JPV selaku ’custodian’ haiwan memandang serius hal ehwal kesejahteraan dan kebajikan haiwan dan sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan kes-kes penginayaan haiwan dapat diatasi. Selari dengan konsep ketelusan, laman web JPV memaparkan perkhidmatan-perkhidmatan dan maklumat-maklumat aktiviti dan industri ternakan di negara ini. JPV sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan di dalam dan di luar negara. Justeru itu, sekiranya anda mempunyai sebarang komen atau kemuskilan bolehlah dipanjangkan kepada pihak JPV untuk tindakan selanjutnya di e-mail berikut pro@dvs.gov.my. Terima kasih. 'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN' DATUK DR. ABD. AZIZ BIN JAMALUDDIN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA |