November 23, 2017   11:31 AM
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
 

Perutusan Ketua Pengarah

Selamat Datang ke Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

Perutusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dengan moto 'Tugas Kami Berbakti Kepada Anda' menggariskan perkhidmatan teras di dalam aspek kesihatan ternakan dan pembangunan komoditi ternakan serta beberapa perkhidmatan sokongan. Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan meliputi aktiviti kawalan, pencegahan dan pembasmian penyakit haiwan; pembangunan industri ternakan; penyelidikan di dalam bidang penyakit, pembiakan, pemakanan ternakan dan sosio-ekonomi penternak; perkhidmatan makmal dan kepastian kualiti untuk produk-produk berasaskan ternakan serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan veterinar. DVS juga menyediakan perkhidmatan konsultansi dan bimbingan kepada bakal-bakal pengusaha ternakan dan pengusaha yang telah pun berkecimpung di dalam bidang penternakan.

Selaras dengan keperluan semasa, DVS telah menggalakkan penggunaan teknologi terkini di dalam sistem penternakan terutama sistem yang mesra alam dan mematuhi piawaian antarabangsa. Pegawai-pegawai DVS telah diberikan pendedahan di dalam teknologi terkini sama ada di dalam atau di luar negara agar dapat memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan DVS.

 

Selain itu, DVS juga mempunyai tanggungjawab sosial di dalam pembasmian kemiskinan melalui penglibatan di dalam program micro-credit dan mempelbagaikan pendapatan terutama melalui pengeluaran produk asas ternakan (makanan dan bukan makanan). Program-program ternakan juga telah dikenalpasti sebagai satu daripada program yang dapat memperkayakan ekonomi desa.

DVS selaku 'custodian' haiwan memandang serius hal ehwal kesejahteraan dan kebajikan haiwan dan sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan kes-kes penginayaan haiwan dapat diatasi.

Selari dengan konsep ketelusan, laman web DVS memaparkan perkhidmatan-perkhidmatan dan maklumat-maklumat aktiviti dan industri ternakan di negara ini. DVS sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan di dalam dan di luar negara. Justeru itu, sekiranya anda mempunyai sebarang komen atau kemuskilan bolehlah dipanjangkan kepada pihak DVS untuk tindakan selanjutnya di e-mail berikut pro[a]dvs.gov.my.


Terima kasih.


'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'
 

 

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA



Kemaskini pada 2016-01-20 13:40:34 daripada Administrator DVS1

  •  
  • Print
  • Email this page


Etc/GMT+4
Jumlah Pelawat : 4543102 Tarikh Kemaskini : 23-11-2017
Hari IniHari Ini569 Jumlah PelawatJumlah Pelawat4543102