PROTOKOL INTERIM 1 SURVELAN PENYAKIT SELESEMA BABI
PROTOKOL INTERIM 1
SURVELAN PENYAKIT SELESEMA BABI
Swine Influenza dan Influenza A (H1N1)
(PERSAMPELAN LADANG BABI)
 

DEFINASI KES: Swine Influenza A (H1N1)

  • Babi yang menghidapi demam pernafasan akut yang dijangkiti Swine Influenza virus dan disahkan oleh makmal Institut Penyelidikan Haiwan (VRI) melalui satu atau dua ujian berikut 1). rRT-PCR dan 2). pengasingan virus.

Kes mungkin

  • Babi yang menunjukkan gejala pernafasan seperti selesema, batuk, berhingus, sukar bernafas; suhu rektum yang tinggi (42°C); tidak mahu makan dan lemah. Kadar kematian yang tinggi di kalangan anak babi dan berlaku keguguran di kalangan induk yang bunting.
 

Kes disahkan

  • Babi yang disahkan terjangkit dengan virus influenza A (H1N1) melalui ujian real-time reverse transcriptase PCR (rRT-PCR) atau pengasingan virus yang disahkan di Institut Penyelidikan Veterinar, Ipoh.
 

OBJEKTIF

  • Survelan epidemiologi ini bertujuan untuk mengesan kehadiran virus Swine Influenza dan influenza A (H1N1) dalam ladang ternakan babi Malaysia dan menilai faktor risiko perjangkitan dan zoonosis penyakit selesema babi
  • Untuk mengesan antibodi virus influenza H1N1 dalam ladang yang telah terjangkit dan sekiranya menunjukkan prevalen yang tinggi akan dijalankan penyiasatan lanjutan yang lebih rapi.
 

SASARAN PERSAMPELAN

  • semua ladang babi dalam sesabuah negeri adalah terlibat
  • Sasaran persampelan ialah kumpulan epidemiologi porker dan breeder (boar dan/atau sow)
  • Sampel di ambil secara rawak
 

JENIS SAMPEL


1. Sampel SERUM
  • Ambil sampel darah sebanyak 10 ml untuk mendapatkan serum
  • Gunakan venojet tube jenis “plain“ dan jarum saiz 18G
  • Ambil darah dari pembuluh darah vena cava cranialis
2. Sampel SWAB NASAL
  • Ambil sampel nasal dari lelehan hidung atau hingus dengan cara steril
  • masukkan dalam botol yang mengandungi transport media”; MEM- minimal essential media.
 

BILANGAN SAMPEL (semua jenis sampel)

1. Jumlah sampel yang perlu diambil bagi sesebuah ladang adalah mengikut
pengiraan darjah keyakinan 95% pada prevalens 25% per kumpulan
epidemiologi.
a. Bilangan sampel yang diperlukan ialah dua belas (12)
b. Contoh:
i. Bilangan sampel bagi kumpulan breeder ialah 12 dan
kumpulan porker 12, menjadikan jumlah semua bilangan
sampel bagi sesabuah ladang sebanyak 24.
2. Sila lebihkan dua atu tiga sampel untuk menampung sampel yang nanti
tidak sesuai diuji contohnya rosak atau tidak cukup bahan.
 

SAMPEL BOLEH DI KUMPULKAN

1. Enam (6) sampel nasal Swab dalam transport media disatukan dalam satu bekas (gunakan universal bottle) dan dikira sebagai satu kumpulan
2. sampel serum/darah TIDAK BOLEH di satukan.

Ini bermaksud, bagi satu ekor babi bilangan sampel diperlukan ialah
tiga (3) yang mengandungi:

  • satu sampel serum,
  • satu sampel nasal swab B (dalam transport media).

Bagi sesebuah ladang babi sampel yang perlu di kutip secara rawak adalah
Sampel Bilangan
Breeder
Bilangan
Porker
Jumlah
(minimum)
Swab nasal 12 12 24
Serum 12 12 24
 

PENGHANTARAN SAMPEL

1. Sempurnakan borang penghantaran sampel (MAKVET 03) dan pastikan nama pemilik dan no kod ladang adalah betul dan tepat.
2. Penghantaran sampel menggunakan kotak atau bekas kedap udara dalam keadaan sejuk (4o
C) misalnya menggunakan pek ais/ais kering.
3. Semua spesimen hendaklah dilabelkan sebagaimana keperluan pihak makmal
4. Hantar sampel dengan borang yang lengkap makmal yang terdekat. Sebelum menghantar sampel, sila berhubung dengan pihak makmal
melalui telefon.
5. Makmal dengan rRT-PCR ialah VRI, PJ, KB
6. Sesalinan borang peghantaran contoh (Untuk kegunaan Makmal) dan Borang Laporan Survalen (Lampiran 1) hendaklah di fax kan ke Pusat Kawalan Penyakit (Bilik Gerakan) di Ibu Pejabat. Borang Laporan Survelan berkenaan hendaklah sampai selewat-lewatnya pada petang sampel itu di kutip.
7. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat Kawalan Penyakit (Bilik Gerakan) u/p Dr. Mohd Mokhtar Arshad, no. Tel:03-88702004/017-
6531705