Seksyen Pembangunan Sumber Genetik Seksyen Pembangunan Sumber Genetik

Seksyen Pembangunan Sumber Genetik mengendalikan 13 buah ladang jabatan terdiri dari 5 ladang lembu pedaging, 1 ladang lembu tenusu, 5 ladang bebiri/kambing, 1 ladang haiwan eksotik dan 1 ladang itik yang bertujuan mengeluarkan bak/bibit ternakan yang bermutu.



i. Pusat Ternakan Haiwan Air Hitam
Ladang ini adalah satu-satunya ladang lembu tenusu milik jabatan. Baka yang dikeluarkan adalah Jersey dan Mafriwal.


Pengurus,
Pusat Ternakan Haiwan Air Hitam,
Peti Surat 526, 86009 Kluang, Johor.
Tel : 07 - 759 6934
Faks : 07 - 759 6933

ii. Pusat Ternakan Haiwan Tanah Merah
Ladang ini terletak di Tanah Merah,Kelantan dan mengeluarkan baka Kedah-Kelantan.

Pengurus,
Pusat Ternakan Haiwan Pantai Timur,
17510 Tanah Merah, Kelantan.
Tel : 09 – 958 1382
Faks : 09 – 958 1382


iii. Pusat Ternakan Haiwan Tersat
Pusat Ternakan Haiwan Tersat telah mula dimajukan pada tahun 1973 oleh Maju Ternak dan diambil alih oleh Jabatan pada tahun 1982. Objektif ladang ini adalah untuk memperkembangkan sumber genetik bagi lembu pedaging. Ternakan yang terdapat di ladang ini ialah Lembu Yellow Cattle dan Kedah-Kelantan.

 

Pengurus,
Pusat Ternakan Haiwan Tersat,
21700 Kuala Berang,
Terengganu
Tel : 09 – 626 3005
Faks : 09 – 623 9025

iv. Pusat Ternakan Haiwan Jelai Gemas
Ladang ini berfungsi sebagai ‘Weaners Park’ bagi semua ladang-ladang jabatan.
       
Pengurus,
Pusat Ternakan Haiwan Jelai Gemas,
Batu 7, Jalan Rompin,
73400 Gemas, Negeri Sembilan.
Tel : 06 – 457 6248
Faks : 06 – 457 6139

v. Pusat Ternakan Haiwan Ulu Lepar
Ladang ini mengeluarkan bibit dan baka Lembu Nellore yang diimport dari Brazil dan juga Brahman dari Australia.
           
Pengurus,
Pusat Ternakan Haiwan Ulu Lepar,
KM 42, Jalan Gambang,
26020 Kuantan, Pahang.
Tel : 09 - 478 0264
Faks : 09 - 478 0894

vi. Pusat Ternakan Haiwan Chalok
Terletak di Kg Putera Jaya, Permaisuri, Setiu, Terengganu berhampiran jalan utama dari Kuala Terengganu ke Kelantan. Di ladang ini terdapat bebiri jenis Barbados Black Belly dan Moradanova.
       
Pengurus,
Pusat Pembiakan Kambing/Bebiri Chalok,
22100 Permaisuri, Setiu,
Terengganu
Tel : 09 – 609 9331
Faks : 09 – 609 9331


vii. Pusat Pembiakan Kambing/Bebiri Gajah Mati
Ladang ini terletak 21 km dari bandar Alor Setar dan 1.6 km dari pekan Pokok Sena. Ternakan yang terdapat di ladang ini ialah bebiri Damara yang dibawa masuk daripada Australia.

Pengurus,
Pusat Pembiakan Kambing Bebiri Gajah Mati,
06400 Pokok Sena,
Kedah.
Tel : 04 – 782 1926
Faks : 04 – 782 1926

viii. Pusat Pembiakan Kambing/Bebiri Jeram Pasu
Ladang ini ditubuhkan pada tahun 1983 di bawah Projek Pertanian Bersepadu Kemasin, Semerak. Pada tahun 1990 ladang ini telah diserap kembali di bawah Jabatan. Ladang ini terletak kira-kira 12km dari bandar Pasir Putih dan 45km dari Kota Bharu. Ternakan yang terdapat di ladang ini ialah bebiri Damara.
       
Pengurus,
Pusat Pembiakan Kambing/Bebiri Jeram Pasu
Padang Pak amat
16800 Pasir Puteh, Kelantan
Tel : 09 – 7520971
Faks : 09 – 7521029

ix. Pusat Pembiakan Kambing Kg. Kuala Pah
Terletak di mukim Kuala Klawang dalam daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Jarak dari bandar Seremban ke Pekan Kuala Klawang lebih kurang 35km dan dari pekan Kuala Klawang ke Pusat ini lebih kurang 10km. Ternakan yang terdapat di ladang ini ialah kambing Boer.

Pengurus,
Pusat Pembiakan Kambing/Bebiri
Kg.Kuala Pah,
71600 Kuala Klawang,
Jelebu, egeri Sembilan
Tel : 06 – 613 6080
Faks : 06 – 613 6080

x. Pusat Ternakan Haiwan Pondok Tanjung
Ladang ini adalah gantian kepada PTH Behrang Ulu, Tanjung Malim yang telah diambil alih oleh Syarikat Automobil Proton pada tahun 1996. Ia terletak di KM24, Jalan Selama dengan keluasan 2529.42 ekar di dalam Daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Ternakan yang terdapat di sini ialah kambing Boer yang dibawa masuk dari Australia.
   
Pengurus,

Pusat Ternakan Haiwan Pondok Tanjong,
KM 24, Jalan Selama, P.O BOX 45,
34000 Taiping, Perak.
Tel : 05 – 891 2275
Faks : 05 – 891 2275

xi. Pusat Ternakan Haiwan Lenggong
Ladang ini adalah sebahagian daripada gantian kepada Pusat Ternakan Haiwan Behrang Ulu oleh Kerajaan Negeri Perak. Ladang ini asalnya adalah sebahagian dari Hutan Simpan Bintang Hijau, terletak di KM15 Jalan Lenggong-Bagan Serai, Mukim     Lenggong, Daerah Hulu Perak. Sesuai dengan kedudukannya di Banjaran Bintang, sebahagian kawasan yang bercerun, berlurah dan berpermatang sempit dikekalkan keadaan asalnya untuk pemuliharaan haiwan eksotik.Ternakan utama di sini adalah rusa Timorensis dan Sambar.
   
Pengurus,
Pusat Ternakan Haiwan Lenggong,
33400 Lenggong, Prak.
Tel : 05 - 767 4006/4007
Faks : 05 - 767 4008

xii.  Pusat Pembiakan Itik Paya Jaras
Merupakan satu-satunya ladang itik milik Jabatan dan menjalankan penternakan itik secara sistem tertutup. Pusat ini menjalankan kegiatan menternak itik Muscovy, Khaki Campbell dan Golden White Layer.

Pengurus,
Pusat Pembiakan Itik Paya Jaras,
47000 Sungai Buloh,
Selangor.
Tel : 03 – 6156 8105/8372
Faks : 03 – 6156 8371

 
  • MOA
  • DOA
  • DOF
  • MARDI
  • FAMA
  • LKIM
  • LPP
  • AgroBank
  • KADA
  • LPNM
  • TEKUN
  • MAQIS
  • MyGov
  • JPA
  • MSC
  • HALAL
  • IIM
  • SMEInfo
  • MyID
  • PEMUDAH
  • BLESS
  • AgroHypermart
  • RTC
  • ASEAN
  • OIE
  • FAO
  • WTO
  • JICA
  • WVA
  • UPM
  • UMK
  • PERHILITAN
  • NRE
  • NRE