Direktorat OBJEKTIF SEKSYEN DIREKTORAT Mengenalpasti, memperkukuh dan menambahbaik sistem penyampaian Jabatan. FUNGSI UTAMA DIREKTORAT - Menjalankan tugas mengurus, menyelaras dan menyampaikan arahan daripada Pihak Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia
- Memastikan setiap arahan yang disampaikan mendapat maklumbalas dengan segera, tepat serta betul.
- Membuat penyelarasan dan tapisan ke atas semua maklumbalas yang diterima samada dari sumber dalaman ataupun luaran sebelum disampaikan kepada pihak tertinggi Jabatan Veterinar Malaysia.
- Mengeluarkan arahan daripada Pihak Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
| Bahagian Khidmat Pengurusan SEKSYEN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ASET - Memberi khidmat nasihat dalam semua urusan Pentadbiran dan Pengurusan Aset
- Bertindak sebagai pihak Perantaraan antara Jabatan dengan agensi-agensi lain.
- Bertanggungjawab mengawal dan mengemaskinikan semua rekod yang berkaitan dengan Pentadbiran dan Pengurusan Aset
- Bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan kakitangan
SEKSYEN PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN - Memberi khidmat nasihat dalam semua urusan Perkhidmatan dan Perjawatan
- Mengendalikan semua urusan personal dari pengambilan hingga persaraan
- Bertanggungjawab mengawal dan mengemaskinikan semua rekod yang berkaitan dengan Perkhidmatan dan Perjawatan
- Bertanggungjawab dalam hal urusan tatatertib.
SEKSYEN KEWANGAN DAN AKAUN - Memberi khidmat nasihat dari segi peraturan kewangan kepada semua bahagian.
- Bertanggungjawab untuk mengawal dan mengesan semua peruntukan belanjawan mengurus.
- Mengendalikan semua urusan Perkhidmatan kewangan seperti pembayaran gaji, urusan stor dan lain-lain.
| Bahagian Perancangan SEKSYEN DASAR DAN EKONOMI - Membantu merangka dan menggubal dasar-dasar berkaitan dengan Industri Ternakan Negara;
- Menyelaras perancangan Cadangan Peruntukan Projek Pembangunan Jangka Panjang, Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Belanjawan Pembangunan Tahunan;
- Menyelaras Penyediaan Perancangan Pelan BOT Industrial Master Plan, Implementation Book, KPI dan Lain-lain arahan berkaitan;
- Menyelaras dan Menyemak semua maklumat ekonomi dan data-data perangkaan ternakan yang akan diterbitkan;
- Penyediaan maklumat bagi penyediaan laporan tahunan Integrasi (Bank Negara, Soalselidik FAO, Ekonomi Perbendaharaan, Laporann Tahunan Jabatan, Laporan Import dan Eksport dan Dasar Pertanian Negara Sektor Ternakan;
- Menyediakan maklumbalas mesyuarat dan jawapan Parlimen
SEKSYEN PENGESANAN DAN PENILAIAN - Mengendalikan program pengesanan bagi menilai kemajuan perlaksanaan program pembangunan Jabatan.
- Mengenal pasti isu dan halangan pelaksanaan projek dan mencadangkan langkah pembetulan dan penambahbaikan.
- Menilai prestasi kewangan dan fizikal projek-projek pembangunan lima tahun dan tahunan Jabatan.
- Menyediakan laporan kemajuan program/projek pembangunan industri haiwan dalam ekonomi negara.
- Menjalankan analisis prestasi dan impak program dan projek Jabatan.
- Membantu pegawai-pegawai projek memperbaiki aspek pengurusan projek-projek pembangunan.
SEKSYEN KOMUNIKASI KORPORAT DAN ANTARABANGSA - Menyebarkan maklumat Jabatan melalui media massa, pameran, penerbitan dan Hari Bertemu Pelanggan.
- Mengendalikan aduan dan pertanyaan awam yang diterima sama ada melalui MOA, Biro Pengaduan Awam, email/telefon, warkah kepada YAB Perdana Menteri dan melalui surat khabar.
- Menguruskan penerbitan Jabatan.
- Menguruskan soalan-soalan Parlimen.
- Menguruskan lawatan rasmi pegawai Jabatan ke luar negara dan lawatan pelawat dari luar negara.
- Mengurus dan menghadiri mesyuarat dan rundingan antarabangsa: WTO/AFTA/FTA/APEC/FAO.
SEKSYEN TEKNOLOGI MAKLUMAT - Merancang, merangka dan melaksana dasar ICT yang lengkap dan berkesan.
- Mengurus dan melaksanan projek ICT Jabatan.
- Menyediakan dan memastikan sistem rangkaian dan keselamatan ICT dalam keadaan stabil, lancar dan selamat sepanjang masa.
- Menyediakan bantuan khidmat sokongan teknikal berkaitan perkakasan dan perisian ICT.
- Menyedia dan menyelenggara perkhidmatan emel dan antivirus.
- Mengurus proses pelupusan peralatan ICT di ibu pejabat dan cawangan.
- Memberi khidmat nasihat teknikal bagi pembangunan sistem aplikasi veterinar mengikut standard dan memenuhi keperluan pengguna.
- Membangun dan menyelenggara laman web Jabatan.
- Merancang dan mengkaji perkembangan teknologi ICT ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan ICT dari masa ke semasa.
- Mengurus dan mentadbir pusat data (bilik server) Jabatan.
- Mengurus peminjaman dan menyediakan keperluan peralatan dan perisian ICT adalah mencukupi untuk pengguna JPV.
| Bahagian Pengurusan Biosekuriti dan SPS SEKSYEN ZOONOSIS DAN KESIHATAN AWAM - Merancang dan menyelaras program pengawalan penyakit-penyakit zoonotik
- Menyelaras program pengawalan penyakit bawaan makanan dan residu makanan
- Menyelaras dan mengawal penggunaan biologik dan drug veterinar
- Menyelaras dan melaksanakan program dan aktiviti kebajikan haiwan bersama agensi kerajaan dan swasta
- Meningkatkan kesedaran mengenai penyakit zoonotik, keselamatan makanan dan kebajikan haiwan
SEKSYEN PEMERIKSAAN VETERINAR - Merancang, menyelaras, mengurus dan menjalankan pemeriksaan veterinar
- Pemeriksaan loji dan rumah sembelih luar negara untuk keperluan bahan mentah di dalam Negara
- Melaksanakan kawalan kualiti dan keselamatan ternakan dan produk berasaskan haiwan
- Menjalankan pemeriksaan
| Bahagian Diagnostik dan Kepastian Kualiti VISI KAMI Pihak berkuasa veterinary yang kompeten berkhidmat untuk industry haiwan demi kesejahteraan manusia. MISI KAMI Menyediakan perkhidmatan veterinary yang berkualiti bagi menjamin kepentingan awam dan industri haiwan yang mapan demi kesejahteraan manusia. OBJEKTIF - Memperkasa dan mengekalkan status kesihatan haiwan yang diyakini lagi kondusif untuk industri haiwan
- Memastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit zoonotik dan penghasilan makanan berasaskan haiwan yang bersih dan selamat
- Menggalakkan pengeluaran ternakan mapan dan industri tambah nilai
- Meneroka, membangun dan menggalakkan penggunaan teknologi dan sumber secaraoptimum dalam industri berasaskan haiwan
- Menganjurkan amalan kebajikan haiwan dalam semua aspek pemeliharaan dan sistem pengeluaran
SEKSYEN AUDIT DAN PERSIJILAN - Menjalankan khidmat audit ladang, loji & makmal swasta.
- Melaksanakan proses persijilan ladang, loji & makmal swasta.
SEKSYEN PEMBANGUNAN SISTEM KUALITI - Menilai pengalaman dan penerapan sistem kualiti di peringkat Jabatan dan industri.
- Menerajui perundingan dan bimbingan dalam bidang sistem kualiti Jabatan.
SEKSYEN PERKHIDMATAN MAKMAL - Merancang dan mengawas perkhidmatan analisis dan diagnosis penyakit haiwan dan zoonotik.
- Merancang dan mengawas khidmat analisis kualiti dan keselamatan produk haiwan.
- Merancang dan mengawas khidmat analisis makanan ternakan dan toksikologi
- Merancang dan mengawas khidmat analisis perundingan dan pembangunan teknik analisis dan diagnosis penyakit haiwan.
MAKLUMAT TAMBAHAN Carta Organisasi Bahagian Diagnostik dan Kepastian Kualiti Misi, Visi Bahagian Diagnostik dan Kepastian Kualiti | Bahagian Latihan Dan Pembangunan Kerjaya SEKSYEN PENGURUSAN LATIHAN - Menyediakan program latihan industri haiwan dan perkhidmatan veterinar
- Menyediakan dan mengenalpasti tenaga pengajar yang terlatih
- Mengurus latihan dalam dan luar negara
- Mengurus jalinan kerjasama dengan agensi awam dan swasta berkaitan dengan industri haiwan
- Membuat penilaian program latihan
SEKSYEN PEMBANGUNAN KOMPETENSI - Merancang keperluan tenaga kerja untuk industri haiwan (MRP)
- Merancang dan membangunkan kerjaya dan kompetensi anggota jabatan
- Menyediakan dan membuat penambahbaikan sukatan peperiksaan dan kurikulum kursus PTK
- Membuat penambahbaikan sistem, proses, prosidur dan teknologi latihan berkaitan industri haiwan dan perkhidmatan veterinar
- Menjalankan pengesanan dan penilaian strategi dan impak program pembangunan sumber manusia
| Bahagian Pembangunan Sumber Teknologi Ternakan OBJEKTIF i. Meningkatkan kualiti sumber genetik ternakan. ii. Meningkatkan penggunaan teknologi dalam bidang pemakanan, pembiakbakaan dan pengurusan ladang ternakan. iii. Meningkatkan kepakaran teknikal dalam bidang teknologi penternakan. FUNGSI i.Pembangunan dan pengurusan ladang-ladang ternakan Jabatan. ii.Pengeluaran baka ternakan, semen beku serta embrio berkualiti. iii.Pengurusan program pembiakan dan pembakaan bagi meningkatkan kualiti genetik ternakan negara. iv.Pengurusan program peningkatan pengeluaran sumber makanan ternakan berkualiti. SEKSYEN PEMAKANAN HAIWAN Objektif : - Meningkatkan kesediaadaan sumber makanan ternakan berkualiti dan ekonomik.
- Meningkatkan taraf pemakanan ternakan supaya mencapai daya pengeluaran yang optimum.
- Mempelbagaikan sumber alternatif yang bersesuaian sebagai makanan haiwan.
Fungsi : - Menyediakan khidmat kepakaran dan pemindahan teknologi dalam bidang pemakanan ternakan.
- Menyelaras program pembangunan dan aplikasi teknologi dalam pengeluaran bahan makanan ternakan.
- Menilai pelbagai sumber yang sesuai dan berpotensi sebagai bahan makanan ternakan.
- Mengawalselia penguatkuasaan Akta Makanan Haiwan.
- Menjalin kerjasama dengan Jabatan/ Agensi lain peringkat negara dan antarabangsa dalam pelbagai aspek berkaitan pemakanan haiwan.
SEKSYEN PEMBANGUNAN SUMBER GENETIK Objektif : - Meningkatkan kualiti baka ternakan secara berterusan.
- Meningkatkan pengeluaran baka ternakan dengan penggunaan tanah secara optimum.
- Memperluaskan penggunaan teknologi dalam sistem pengeluaran dan pengurusan ternakan.
Fungsi : - Menguruskan pembangunan ladang-ladang Jabatan sebagai model ladang komersil berimpak tinggi.
- Menyelaras pengeluaran baka ternakan bernilai biak tinggi.
- Menilai dan menambahbaik pelbagai teknologi dan sistem pengeluaran ternakan.
- Memberikan khidmat kepakaran teknikal, bimbingan dan latihan dalam aspek pengeluaran dan pengurusan ternakan.
- Menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang kajiselidik gunaan.
SEKSYEN TEKNOLOGI PEMBIAKAN DAN PEMBIAKBAKAAN Objektif : - Meningkatkan nilai biak ternakan selaras dengan Polisi Pembiakan Ternakan Kebangsaan.
- Meningkatkan prestasi pembiakan dan fertiliti ternakan.
- Meningkatkan kemahiran bagi memperluaskan penggunaanteknologi dan pengetahuan dalam pembiakan ternakan.
Fungsi : - Menyelaras pelaksanaan program peningkatan genetik dan fertiliti ternakan.
- Menyelaras pelaksanaan program pemuliharaan dan penggunaan sumber genetik haiwan.
- Menyediakan kepakaran, melatih dan membimbing pelanggan dalam aplikasi teknologi pembiakan.
- Membimbing pengusaha ternakan dalam aspek pengurusan pembiakan dan pembakaan.
- Menilai kesesuaian pelbagai jenis baka untuk industri ternakan
INSTITUT BIODIVERSITI VETERINAR KEBANGSAAN Objektif : - Meningkatkan penggunaan teknologi dalam bidang pembiakan dan pembakaan ternakan.
- Meningkatkan kualiti ternakan dengan memperluaskan penggunakan bahan genetik terpilih.
- Memulihara sumber genetik haiwan tempatan.
Fungsi : - Mengeluarkan semen dan embrio ternakan berkualiti tinggi.
- Menjalankan penyelidikan gunaan dalam bidang pembiakan dan pembakaan ternakan.
- Mengkaji kesesuaian dan potensi pelbagai jenis baka untuk kegunaan industri ternakan
- Memberi khidmat perundingan, bimbingan dan rujukan teknikal dalam bidang pembiakan dan pembakaan.
- Menjalankan penyelidikan, pemuliharaan dan mewujudkan pengkalan maklumat sumber genetik haiwan tempatan.
| Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan SEKSYEN BABI - Mengenalpasti teknologi CHZD
- Memberi khidmat nasihat meningkatkan produktiviti ladang
- Mengenalpasti program – program pengesanan supaya mempertingkatkan kepakaran teknikal.
- Menjalankan kajian-kajian terentu untuk mengesan prestasi ladang
- Bertanggungjawab atas mempeolehi maklumat dan penemuan baru teknikal.
- Memberi khidmat nasihat dari segi pendidikan kakitangan kerajaan serta orang awam
- Bertangunggjawab menyediakan pogram pengembangan dan pendidikan penternakan
- Mengendalikan semua urusan pengembangan lanjutan
- Menyediakan statistik industri babi
- Menggalakkan pembangunan pemasaran rantaian sejuk.
SEKSYEN TENUSU - Meninggikan daya pengeluaran ternakan pengusaha lembu tenusu melalui pendekatan perkhidmatan veterinar serta menggalakkan penggunaan teknologi semasa.
- Menggalakkan penyertaan pengusaha komersial di dalam industri tenusu
- Menyediakan ternakan lembu susu yang berkualiti melalui program pembiakbakaan dan pengimportan
- Menggalakkan pengusaha tenusu menggunakan sumber makanan yang bermutu tinggi melalui pembangunan padang ragut serta menggunakan sisa pertanian dan integrasi di antara tanaman kekal dan penternakan.
- Menyampaikan perkhidmatan kesihatan veterinar yang cekap dan memuaskan untuk meningkatkan taraf pnternakan dan pertumbuhan industri lembu tenusu.
SEKSYEN PEDAGING SEKSYEN UNGGAS - Mengumpul data dan maklumat industri unggas meliputi pengeluaran, pasaran, kesihatan dan kualiti bagi tujuan menilai perkembangan industri, mengnalpasti masalah, merancang program pembangunan dan galakkan pelaburan.
- Menyediakan bahan-bahan dan dokumen pengembangan serta melaksanakan khidmat rundingan industri
- Melaksanakan aktiviti pemindahan teknologi pengeluaran unggas, memantau penggunaan dan keberkesanan penggunaannya
- Menyediakan garis panduan, peraturan dan standard kualiti perladangan unggas dan memantau pencapaiannya.
- Melaksanakan program pemerhatian dan penyediakan lapangan berkaitan industri khususnya mengenai teknologi pengeluaran, pengangkutan dan pengendalian sisa ladang.
| Bahagian Pembangunan Industri Hiliran SEKSYEN PRODUK MAKANAN DAN BUKAN MAKANAN - Membangunkan produk makanan dan bukan makanan berasaskan bahan haiwan atau ternakan
- Memberi khidmat nasihat kepada usahawan hasilan ternakan
- Merancang, melaksana, menyelaras serta memantau pembangunan Industri Asas Tani berasaskan hasilan ternakan
- Membangunkan usahawan asas ternakan
- Membangunkan produk-produk baru asas ternakan
- Membantu usahawan mempromosikan produk
SEKSYEN PENGURUSAN ABATOIR - Merancang dan menyelaras pembangunan abbatoir ruminant, khinzir dan ayam
- Mengurus semua abbatoir ruminant dan ayam JPV di Semenanjung Malaysia
- Memberi khidmat teknikal kepada pelanggan mengenai pembangunan abbtoir ruminant, khinzir dan ayam
- Menyediakan perundangan yang berkaitan dengan abbatoir ruminant dan ayam
- Menyelaraskan dan kawalselia operasi di abbtoir dan loji pemprosesan ayam
- Menyelaraskan hasil kerajaan dari abbatoir dan loji pemposesan ayam
- Menggalakkan penswastaan dan penglibatan pihak swasta dalam pembangunan dan pengendalian abbatoir
- Mengawal kualiti hasilan produk dari abbatoir dan loji pemprosesan
- Mengawal kebersihan dan sanitasi abattoir, loji pemprosesan ayam dan sekitarnya
| Bahagian Penguatkuasa SEKSYEN OPERASI - Memberi khidmat nasihat berkaitan operasi dan perisian maklumat kepada Penguatkuasa Negeri.
- Memantau perancangan dan pelaksanaan operasi di peringkat Penguatkuasa Negeri.
- Mengkaji dan merangka prosedur-prosedur operasi yang baru bagi meningkatkan keberkesanannya.
- Mengurus aduan-aduan awam dan menangani isu-isu berbangkit, berkaitan penguatkuasaan undang-undang jabatan.
- Merancang dan menyelaras keperluan logistik dan kelengkapan bagi melaksanakan operasi di lapangan.
- Merancang dan menyelaras operasi-operasi khas dan operasi bersama dengan agensi-agensi lain bagi menangani isu-isu semasa yang menjadi tumpuan masyarakat.
- Menyelaras Pentadbiran Am Bahagian (Perkhidmatan, Kursus dan Pengurusan Prestasi Pegawai/Kakitangan).
SEKSYEN PENYIASATAN - Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang penyiasatan kes kepada Pegawai-pegawai Penyiasat di Penguatkuasa Negeri.
- Memantau urusan penyiasatan kes-kes yang diambil di bawah Undang_Undang Jabatan yang dikuatkuasakan.
- Menyemak dan membuat ulasan terhadap kertas siasatan bagi kes-kes bermasalah dan perlu dirujuk ke peringkat lebih tinggi.
- Menjalankan penyiasatan terhadap kes-kes yang diperolehi daripada operasi-operasi khas dan bagi kes-kes yang memerlukan perhatian khusus.
- Memantau proses pelupusan barang-barang kes yang telah selesai dan barang kes yang pemiliknya gagal dikenalpasti.
- Menyelaras dan menguruskan pengkalan data berkaitan Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan.
- Menyelaras dan memantau aspek Pengurusan Penguatkuasaan Undang_undang Jabatan.
SEKSYEN PENDAKWAAN - Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang pendakwaan kes dan Undang-Undang Jabatan kepada Pegawai-Pegawai Pendakwa di Penguatkuasa Negeri.
- Memantau urusan pendakwaan kes-kes yang didaftar di bawah Undang-Undang Jabatan yang dikuatkuasakan.
- Menjalankan pendakwaan terhadap kes-kes yang memerlukan perhatian khusus dan kes-kes yang diperolehi dalam operasi-operasi khas yang dijalankan.
- Mengkaji peruntukan Undang-Undang Jabatan sedia ada dan mengemukakan cadangan penyelesaian bagi menangani isu-isu berbangkit dalam menguatkuasakannya.
- Merancang dan menyelaras kempen-kempen kesedaran terhadap Undang-Undang Jabatan.
- Menyelaraskan Pentadbiran Kewangan Bahagian
- Menyelaras pengurusan aset dan inventori Bahagian.
| Bahagian Penyelidikan FUNGSI BAHAGIAN PENYELIDIKAN - Merancang dan melaksanakan penyelidikan penyakit-penyakit zoonotik, endemik dan epidemik yang menjejaskan kesihatan ternakan dan kesihatan awam
- Merancang dan melaksanakan penyelidikan dalam teknologi pengurusan, pengeluaran ternakan mampan, agrobiodiversiti, pemakanan, kualiti dan keselamatan produk ternakan serta sosio-ekonomi penternakan
- Merancang dan melaksanakan penyelidikan bagi pembangunan vaksin, produk biologik serta produk hiliran berasaskan ternakan dan mengkomersilkannya
- Memberikan khidmat konsultansi serta menjalankan pemindahan teknologi penternakan
- Membangunkan modal insan serta menyediakan prasarana penyelidikan yang berkualiti dan berkesan
- Memperkukuhkan Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) sebagai makmal rujukan nasional, serantau dan dunia bagi penyakit Sampar Ayam (ND) dan Selesema Burung (HPAI)
EPIDEMIOLOGI DAN KESIHATAN - Menjalankan penyelidikan ‘fundamental’ dan ‘applied’ ke atas penyakit yang telah dikenalpasti termasuk penyelidikan penyakit zoonotik dan berkepentingan ekonomikatau pengeluaran vaksin.
- Menjalankan penyelidikan impak dan epidemiologi penyakit berkepentingan zoonotik dari segi analisis ‘cost benefit’, ekonomi, sosio-ekonomi, perdagangan dengan kerjasama unit- unit lain di VRI, universiti, pihak swasta dan agensi antarabangsa.
- Menjalankan penyiasatan penyakit ternakan dilapangan bila berlaku wabak atau pada masa darurat dan membantu jabatan veterinar negeri dalam hal-hal pengawalan, pembasmian penyakit haiwan, disinfeksi premis oleh pakar-pakar anggota “Rapid Response and Action Team’
- Menjalankan ujian lapangan samaada dalam dalam menjalankan kajian ke atas haiwan, pengujian kit-kit diagnostik atau produk yang dihasilkan oleh Seksyen Teknologi Diagnostik dan Pembangunan Produk.
- Menyiasat keberkesanan ubat-ubatan dan vaksin-vaksin yang digunakan dilapangan
- Memperkukuh kepakaran dalam penggunaan statistik untuk kajian dan penyelidikan VRI
- Memperkukuh kepakaran epidemiologi, pathogenesis, kawalan penyakit pada semua jenis ternakan.
- Menjalankan penyelidikan molekular epidemiologi, mengumpul dan menyimpan maklumat molekular untuk unjuran dan analisa ‘phylogenetic’ di masa depan untuk maklumat organisma seperti mutasi dan lain-lain.
- Mengumpul, menyimpan dan menganalisa data-data epidemiologi dan data hasil penyelidikan semua unit.
- Menjalankan penyelidikan dengan pihak industri dan menjadi ‘linkage dalam penyimpanan maklumat dan masalah industri kepada jabatan dan sebaliknya.
TEKNOLOGI DIAGNOSTIK DAN BIOLOGIK - Membangun dan menjalankan penyelidikan pengeluaran dan penghasilan bahan biologik dan antigen berasaskan biologi dan pembentukan teknologi diagnostik berdasarkan bioteknologi, biologi molekular dan DNA rekombinan.
- Merperkukuh kelengkapan dan peralatan untuk kerja-kerja bioteknologi iaitu ‘software’ dan ‘hardware’ seperti sistem bioinformatik, peralatan dan bahan reagen biologi molekul penyelidikan genomik dan proteomik untuk gunasama semua seksyen dan unit-unit.
- Pengeluaran antisera, monoklonal dan poliklonal bagi virus, bakteria, parasit organisma lain dan protein semua seksyen.
- Menjadi pusat pengedaran antibodi monoklonal dan poliklonal terhadap penyakit tertentu sahaja seperti Nipah dan HPAI kepada makmal di dalam dan luar negara.
- Penyelidikan teknolgi pembuatan konjugat, proses pengawetan, penulinan,
- pengeluaran dan penghasilan bahan biologik seperti antigen, antisera, monoklonal antibodi, konjugat dan bahan biologik kegunaan diagnostik untuk kegunaan sendiri, makmal lain atau dikomersialkan.
- Menjalankan penyelidikan penyakit di lapangan bersama unit lain.
- Menjalankan kerja-kerja diagnosis dan diagnostik rujukan konvensional hinggalah ke tahap genomik dan proteomik untuk makmal veterinar kawasan dan swasta serta penyediaan laporan diagnosis.
- Menjalankan kerja-kerja diagnosis dan diagnostik rujukan untuk pemantauan penyakit di bawah ‘Program Survelan Penyakit-Penyakit Ternakan Kebangsaan’.
BIDANG TUMPUAN PENYELIDIKAN STRATEGIK TERNAKAN RUMINAN - Pembangunan baka-baka ternakan pedaging dan tenusu yang produktif dan berdaya tahan
- Pembangunan sistem penternakan yang dapat mengoptimumkan prestasi pengeluaran
- Pemuliharaan genetik baka haiwan tempatan
TERNAKAN BUKAN RUMINAN - Pembangunan baka puyuh dan burung walit bagi memenuhi permintaan pasaran semasa
- Pembangunan sistem penternakan yang dapat mengoptimumkan prestasi pengeluaran
PEMAKANAN TERNAKAN - Pembangunan bahan foraj baru dan sediada untuk ruminan dikenalpasti dan dipertingkatkan
- Pembangunan kaedah penghasilan bahan makanan ternakan yang seimbang dan kos efektif
- Mengoptimumkan penggunaan sumber bahan makanan ternakan tempatan
SOSIO-EKONOMI DAN PERNIAGAAN TANI - Mengenalpasti dan mengembangkan teknologi pengeluaran pelbagai sektor ternakan yang memberi pulangan optimum
- Menjalankan kajian impak ke atas pelaksanaan pelbagai program ternakan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan
PENYAKIT TERNAKAN DAN DIAGNOSTIK - Penyelidikan epidemiologi penyakit-penyakit baru
- Pembangunan kit diagnostik terkini dan on-farm bagi diagnosis pelbagai penyakit ternakan
- Pembangunan vaksin dan bahan biologik pelbagai penyakit ternakan
KESELAMATAN MAKANAN - Penggunaan bahan-bahan dan kesannya ke atas kualiti dan keselamatan hasil ternakan
- Pembangunan kaedah analisis dalam pengesanan kualiti dan keselamatan hasilan ternakan
KAWALAN PENCEMARAN - Pembangunan teknologi kawalan pencemaran yang efisien, kos efektif dan mesra alam
- Pembangunan kaedah pengesanan sisa dan efluen dari ladang ternakan, rumah sembelih dan loji pemprosesan
| |