LOGO VHM

LATAR BELAKANG

Program Pemeriksaan dan Akreditasi Veterinar telah diwujudkan sejak dari tahun 1980 an lagi bagi memperkemas sistem pengesahan dan pensijilan veterinar bagi hasilan ternakan dan ayam untuk tujuan eksport. Di bawah program ini semua loji-loji yang telah diakreditasi dianugerahkan Logo VHM (Veterinary Health Mark). Perlaksanaan program ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari pihak industri pemprosesan hasilan ternakan dan pengguna. Ternyata penganugerahan logo dapat menyingkatkan masa memproses dokumentasi eksport dari beberapa minggu ke beberapa hari sahaja. Oleh kerana sifatnya yang proaktif dan menjimatkan masa, program ini telah dicalonkan dan telah memenangi Anugerah Inovasi Sektor Awam Kerajaan Malaysia tahun 1995.

Logo VHM merupakan harta intelek Kerajaan mengikut tafsiran Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam, No.5 tahun 1999. Berasaskan fakta ini, Kerajaan mempunyai hak mutlak ke atas penggunaannya. Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) juga telah diamanahkan tanggungjawab mengatur penggunaan komersil dan mencegah penyalahgunaannya, selaras dengan kuasa yang di perturunkan oleh Kerajaan. Logo VHM telah diklasifikasikan sebagai "Certification Trade Mark"(Class 16, 29 and 44) dibawah "Trade Marks Regulation 1997/ "Trade Marks Act 1976".

Isi Kandungan

PERKARA
1. LOGO 'VETERINARY HEALTH MARK' VHM
2. CIRI PENYERTAAN
3. PROSEDUR PERMOHONAN
5. PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
6. PROSEDUR KELULUSAN
7. SYARAT PENGGUNAAN LOGO
8. SYARAT PEMBATALAN LOGO
9. FAEDAH SKIM
10. BORANG PERMOHONAN MENYERTAI PROGRAM LOGO VHM
11. MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
12. SENARAI LOJI-LOJI BERLOGO "VHM"