PERSAMPELAN DI RUMAH SEMBELIH

PROTOKOL INTERIM 1 - SURVELAN PENYAKIT SELESEMA BABI
Swine Influenza dan Influenza A (H1N1)
(PERSAMPELAN DI RUMAH SEMBELIH/ABATOIR)

 

DEFINASI KES: Swine Influenza A (H1N1)

Babi yang menghidapi demam pernafasan akut yang dijangkiti Swine Influenza
virus dan disahkan oleh makmal Institut Penyelidikan Haiwan (VRI) melalui
satu atau dua ujian berikut 1). rRT-PCR dan 2). pengasingan virus.
OBJEKTIF
 

PERSAMPELAN

1. Pemeriksaan ante mortem: semua babi yang menunjukkan tanda klinikal
influenza seperti demam, batuk, bersin, sesak nafas, murung, mata dan
hidung berair
2. Pemeriksaan post mortem: babi yang menunjukkan tanda-tanda
patologi gross pada paru-paru dan babi ante mortem yang menunjukkan
tanda klinikal seperti diatas.
Ambil tisu lesi pneumonic untuk pengesanan dan pengasingan virus;
tiada pengawet

3. Sampel NASAL SWAB
Ambil sampel lelehan hidung atau hingus dengan cara steril dengan
menggunakan:

a. Swab dalam transport media; MEM- minimal essential media.
Untuk ujian PCR dan pengasingan virus influenza A(H1N1), jika
ada
b. Ambil 10 swab nasal dari satu lot babi dan boleh di kumpulkan
dalam satu botol transport media

BILANGAN SAMPEL

4. Ambil dari semua lot babi tetapi tidak melebihi dari 10 lot bagi setiap
abatoir seminggu
5. Pilih lot secara rawak PENGHANTARAN SAMPEL
PENGHANTARAN SAMPEL
1. Sempurnakan borang penghantaran sampel dan pastikan nama pemilik
dan no kod ladang adalah betul dan tepat.
2. Penghantaran sampel menggunakan kotak atau bekas kedap udara
dalam keadaan sejuk (4o
C) misalnya menggunakan pek ais/ais kering.
3. Semua spesimen hendaklah dilabelkan sebagaimana keperluan pihak
makmal
4. Hantar sampel dengan borang yang lengkap ke VRI atau makmal yang
terdekat. Sebelum menghantar sampel, sila berhubung dengan pihak
makmal melalui telefon
5. Sesalinan borang peghantaran contoh dan Borang Laporan Survelan
(yang boleh dicapai dalam website Jabatan http://www.dvs.gov.my)
hendaklah difaxkan ke Pusat Kawalan Penyakit (Bilik Gerakkan – 03-
88886472) di Ibu Pejabat. Borang Laporan Survelan berkenaan
hendaklah sampai selewat-lewatnya pada petang sampel itu di kutip.