Laman Utama // INFO DVS // Bahagian // Penguatkuasa
  
 



 
Penguatkuasa

Seksyen Operasi

  • Memberi khidmat nasihat berkaitan operasi dan perisikan maklumat kepada Penguatkuasa Negeri.
  • Memantau perancangan dan pelaksanaan operasi di peringkat Penguatkuasa Negeri.
  • Mengkaji dan merangka prosidur-prosidur operasi yang baru bagi meningkatkan keberkesanannya.
  • Mengurus aduan-aduan awam dan menangani isu-isu berbangkit, berkaitan penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan.
  • Merancang dan menyelaras keperluan logistik dan kelengkapan bagi melaksanakan operasi di lapangan.
  • Merancang dan menyelaras operasi-operasi khas dan operasi bersama dengan agensi-agensi lain bagi menangani isu-isu semasa yang menjadi tumpuan masyarakat.
  • Menyelaras Pentadbiran Am Bahagian (Perkhidmatan, Kursus dan Pengurusan Prestasi Pegawai/Kakitangan)

Seksyen Penyiasatan

  • Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang penyiasatan kes kepada Pegawai-pegawai Penyiasat di Penguatkuasa Negeri.
  • Memantau urusan penyiasatan kes-kes yang diambil di bawah Undang_Undang Jabatan yang dikuatkuasakan.
  • Menyemak dan membuat ulasan terhadap kertas siasatan bagi kes-kes bermasalah dan perlu dirujuk ke peringkat lebih tinggi.
  • Menjalankan penyiasatan terhadap kes-kes yang diperolehi daripada operasi-operasi khas dan bagi kes-kes yang memerlukan perhatian khusus.
  • Memantau proses pelupusan barang-barang kes yang telah selesai dan barang kes yang pemiliknya gagal dikenalpasti.
  • Menyelaras dan menguruskan pengkalan data berkaitan Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan.
  • Menyelaras dan memantau aspek Pengurusan Penguatkuasaan Undang_undang Jabatan.

Seksyen Pendakwaan

  • Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang pendakwaan kes dan Undang-Undang Jabatan kepada Pegawai-Pegawai Pendakwa di Penguatkuasa Negeri.
  • Memantau urusan pendakwaan kes-kes yang didaftar di bawah Undang-Undang Jabatan yang dikuatkuasakan.
  • Menjalankan pendakwaan terhadap kes-kes yang memerlukan perhatian khusus dan kes-kes yang diperolehi dalam operasi-operasi khas yang dijalankan.
  • Mengkaji peruntukan Undang-Undang Jabatan sedia ada dan mengemukakan cadangan penyelesaian bagi menangani isu-isu berbangkit dalam menguatkuasakannya.
  • Merancang dan menyelaras kempen-kempen kesedaran terhadap Undang-Undang Jabatan.
  • Menyelaraskan Pentadbiran Kewangan Bahagian
  • Menyelaras pengurusan aset dan inventori Bahagian.

                                                                                          Dikemaskini 05 Oktober 09