PENGENALAN

Persatuan ini dinamakan Kelab Sukan Dan Kebajikan Veterinar Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya (KESUVET). Ditubuhkan di Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan, Kementerian Pertanian Malaysia, Jalan Mahameru, Kuala Lumpur dan di daftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 07 November 1984. Nombor Sijil Pendaftaran kelab ini ialah 64/84 (Wilayah Persekutuan). Alamat rasmi surat menyurat KESUVET ialah di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Wisma Tani, Blok Podium 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62630 Putrajaya.
Logo Kelab ini ialah 'V' yang dibentuk dari susunan lapan (8) pecahan. Empat (4) berwarna merah, tiga (3) pecahan berwarna biru dan satu (1) berwarna kuning. Manakala Moto Kelab ini ialah " Maju Sukan Maju Jabatan"
Objektif utama Kelab ini ditubuhkan ialah untuk;
- Menyatupadukan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
- Mengeratkan hubungan dengan ahli-ahli kelab lain melalui aktiviti yang serupa.
- Meningkatkan mutu sukan Jabatan.
- Menjalankan aktiviti sukan dan kebajikan sosial yang boleh memberikan faedah kepada ahli dan Kelab termasuk mengumpul wang (Fund Raising).
Ahli-Ahli Jawatankuasa KESUVET sesi 2010/2011 adalah seperti berikut:-
| Penasihat | Y.H Dato’ Dr. Abdul Aziz Bin Jamaluddin |
| Pengerusi Kehormat | Y. H Dato' Dr. Ibrahim bin Che Embong |
| Naib Pengerusi Kehormat | - |
| Setiausah Kehormat | En. Samsul Bahri bin Mohder |
| Penolong Setiausaha | Pn. Nur Fazrina bt. Johari |
| Bendahari Kehormat | En. Thangaraja A/L Marimuthu |
| Pengerusi Biro Kebudayaan dan Rekreasi | En. Jamanuri bin Othman |
| Pengerusi Biro Sukan | En. Zawawi bin Ibrahim |
| Pengerusi Biro Kebajikan dan Agama | En. Nutman bin Noh |
| Pengerusi Biro Ekonomi | En. Zulkefle bin Ahmad |
| Ahli Jawatankuasa | En. Mohd Affandi bin Ismail |
| Pemeriksa Kira-Kira | En. Muruti A/L Velliah |
Aktiviti KESUVET yang akan dilaksanakan pada Januari - Disember 2011
| Bil | Aktiviti | Tarikh | Tempat |
| 1 | Kejohanan Futsal Merebut Piala Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. | Mac 2011 | Gelanggang Futsal TUHTA, Taman Tun Aminah, Johor Bharu. |
| 2 | Hari Keluarga KESUVET 2011 | Mac 2011 | Teluk Batik Resort, Lumut |
| 3 | Sukan Tani 2011 | Mac - April 2011 | Putrajaya |
| 4 | Sukan Antara Bahagian IPPV 2011 | Mei - Julai 2011 | Putrajaya |
| 5 | Lawatan Ke JPVPT Sabah | November 2011 | Sabah |
Tarikh Kemaskini 3 Januari 2011