Epidemiologi Dan Kesihatan |
- Menjalankan penyelidikan ‘fundamental’ dan ‘applied’ ke atas penyakit yang telah dikenalpasti termasuk penyelidikan penyakit zoonotik dan berkepentingan ekonomikatau pengeluaran vaksin.
- Menjalankan penyelidikan impak dan epidemiologi penyakit berkepentingan zoonotik dari segi analisis ‘cost benefit’, ekonomi, sosio-ekonomi, perdagangan dengan kerjasama unit- unit lain di VRI, universiti, pihak swasta dan agensi antarabangsa.
- Menjalankan penyiasatan penyakit ternakan dilapangan bila berlaku wabak atau pada masa darurat dan membantu jabatan veterinar negeri dalam hal-hal pengawalan, pembasmian penyakit haiwan, disinfeksi premis oleh pakar-pakar anggota “Rapid Response and Action Team’
- Menjalankan ujian lapangan samaada dalam dalam menjalankan kajian ke atas haiwan, pengujian kit-kit diagnostik atau produk yang dihasilkan oleh Seksyen Teknologi Diagnostik dan Pembangunan Produk.
- Menyiasat keberkesanan ubat-ubatan dan vaksin-vaksin yang digunakan dilapangan
- Memperkukuh kepakaran dalam penggunaan statistik untuk kajian dan penyelidikan VRI
- Memperkukuh kepakaran epidemiologi, pathogenesis, kawalan penyakit pada semua jenis ternakan.
- Menjalankan penyelidikan molekular epidemiologi, mengumpul dan menyimpan maklumat molekular untuk unjuran dan analisa ‘phylogenetic’ di masa depan untuk maklumat organisma seperti mutasi dan lain-lain.
- Mengumpul, menyimpan dan menganalisa data-data epidemiologi dan data hasil penyelidikan semua unit.
- Menjalankan penyelidikan dengan pihak industri dan menjadi ‘linkage dalam penyimpanan maklumat dan masalah industri kepada jabatan dan sebaliknya.
|
Teknologi Diagnostik Dan Biologik |
- Membangun dan menjalankan penyelidikan pengeluaran dan penghasilan bahan biologik dan antigen berasaskan biologi dan pembentukan teknologi diagnostik berdasarkan bioteknologi, biologi molekular dan DNA rekombinan.
- Merperkukuh kelengkapan dan peralatan untuk kerja-kerja bioteknologi iaitu ‘software’ dan ‘hardware’ seperti sistem bioinformatik, peralatan dan bahan reagen biologi molekul penyelidikan genomik dan proteomik untuk gunasama semua seksyen dan unit-unit.
- Pengeluaran antisera, monoklonal dan poliklonal bagi virus, bakteria, parasit organisma lain dan protein semua seksyen.
- Menjadi pusat pengedaran antibodi monoklonal dan poliklonal terhadap penyakit tertentu sahaja seperti Nipah dan HPAI kepada makmal di dalam dan luar negara.
- Penyelidikan teknolgi pembuatan konjugat, proses pengawetan, penulinan,
- pengeluaran dan penghasilan bahan biologik seperti antigen, antisera, monoklonal antibodi, konjugat dan bahan biologik kegunaan diagnostik untuk kegunaan sendiri, makmal lain atau dikomersialkan.
- Menjalankan penyelidikan penyakit di lapangan bersama unit lain.
- Menjalankan kerja-kerja diagnosis dan diagnostik rujukan konvensional hinggalah ke tahap genomik dan proteomik untuk makmal veterinar kawasan dan swasta serta penyediaan laporan diagnosis.
- Menjalankan kerja-kerja diagnosis dan diagnostik rujukan untuk pemantauan penyakit di bawah ‘Program Survelan Penyakit-Penyakit Ternakan Kebangsaan’.
|
Dikemaskini 05 Oktober 09