|
|
LATIHAN | KALENDAR LATIHAN JPV | | | | LATIHAN UNTUK KAKITANGAN JPV | INSTITUT PENGURUSAN VETERINAR (IPV) Objektif - Menyediakan peluang latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan veterinar bagi sekurang-kurangnya 600 kakitangan Jabatan Perkhidmatan Haiwan setahun;
- Meningkatkan keberkesanan latihan melalui kursus yang relevan dengan mencapai sekurang-kurangnya 80% pelanggan berada pada tahap Puas Hati berdasarkan pada Borang Penilaian Kursus bagi keseluruhan kursus sepanjang tahun;
- Membina sikap dan etika kerja yang positif dan berkualiti dikalangan kakitangan jabatan yang dilatih dengan menyediakan sekurang-kurangnya satu (1) kursus berbentuk motivasi dalam setahun;
- Menjalankan sekurang-kurangnya satu (1) kajian pengurusan setahun bagi menghasilkan artikel dan diterbitkan dalam buletin jabatan; dan
- Menyediakan sekurang – kurangnya 4 bahan rujukan baru (jurnal dsb) setiap bulan sebagai usaha berterusan mengemaskinikan maklumat dan ilmu pengurusan veterinar.
Fungsi - Menyediakan infrastruktur dan kemudahan latihan pengurusan veterinar dan penternakan;
- Melaksanakan kursus pengurusan bidang perkhidmatan veterinar dan keusahawanan untuk anggota jabatan;
- Menyediakan sumber untuk keperluan latihan;
- Menjadi pusat rujukan, perundingan dan lain-lain yang berkaitan pengurusan veterinar dan industri haiwan; dan
- Mengadakan jalinan kerjasama bagi tujuan pengumpulan dan penyebaran maklumat berkaitan dengan teknologi veterinar dan industri haiwan.
Maklumat lanjut sila hubungi: Km. 17.6 Jalan Cheras 43000 Kajang Selangor Darul Ehsan Tel : 03-87360411 Faks: 03-87373832  PORTAL EPSA (INTAN) PERMOHONAN DAN PENGAMBILAN KURSUS Borang permohonan boleh didapati di: - Kemukakan Borang kepada Pejabat Veterinar Daerah yang terdekat bersama satu salinan Kad Pengenalan;
- Pejabat Haiwan Daerah akan memajukan permohonan kepada Institut berkenaan satu (1) bulan sebelum tarikh kursus bermula; dan
- Pemohon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui surat sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh kursus bermula.
| | | | LATIHAN PENTERNAKAN UNTUK AWAM | INSTITUT VETERINAR MALAYSIA (IVM) Pengenalan Ladang asal dibuka pada 1939 yang dikenali sebagai “ Central Animal Husbandry Station” (CAHS) oleh Almarhum Tunku Abu Bakar (Kerabat Diraja Johor). Pada 1963, Pusat Latihan Veterinar (VTC) ditubuhkan bagi memenuhi keperluan program latihan Jabatan Veterinar di hadapan pejabat CAHS. CAHS telah bergabung dengan VTC pada 1974 menjadi Institut Haiwan dan telah berpindah ke pejabat baru pada 1976. Pada April 2008, Institut Haiwan telah mengalami penjenamaan baru kepada Institut Veterinar Malaysia (IVM). Sebagai Institut latihan utama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, IVM bertanggungjawab menjalankan latihan bagi menjayakan dan menyokong usaha kerajaan membangunkan industri penternakan negara. Misi institut adalah untuk menyediakan kemudahan latihan berkualiti dan kepakaran dalam bidang kesihatan dan pengeluaran ternakan. Manakala, visi institut adalah untuk menjadi pusat latihan dan rujukan yang unggul dalam bidang industri ternakan. Objektif - Menyediakan tenaga kerja yang terlatih dan mahir di dalam pengeluaran dan kesihatan ternakan terutamanya di kalangan anggota jabatan dan usahawan;
- Mengeluarkan baka dan produk ternakan yang berkualiti tinggi menerusi kaedah yang cekap dan berekonomi;
- Menjalankan penyelidikan gunaan dan menghasilkan maklumat serta rujukan terkini dalam sains penternakan; dan
- Menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran kepada usahawan ternakan.
Fungsi - Menyediakan infrastruktur dan kemudahan latihan teknikal veterinar dan teknologi penternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri), arnab serta kuda;
- Melaksanakan kursus teknikal perkhidmatan veterinar, pra perkhidmatan, dan keusahawanan;
- Menyediakan sumber untuk keperluan latihan;
- Menjadi pusat rujukan, perundingan dan lain-lain yang berkaitan teknologi penternakan dan industri haiwan; dan
- Mengadakan jalinan kerjasama bagi tujuan pengumpulan dan penyebaran maklumat berkaitan dengan teknologi veterinar dan industri haiwan.
Maklumat lanjut sila hubungi: Pengarah Institut Veterinar Malaysia Km 13, Jalan Batu Pahat Beg Berkunci 520 86009 Kluang Johor Tel : 07-7594700 / 7597000 Faks: 07-7596812 
INSTITUT TEKNOLOGI UNGGAS (ITU) Objektif - Mengeluarkan sumber manusia yang terlatih dan mahir di bidang ternakan unggas samada di kalangan anggota jabatan ataupun usahawan ternakan;
- Mengeluarkan baka dan hasil ternakan unggas yang berkualiti dengan cekap dan berekonomi;
- Menjalankan penyelidikan gunaan di bidang ternakan unggas dan mengeluarkan maklumat rujukan terkini; dan
- Memberi khidmat perundingan dan kepakaran kepada usahawan ternakan unggas.
Fungsi - Menyediakan infrastruktur dan kemudahan latihan teknologi dan penternakan unggas;
- Melaksanakan kursus teknologi penternakan unggas dan keusahawanan;
- Menyediakan sumber untuk keperluan latihan dan penyelidikan di bidang unggas;
- Menjadi pusat rujukan, perundingan dan lain-lain yang berkaitan teknologi penternakan unggas dan industri haiwan; dan
- Mengadakan jalinan kerjasama bagi tujuan pengumpulan dan penyebaran maklumat teknologi unggas.
Maklumat lanjut sila hubungi: Pengarah Institut Teknologi Unggas Km 3, Jalan Ramuan Cina Besar 78300 Masjid Tanah Melaka Tel : 06-3841321 Faks : 06-3841324 
PUSAT LATIHAN VETERINAR (PLV) Objektif - Melatih sumber tenaga manusia yang terdiri dari pengusaha dan kakitangan jabatan di dalam bidang penternakan unggas dan pedaging;
- Meningkatkan keberkesanan latihan melalui modul kursus yang relevan, peralatan dan kemudahan yang lengkap, maklumat terkini dan tenaga pengajar yang mahir dalam bidang yang berkaitan; dan
- Memberi khidmat pengembangan dan kepakaran kepada pelanggan di dalam bidang unggas dan pedaging.
Fungsi - Menyediakan infrastruktur dan kemudahan latihan teknikal veterinar dan teknologi penternakan;
- Melaksanakan kursus teknikal perkhidmatan veterinar dan keusahawanan;
- Menyediakan sumber untuk keperluan latihan di bidang unggas dan ruminan;
- Menjadi pusat rujukan berkaitan teknologi penternakan dan industri haiwan; dan
- Mengadakan jalinan kerjasama bagi tujuan pengumpulan dan penyebaran maklumat berkaitan dengan teknologi veterinar dan industri haiwan.
Maklumat lanjut sila hubungi: Pengarah Pusat Latihan Veterinar Cermin Kiri Jerangau 23200 Bukit Besi Dungun Terengganu Tel : 09-8384042 Faks: 09-8384916 
PERMOHONAN DAN PENGAMBILAN KURSUS Borang permohonan boleh didapati di: | i. | Bahagian Latihan & Pembangunan Kerjaya Jabatan Perkhidmatan Veterinar Aras 2, Lot 4G1 Wisma Tani, Presint 4 62630 Putrajaya | | | | | ii. | Institut Veterinar Malaysia | | | | | iii. | Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri | | | | | | Atau, | | | | | | Dimuat turun daripada pautan berikut: Borang Permohonan Kursus Penternak | | | | | | Untuk keterangan lanjut sila hubungi: | | | | Tel | : | 03-88702000, 07-7597000 | | | Faks | : | 03-88884267, 07-7596812 | | | Emel | : | alifah@dvs.gov.my | | | | : | norhanita@dvs.gov.my | | | | : | arnida@dvs.gov.my | - Kemukakan Borang kepada Pejabat Veterinar Daerah yang terdekat bersama satu salinan Kad Pengenalan;
- Pejabat Haiwan Daerah akan memajukan permohonan kepada Institut berkenaan satu (1) bulan sebelum tarikh kursus bermula; dan
- Pemohon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui surat sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh kursus bermula.
| | | | SIJIL VETERINAR | PENGENALAN Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengiktiraf kelayakan Sijil Veterinar yang dikeluarkan oleh Institut Veterinar Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mulai 01 Januari 2004 sebagai setaraf dengan kelayakan Sijil Institut Pertanian dari Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak. Selaras dengan pengiktirafan tersebut, perbekalan syarat lantikan skim perkhidmatan Pembantu Veterinar diubah sewajarnya bagi memasukkan kelayakan Sijil Veterinar sebagai syarat lantikan yang baru. Institut Veterinar Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Persekutuan melalui Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya. Institut ini telah ditubuhkan sejak tahun 1974 dengan tujuan melengkapkan para pegawai Jabatan dan juga penternak dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengeluaran dan kesihatan ternakan. Falsafah Pelaksanaan kursus Sijil Veterinar adalah untuk: - Membangunkan satu kumpulan tenaga kerja teknikal yang mahir dan berpengetahuan di dalam aspek-aspek amali dan teknikal dalam bidang pengeluaran dan kesihatan ternakan di peringkat operasi industri ternakan.
- Menghasilkan sumber manusia berkaliber dan kompeten dalam industri penternakan bagi membantu mempercepatkan transformasi sektor ternakan.
Objektif Objektif Am Menyediakan dan melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengeluaran dan kesihatan ternakan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas-tugas teknikal di peringkat operasi ladang serta sebagai pegawai pengembangan barisan hadapan. Objektif Kursus 1. Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai prinsip-prinsip dan teknik-teknik pengurusan, pemakanan, pembiakan dan kawalan penyakit lazim bagi semua jenis ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, bebiri, khinzir, ayam, itik, arnab, kuda, anjing dan kucing; 2. Membina dan mempertingkatkan kemahiran manipulatif di dalam pengurusan sistem pengeluaran ternakan moden yang cekap dan produktif; 3. Melatih menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi bagi merancang, mengurus dan melaksanakan program-program pengeluaran dan kawalan penyakit ternakan supaya produk yang dihasilkan seperti daging, susu dan telur, adalah bermutu dan selamat untuk dimakan; 4. Memberi pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran di dalam kaedah-kaedah pengembangan dan komunikasi supaya pemindahan teknologi dan penyampaian maklumat kepada pelanggan akan lebih berkesan; dan 5. Melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan mengenai pengurusan pejabat, kewangan dan perundangan serta penguat kuasa yang berdasarkan Akta Binatang, 1953 (Akta 647) (Pindaan 2006) dan undang-undang semasa. Jangkamasa Kursus ini mengambil masa selama dua (2) tahun di mana pelajar akan diberikan kuliah dan latihan amali secara intensif. Semasa menjalankan program latihan ladang di hujung Semester 4 pelajar akan diberikan pendedahan kepada pengurusan ladang-ladang ternakan JPV dan swasta yang akan ditentukan oleh Institut. Kursus ini dijalankan sepenuh masa dan merangkumi 64 jam kredit untuk dianugerahkan Sijil Veterinar. Prospek Kerjaya Pelatih lepasan Institut Veterinar Malaysia berpeluang untuk bekerja sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan ternak. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta. Bidang-bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut: - Perladangan
- Pemprosesan
- Agro Pelancongan
Struktur Pengajian Pelajar diberi kuliah teori dan amali berjumlah 64 jam kredit atas subjek seperti di Jadual 1. Pelajar diberi latihan semua subjek ‘Teknikal’ dan ‘Industri’ secara terperinci supaya dapat melengkapkan diri mereka ke arah menjadi seorang usahawan selepas tamat latihan sekiranya tidak bekerja dengan agensi Kerajaan atau swasta. Subjek ‘Am’ dan ‘Industri’ juga diberikan supaya pelajar boleh menjadi seorang yang dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara sistematik untuk menjayakan program penternakan dengan berkesan.
JADUAL 1 JADUAL 1 | Subjek Yang Wajib diikuti oleh Pelajar | TAHUN 1 | TAHUN 2 | SUBJEK AM | SUBJEK AM | | | | | | | | | | SUBJEK TEKNIKAL | | | SUBJEK TEKNIKAL | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | SUBJEK INDUSTRI | | | SUBJEK INDUSTRI | | | | | | | - Ekonomi & Perniagaan Ternakan
| | | - Ekonomi & Perniagaan Ternakan
| | | | TEMPAT LATIHAN & KEMUDAHAN - Kursus ini dijalankan di;
Institut Veterinar Malaysia Km.13, Jalan Batu Pahat Beg Berkunci 520 86009 Kluang Johor Tel: 07-7594700 Faks: 07-7596812 - Tempat penginapan dan makanan disediakan.
- Pemohon yang berjaya boleh memohon biasiswa daripada Kerajaan Persekutuan (JPV), Lembaga Biasiswa Kerajaan-kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun Kerajaan, Yayasan Pelajaran Negeri atau pihak swasta.
PERMOHONAN & PENGAMBILAN Pengambilan dibuat berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut: - Warganegara Malaysia berumur di antara 19 hingga 25 tahun (hingga 30 tahun bagi pegawai kerajaan) pada masa kursus bermula.
- Berkelulusan SPM atau SPVM atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut:
• Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan); • Lulus dalam mata pelajaran Matematik; • Kepujian dalam salah satu pelajaran berikut: - Sains, Sains Pertanian, Geografi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Pengeluaran Ternakan, Pengeluaran Tanaman, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteran Ladang, Pengurusan Ladang, Ekonomi Rumah tangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Prinsip Perniagaan, Asas Perakaunan, Perniagaan dan Keusahawanan, Teknologi Katering, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Asas Pemprosesan Maklumat;
- Berjaya dalam temu duga yang dijalankan;
- Belum berkahwin (kecuali pegawai kerajaan); dan
- Sihat tubuh badan.
Borang permohonan boleh didapati di: | i. | Bahagian Latihan & Pembangunan Kerjaya Jabatan Perkhidmatan Veterinar Aras 2, Lot 4G1 Wisma Tani, Presint 4 62630 Putrajaya | | | | | ii. | Institut Veterinar Malaysia | | | | | iii. | Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri | | | | | | Atau, | | | | | | Menghantar borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta satu sampul surat berukuran 25 cm x 34 cm, beralamat sendiri dan bersetem RM0.50. Sila hantarkan kepada: | | | | | | Pengarah Bahagian Latihan & Pembangunan Kerjaya Jabatan Perkhidmatan Veterinar Aras 2, Lot 4G1 Wisma Tani, Presint 4 62630 Putrajaya | | | | | | Atau, | | | | | | Dimuat turun daripada pautan berikut: Borang Permohonan Kursus Sijil Veterinar atau www.johordt.gov.my/ivm | | | | | | Untuk keterangan lanjut sila hubungi: | | | | Tel | : | 03-88702000, 07-7597000 | | | Faks | : | 03-88884267, 07-7596812 | | | Emel | : | norhanita@dvs.gov.my | | | | : | arnida@dvs.gov.my | | | | | LATIHAN ANTARABANGSA | PROGRAM KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA (MTCP) Pengenalan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah menjalankan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) sejak 1985. Program ini telah menyumbangkan latihan teknikal kepada 60 buah negara dari 138 buah negara yang disenaraikan di bawah MTCP. Sebanyak 1,100 peserta telah dilatih di bawah program ini. Organisasi Institut MTCP ditubuhkan pada 1980 bagi menggalakkan dan memudahkan bantuan teknikal kepada negara-negara membangun yang lain. Selari dengan semangat kerjasama selatan-selatan, MTCP yang merupakan program kerjasama teknikal dua hala memberikan peluang kepada Malaysia untuk berkongsi pengalaman dengan negara-negara yang membangun lain. Kementerian Luar Negeri bertanggungjawab dalam pengurusan dan koordinasi aktiviti-aktiviti MTCP. Program yang dijalankan adalah merupakan gabungan pelbagai kerjasama teknikal di mana Malaysia mempunyai pengalaman dan kepakaran. Kursus latihan di bawah MTCP dijalankan oleh pelbagai badan kerajaan, agensi dan pusat-pusat latihan. • Maklumat Kursus #tiada kursus MTCP dijalankan pada 2011 PROGRAM LATIHAN NEGARA KETIGA (TCTP) Pengenalan Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menjalankan Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri, Malaysia dan Japan International Corporation Agency (JICA). Objektif utama program ini adalah memberi latihan kepada peserta-peserta dari negara ASEAN, China dan Mongolia bagi Program Latihan Diagnosis Selsema Burung Di Rantau Asia Tenggara. • Maklumat Kursus • Third Country Training Programme (TCTP) |
|
|
|
|
|