Monday, 16 December, 2019   9:54 PM

Reset Setting Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta
Laman

Lembu Fidlot

Pemasaran

Pemasaran lembu fidlot adalah merupakan salah satu aktiviti penting yang menentukan samada sesuatu projek ternakan lembu fidlot itu berdaya maju dan mapan atau sebaliknya. Harga jualan lembu fidlot adalah faktor ketiga penting yang akan menentukan samada bidangusaha tersebut menguntungkan atau sebaliknya. Pengusaha fidlot yang bijak biasanya telah menentukan dan merancang strategi pemasaran hasil fidlot mereka sebelum memulakan perusahaan.  Ini bermakna perusahaan fidlot adalah merupakan aktiviti yang berpandukan pasaran dengan mengunakan segala sumber tempatan yang ada secekap mungkin.

 

2.1   Jenis-jenis Pemasaran

 

 Terdapat empat  kaedah pemasaran utama untuk lembu fidlot :

 

 Jualan lembu hidup kepada peraih ( butcher ),

Jualan lembu hidup untuk akikah

Jualan lembu hidup untuk korban

Jualan runcit secara tunai.
 

Pasaran pertama adalah yang terbesar dan perlu dijadikan sasaran utama oleh pengusaha fidlot. Penjualan lembu hidup untuk penyembelihan terus boleh dilaksanakan samada secara terus atau melalui peraih (butcher).Pasaran kedua dan ketiga adalah bermusim dan tertakluk kepada permintaan.

 

Bagi menjamin kemapanan projek yang diusahakan,  perlu merancang strategi pemasaran meliputi kedua-dua kategori pasaran tersebut. Adalah penting menjalankan sistem fidlot berperingkat,  diusahakan samada dalam 2 atau 3 peringkat kumpulan.

 

Kumpulan

 

Bulan Ternakan Masuk

Berat Badan Masuk (kg)

Kenaikan Berat Badan Harian (kg/hari)

Target Berat Badan Jualan (kg)

Target Jualan (bulan)

 

Pertama

 

Ogos

230–260 kg

1.0 kg/hari

350–380 kg

 

Hari Raya Aidil Fitri    (Disember)

 Kedua

 

Oktober

180–230 kg

1.0 kg/hari

300–350 kg

Hari Raya  Korban     (Februari)

 Ketiga

 

Sepanjang masa

230–260 kg

1.0 kg/hari

350–380 kg

Jualan hidup kpd  ‘butcher’   (Jan - Dis) 

Jadual 1:Contoh strategi pemasaran bagi operasi penternakan fidlot 3 peringkat untuk tempoh pengemukan 4 bulan (120 hari)

 

2.2   Networking

Bagi mereka yang baru memulakan projek kerap berlaku masalah pemasaran disebabkan bidangusaha mereka belum diketahui oleh pembeli dan peraih.Berlaku juga dalam keadaan tersebut di mana pengusaha bermasaalah menetapkan harga jualan hasil mereka dan penjualan di bawah harga pasaran ini merugikan pengusaha. Kejadian sedemikan boleh menampakkan bidangusaha ini tidak berdaya maju seperti yang dimaklumkan.

 

Bagi mengatasi keadan ini adalah dicadangkan supaya pengusaha baru memperomosikan bidangusaha fidlot mereka serta berganding bahu dan sentiasa berhubung dengan pengusaha-pengusaha yang sediada. Dengan mengamalkan networking sedemikian, pemasaran lembu fidlot akan menjadi lebih lancar dan terjamin. Jaringan pemasaran ini juga boleh digunakan oleh pengusaha bagi mendapatkan bekalan lembu-lembu feeder dan juga harga makanan yang baik.

2.2   Penjualan Secara Tunai

Bidangusaha fidlot boleh rugi dan akhirnya terpaksa ditutup apabila terlalu banyak menanggung hutang. Hutang yang besar disebabkan aktiviti penjualan yang dibuat secara kredit.Usaha memungut hutang adalah merupakan satu usaha yang amat sukar dan melibatkan kos tertentu. Mereka yang berjaya hanya menjualkan hasil fidlot secara tunai.

 

Kebanyakan pengusaha fidlot berskala sederhana juga menjalankan aktiviti jualan runcit daging lembu fidlot mereka di pasar-pasar tempatan. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan pemasaran dipelbagai dan penjualan hasil fidlot berjalan dengan lancar disamping meningkatkan pendapatan. Adalah dianggarkan sebanyak RM 150.00 pendapatan tambahan boleh diperolehi melalui penjualan runcit daging bagi setiap ekor lembu fidlot. 

 

Terdapat juga pengusaha fidlot yang membuat rangkaian pemasaran melalui pasar tani dan pasar malam dengan melibatkan beberapa perkerja dan kenderaan pengangkutan khas. Semua usaha ini adalah untuk mempelbagai aktiviti pejualan lembu fidlot sebagai menjamin pemasaran yang berterusan dan seterusnya menjamin bidangusaha projek ternakan lembu fidlot berdaya maju dan mapan.

 

 

Pengusaha Fidlot yang berjaya memasarkan hasil mereka terus kepada pelanggan secara tunai



Kemaskini pada 2015-11-03 11:30:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page