Piagam Pelanggan
Kami berazam untuk menghayati moto jabatan "Tugas kami berbakti kepada anda", dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami, dengan - Sentiasa membantu dan melayani dengan penuh mesra serta bertanggungjawab segala pertanyaan dan kemusykilan yang diajukan oleh pelanggan-pelanggan secepat mungkin
| - Memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada cadangan projek ternakan yang dirujuk dalam tempoh 14 hari
| - Memberi data dan maklumat industri ternakan serta perundangan yang berkaitan setepat mungkin dalam hari yang sama dipohon bagi maklumat sediaada dan 7 hari bagi maklumat yang baru
| - Melayan dan menjawab semua aduan dan pertanyaan rasmi dalam tempoh tidak lebih daripada 14 hari dari tarikh terima aduan tersebut
| - Memastikan pelaksanaan piagam pelanggan disemua peringkat Jabatan
| |
| |
|
|
|
Nota : Pencapaian Piagam Pelanggan adalah dikemaskini secara bulanan.