EPP EPP

KRITERIA PENYERTAAN EPP SUBSEKTOR TERNAKAN
DALAM PROGRAM TRANFORMASI EKONOMI


PENGENALAN

1. Jabatan Perkhidmatan Veterinar dilantik menjadi pemilik kepada lima (5) Projek Permulaan (EPP) yang berkaitan dengan subsektor ternakan. EPP merupakan perlaksanaan projek dengan diterajui dan dibiayai oleh pihak swasta. Kerajaan menjadi pemudahcara yang akan memperuntukan sebahagian kecil kewangan yang bertindak sebagai pemangkin dalam mewujudkan industri pacuan pasaran, berskala ekonomi dan pertanian bersepadu.

2. Perlaksanaan EPP adalah berdasarkan pertimbangan ekonomi dengan tujuan untuk meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (GNI) dan mewujudkan peluang pekerjaan. Untuk 5 EPP subsektor ternakan, menjelang tahun 2020, sasaran GNI adalah sebanyak RM 5.275 billion dan sejumlah 27,200 pekerjaan diwujudkan. Sasaran GNI dan jumlah peluang pekerjaan setiap EPP seperti di Jadual 1.

Bil EPP GNI
(RM juta)
Bil
Pekerjaan
1 EPP 2 - Meningkatkan pengeluaran "Edible Bird Nest' (Sarang burung walit) 4,500 20,800
2 EPP 5 - Penternakan lembu dibawah kelapa sawit 150 3,600
3 EPP 12 - Pengukuhan perladangan lembu Fidlot 183 2,000
4 EPP 13 - Mewujudkan kluster lembu tenusu 326 800
5 EPP 16 - pelaburan dalam sektor ternakan di luar negara 117 0
  Jumlah 5,276 27,200


3. EPP diwujudkan adalah untuk mendokong Model Ekonomi Baru yang menggariskan tiga prinsip iaitu Negara Berpendapatan Tinggi, Menyeluruh (Inclusiveness) dan Mampan (Sustainable). Sehubungan dengan itu wawasan EPP adalah ke arah pertanian adalah perniagaan, berasaskan pasaran, berskala ekonomi dan rantaian nilai yang bersepadu

4. Kerajaan akan menjalankan peranannya bagi melancarkan perjalanan/perlaksanaan EPP. Antara lain peranan kerajaan adalah untuk:

a) Dimana boleh, memberi kemudahan dan sokongan
b) Mempercepatkan perubahan peraturan, mengurangkan halangan dan memudahkan perlaksanaan projek EPP
c) Menawarkan kontrak kerajaan berdasarkan merit, 'market –friendly, telus dan cepat.
d) Bertindak cepat dengan maklumbalas dari sektor swasta
e) Mengeluarkan laporan tahunan pencapaian projek


5. Pihak swasta pula mempunyai peranan untuk menjadikan projek yang dijalankan berdaya maju dan boleh menjana pendapatan kasar negara disamping mewujudkan peluang pekerjaan. Antara lain tugas utama sektor swasta adalah:-

a) Menjadi peneraju & melaksanakan Projek EPP
b) Membiayai projek EPP
c) Memaklumkan sokongan Kerajaan yang diperlukan

 

Paparan: 1  2  3  4  

 
  • MOA
  • DOA
  • DOF
  • MARDI
  • FAMA
  • LKIM
  • LPP
  • AgroBank
  • KADA
  • LPNM
  • TEKUN
  • MAQIS
  • MyGov
  • JPA
  • MSC
  • HALAL
  • IIM
  • SMEInfo
  • MyID
  • PEMUDAH
  • BLESS
  • AgroHypermart
  • RTC
  • ASEAN
  • OIE
  • FAO
  • WTO
  • JICA
  • WVA
  • UPM
  • UMK
  • PERHILITAN
  • NRE
  • NRE