PROGRAM PENGAWALAN DAN PENCEGAHAN

PROGRAM PENGAWALAN DAN PENCEGAHAN
INFLUENZA A/H1N1 PADA BABI
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

 

MATLAMAT
  1. Mengawal dalam jangkamasa panjang kejadian (insiden dan prevalen) kes selsema babi yang disebabkan oleh SIV (H1N1 dan H3N2) atau yang baru muncul pada ternakan di ladang babi seluruh negara.
  2. Menetapkan tahap biosekuriti yang tinggi di ladang babi menerusi perlaksanaan amalan penternakan yang terbaik (bestari dan lestari).
RASIONAL
  1. Babi dianggap sebagai ‘haiwan pengadun virus’ (mixing vessel): yang mana virus influenza bawaan dari berbagai jenis haiwan yang lain (seperti manusia, unggas, anjing, kucing, dll) boleh bercampur dan bertukar bentuk (assortment) menjadi virus baru (novel).
  2. Strategi Program Pengurangan Risiko Selesema Babi, bertujuan mengekang peranan babi sebagai pengadun virus dan dengan itu, risiko untuk babi menghasilkan virus selesema yang baru menjadi kecil.
  3. Pemakaian sistem amalan penternakan yang ‘beslestari’ (bestari dan lestari) mempastikan faktor risiko kejadian selsema yang lain dapat dikurangkan ke tahap yang tidak merbahaya. Seterusnya, penternakan babi akan lebih teratur dan tidak menyumbang kepada risiko penyakit manusia (zoonotik) dimasa depan.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB:
A. JAWATANKUASA BERTINDAK PENGAWALAN DAN PENCEGAHAN INFLUENZA A/H1NI JPV (PUTRAJAYA)
  1. Bertanggung-jawab kepada KSU, MOA bagi menasihati pihak YB MOA langkah-langkah semasa yang diambil dan pencapaian perlaksanaan Program Pengawalan dan Pencegahan Influenza A/H1N1 pada ternakan.
  2. Bertanggung-jawab sebagai pengantara MOA dengan semua Kementerian dan Agensi Kerajaan berkenaan yang terlibat dalam pengawalan Influenza A/H1N1.
B. JAWATANKUASA PELAKSANA PENGAWALAN DAN PENCEGAHAN INFLUENZA A/H1NI JPV (NEGERI)
  1. Bertanggung-jawab kepada JK Bertindak dan Pihak Berkuasa Negeri bagi memaklumkan langkah-langkah terkini yang diambil dan pencapaian perlaksanaan Program Pengawalan dan Pencegahan Influenza A/H1N1 pada ternakan di Peringkat Negeri.
  2. Bertanggung-jawab sebagai pengantara JPV dengan semua Kementerian dan Agensi berkenaan yang terlibat dalam pengawalan Influenza A/H1N1 termasuk penternak dan persatuan penternak (NGOs).
PERANAN DAN TUGAS:
A. SURVELENS DAN EPIDEMIOLOGI
  1. Menyelaras program peninjauan ke atas semua ladang babi seluruh negara (N=775) bagi mempastikan;
    • kewujudan sebarang kejadian selesema babi menerusi pemeriksaan klinikal terutamanya keatas kumpulan porker dan pembiak (sows dan boars).
    • prevalen serologi selesema babi (H1N1 dan H3N2) menerusi penyampelan 24 contoh darah (12 porker, 10 sows dan 5 boars) bagi setiap ladang.
    • kewujudan virus selsema babi (H1N1, H3N2 atau lain-lain SIV) \menerusi penyampelan contoh calitan nasal terutama dari ternakan yang menunjukkan gejala respiratori (24 sampel) dan seterusnya menjalankan epidemiologi molekular bagi mengetahui ciri virus.
  2. Menyelaras program peninjauan keatas semua abatoir babi seluruh negara (N=24) bagi mempastikan;
    • sebarang kejadian (insiden) selsema babi menerusi pemeriksaan klinikal keatas semua babi yang dihantar ke abatoir.
    • kewujudan virus selsema babi menerusi penyampelan contoh calitan nasal terutama dari ternakan yang menunjukkan gejala respiratori (24 sampel sehari).
B. KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
  1. Menguruskan perolehan peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan bagi tujuan pengurangan risiko penyakit seperti;
    • perolehan bahan biologikal seperti vaksin serta disinfektan yang berkesan
    • termasuk pakaian keselamatan dan alat perlindungan peribadi bagi
    • kakitangan yang terlibat dalam program dilapangan.
    • penjadualan kumpulan kerja dengan memobilisasikan kakitangan kawalan penyakit dan kenderaan bila timbul keperluan.
    • mengatur kenderaan bagi tujuan kawalan penyakit disetiap negeri.
  2. Merancang tindakan pengurangan risiko jangkitan penyakit menerusi perlaksanaan;
    • sucihama keseluruhan ladang dua kali seminggu menggunakan disinfektan yang diluluskan.
    • program biosekuriti ladang yang ketat lagi berkesan.
    • pemvaksinan semua babi dalam ladang menggunakan vaksin yang diluluskan oleh kerajaan. Kerja pemvaksinan boleh diberi kepada pengamal swasta yang diiktirafkan.
C. PEMPROSESAN SAMPEL DAN DIAGNOSTIK (VRI dan MVK)
  1. Mengatur jadual penghantaran, penerimaan, dan pemprosesan sampel serta mempastikan supaya;
    • sampel darah diproses di Makmal Veterinar Kawasan di setiap negeri/zon. Serum yang telah diproses dilabel dan dihantar ke VRI dalam keadaan yang selamat.
    • calitan nasal yang disimpan didalam transport media dihantar dalam keadaan yang sesuai dan selamat ke VRI.
  2. Mengendali kerja diagnostik seperti;
    • perlaksanaan assay ELISA keatas contoh-contoh serum mengikut protokol OIE.
    • mengkultur calitan nasal didalam media yang bersesuaian termasuk proses beberapa pasaj mengikut protokol OIE.
D. PUSAT MEDIA
  1. Menyelaras keputusan dari kegiatan pemeriksaan ladang dan makmal k Pusat Kawalan Wabak setiap hari bagi tujuan;
    • pelaporan kepada YB MOA dan Kementerian Kesihatan (MOH) selepas persetujuan KPPV.
    • pengumuman kepada media massa (TV, radio dan akhbar) mengenai keputusan-keputusan setelah diluluskan oleh pihak YBMOA/KSU/KPPV.
  2. Menyalur dan menyebarkan maklumat mengenai tindakan yang diambil oleh Kerajaan (JPV) bagi;
    • memaklumi penternak dan tuanpunya ladang babi seluruh negara mengenai program kawalan termasuk langkah-langkah keselamatan
    • pekerja dan ladang (menyediakan protokol).
    • mengatur sidang akhbar dan temuramah dengan pihak media massa.
  3. Menyelaras maklumat yang diterima dari lain-lain Kementerian dan Agensi Kerajaan bagi tujuan;
    • mengemaskini kedudukan wabak serta pemakain peraturanperaturan tertentu.
    • berhubung dengan badan kesihatan haiwan sedunia (OIE/CDC) dan pusat-pusat kawalan dan penyiasatan influenza serantau.
    • mengatur sidang akhbar dan temuramah dengan pihak media massa.

 

 

JAWATANKUASA BERTINDAK PENGAWALAN DAN PENCEGAHAN INFLUENZA A/H1N1 JPV (PUTRAJAYA)

 

 
Pusat Kawalan Wabak JPV, Putrajaya

 

 

JAWATANKUASA PELAKSANA PENGAWALAN DAN PENCEGAHAN INFLUENZA A/H1N1 JPV (NEGERI)

 

 
Pusat Kawalan Wabak JPV, Negeri