepada YAB Perdana Menteri dan melalui surat khabar.
- Menguruskan penerbitan Jabatan.
- Menguruskan soalan-soalan Parlimen.
- Menguruskan lawatan rasmi pegawai Jabatan ke luar negara dan lawatan pelawat dari luar negara.
- Mengurus dan menghadiri mesyuarat dan rundingan antarabangsa: WTO/AFTA/FTA/APEC/FAO.
| Seksyen Teknologi Maklumat | - Merancang, merangka dan melaksana dasar ICT yang lengkap dan berkesan.
- Mengurus dan melaksanan projek ICT Jabatan.
- Menyediakan dan memastikan sistem rangkaian dan keselamatan ICT dalam keadaan stabil, lancar dan selamat sepanjang masa.
- Menyediakan bantuan khidmat sokongan teknikal berkaitan perkakasan dan perisian ICT.
- Menyedia dan menyelenggara perkhidmatan emel dan antivirus.
- Mengurus proses pelupusan peralatan ICT di ibu pejabat dan cawangan.
- Memberi khidmat nasihat teknikal bagi pembangunan sistem aplikasi veterinar mengikut standard dan memenuhi keperluan pengguna.
- Membangun dan menyelenggara laman web Jabatan.
- Merancang dan mengkaji perkembangan teknologi ICT ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan ICT dari masa ke semasa.
- Mengurus dan mentadbir pusat data (bilik server) Jabatan.
- Mengurus peminjaman dan menyediakan keperluan peralatan dan perisian ICT adalah mencukupi untuk pengguna JPV.
| Dikemaskini 05 Oktober 09 | |
|
|
|