Seksyen Pemakanan Haiwan |
- Menyediakan khidmat kepakaran dan pemindahan teknologi dalam bidang pemakanan ternakan.
- Menyelaras program pembangunan dan aplikasi teknologi dalam pengeluaran bahan makanan ternakan.
- Mengawalselia penguatkuasaan Akta Makanan Haiwan.
- Menjalin kerjasama dengan Jabatan/Agensi lain peringkat negara dan antarabangsa dalam pelbagai aspek berkaitan pemakanan haiwan.
|
Seksyen Teknologi Pembiakan Dan Pembakaan |
- Menyelaras perlaksanaan program peningkatan genetik dan fertiliti ternakan.
- Menyelaras perlaksanaan program pemuliharaan dan penggunaan sumber genetik haiwan.
- Menyediakan kepakaran, melatih dan membimbing pelanggan dalam aplikasi teknologi pembiakan.
- Membimbing pengusaha ternakan dalam aspek pengurusan pembiakan dan pembakaan
- Menilai kesesuaian pelbagai jenis baka untuk industri ternakan
|
Institut Bioteknologi Veterinar Kebangsaan (IBVK) |
- Mengeluarkan semen dan embrio ternakan berkualiti tinggi
- Menjalankan penyelidikan gunan dalam bidang pembiakan dan pembakaan ternakan
- Mengkaji kesesuaian dan potensi pelbagai jenis baka untuk kegunaan industri ternakan
- Memberi khidmat perundingan, bimbingan dan rujukan teknikal dalam bidang pembiakan dan pembakaan.
- Menjalankan penyelidikan, pemuliharaan dan mewujudkan pengkalan maklumat sumber genetik haiwan tempatan.
| |
Dikemaskini 05 Oktober 09