|
Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan
Berdasarkan carta organisasi, Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan merupakan institusi di bawah Bahagian Pembangunan Sumber Teknologi Ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Ia bermula pada tahun 1980 di Pantai, Seremban, Negeri Sembilan dengan nama Pusat Permanian Beradas Nasional.
Pusat ini dipindahkan ke daerah Seberang, Air Hitam, Johor pada tahun 1984 dan pada tahun 1989 penempatannya dipindah sekali lagi ke Bukit Dinding, Jerantut, Pahang dan sekarang dikenali sebagai Institut Biodoversiti Veterinar Kebangsaan selaras dengan penukaran nama Jabatan Perkhidmatan Haiwan kepada Jabatan Perkhidmtan Veterinar. Ia bertujuan menampakkan fungsi dan peranan sebenar IBVK dalam industri ternakan negara.
Kakitangan IBVK terdiri daripada kumpulan saintis yang mempunyai pengkhususan khas dalam bidang pembakaan haiwan, teknologi reproduktif dan molekular bioteknologi yang mana pasukan ini dibantu oleh kumpulan veterinarwan yang berkemahiran. Kompleks IBVK adalah seluas 181.4 hektar dan dilengkapi dengan Makmal Semen, Makmal Embrio, Makmal Molekul dan menempatkan ternakan elit yang terpilih dari pelbagai jenis baka. Manakala 98.5 hektar lagi digunakan untuk pembangunan pastura.
Aktiviti-aktiviti IBVK
a. Pengeluaran Semen Beku
Semen pejantan pelbagai spesies dibekukan untuk kegunaan pelanggan. Sebuah bank semen diwujudkan untuk pelbagai spesies ternakan dan haiwan liar yang hampir pupus sebagai satu program pemuliharaan kepelbagaian biologi ternakan.
b. Latihan dan Khidmat Nasihat
Institut ini mengendalikan pelbagai jenis latihan dan kursus untuk semua peringkat penternak, pengusaha ternakan, kakitangan jabatan kerajaan, institut pengajian tinggi dan peserta dari luar negara.
c. Perkhidmatan Pembiakan
- Pemeriksaan Daya Biak
- Pemeriksaan Ovari
- Ujian Libido
- Penilaian Semen
- Penilaian Daya Kesuburan Gerompok
- Ujian Serologi
- Permanian Beradas
- Pemeriksaan Klinikal
d. Biologi Molekul dan Sel
Perkhidmatan kariotip untuk pelbagai spesies mamalia di samping untuk pengesanan kromosom Y pada lembu betina mandul dalam ternakan lembu. Selain itu, penyelidikan mengenai penanda genetik melalui teknik PCR untuk penentuan jantina embrio juga dilakukan.
e. Persenyawaan In-Vitro
Teknologi Pengeluaran embrio in vitro merangkumi aspek-aspek maturasi in vitro (IVM), persenyawaan in vitro (IVF), pengkulturan in vitro, diaplikasikan untuk meningkatkan pengeluaran bilangan janin bagi program pemindahan embrio komersil dan penyelidikan.
f. Pemindahan Embrio
Teknologi ini dilaksanakan terhadap induk baka elit untuk melipatgandakan populasinya dalam jangka masa yang singkat. Banyak embrio dapat diperolehi daripada satu induk dalam satu masa dan dipindahkan kepada beberapa induk tumpangan untuk melahirkan anak berkenaan.
Alamat :
Pengarah
Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan,
Bukit Dinding, 27000 Jerantut,
Pahang.
Tel : 09 – 286 1554
Faks : 09 – 286 1553
Seksyen Pembangunan Sumber Teknologi Ternakan
Seksyen Pembangunan Sumber Genetik mengendalikan 13 buah ladang jabatan terdiri dari 5 ladang lembu pedaging, 1 ladang lembu tenusu, 5 ladang bebiri/kambing, 1 ladang haiwan eksotik dan 1 ladang itik yang bertujuan mengeluarkan bak/bibit ternakan yang bermutu.
i. Pusat Ternakan Haiwan Air Hitam
Ladang ini adalah satu-satunya ladang lembu tenusu milik jabatan. Baka yang dikeluarkan adalah Jersey dan Mafriwal.
Pengurus,
Pusat Ternakan Haiwan Air Hitam,
Peti Surat 526, 86009 Kluang, Johor.
Tel : 07 - 759 6934
Faks : 07 - 759 6933
ii. Pusat Ternakan Haiwan Tanah Merah
Ladang ini terletak di Tanah Merah,Kelantan dan mengeluarkan baka Kedah-Kelantan.
Pengurus,
Pusat Ternakan Haiwan Pantai Timur,
17510 Tanah Merah, Kelantan.
Tel : 09 – 958 1382
Faks : 09 – 958 1382
iii. Pusat Ternakan Haiwan Tersat
Pusat Ternakan Haiwan Tersat telah mula dimajukan pada tahun 1973 oleh Maju Ternak dan diambil alih oleh Jabatan pada tahun 1982. Objektif ladang ini adalah untuk memperkembangkan sumber genetik bagi lembu pedaging. Ternakan yang terdapat di ladang ini ialah Lembu Yellow Cattle dan Kedah-Kelantan.
Pengurus,
Pusat Ternakan Haiwan Tersat,
21700 Kuala Berang,
Terengganu
Tel : 09 – 626 3005
Faks : 09 – 623 9025
iv. Pusat Ternakan Haiwan Jelai Gemas
Ladang ini berfungsi sebagai ‘Weaners Park’ bagi semua ladang-ladang jabatan.
Pengurus,
Pusat Ternakan Haiwan Jelai Gemas,
Batu 7, Jalan Rompin,
73400 Gemas, Negeri Sembilan.
Tel : 06 – 457 6248
Faks : 06 – 457 6139
v. Pusat Ternakan Haiwan Ulu Lepar
Ladang ini mengeluarkan bibit dan baka Lembu Nellore yang diimport dari Brazil dan juga Brahman dari Australia.
Pengurus,
Pusat Ternakan Haiwan Ulu Lepar,
KM 42, Jalan Gambang,
26020 Kuantan, Pahang.
Tel : 09 - 478 0264
Faks : 09 - 478 0894
Ladang Haiwan
i. Pusat Ternakan Haiwan Chalok
Terletak di Kg Putera Jaya, Permaisuri, Setiu, Terengganu berhampiran jalan utama dari Kuala Terengganu ke Kelantan. Di ladang ini terdapat bebiri jenis Barbados Black Belly dan Moradanova.
Pengurus,
Pusat Pembiakan Kambing/Bebiri Chalok,
22100 Permaisuri, Setiu,
Terengganu
Tel : 09 – 609 9331
Faks : 09 – 609 9331
ii. Pusat Pembiakan Kambing/Bebiri Gajah Mati
Ladang ini terletak 21 km dari bandar Alor Setar dan 1.6 km dari pekan Pokok Sena. Ternakan yang terdapat di ladang ini ialah bebiri Damara yang dibawa masuk daripada Australia.
Pengurus,
Pusat Pembiakan Kambing Bebiri Gajah Mati,
06400 Pokok Sena,
Kedah.
Tel : 04 – 782 1926
Faks : 04 – 782 1926
iii. Pusat Pembiakan Kambing/Bebiri Jeram Pasu
Ladang ini ditubuhkan pada tahun 1983 di bawah Projek Pertanian Bersepadu Kemasin, Semerak. Pada tahun 1990 ladang ini telah diserap kembali di bawah Jabatan. Ladang ini terletak kira-kira 12km dari bandar Pasir Putih dan 45km dari Kota Bharu. Ternakan yang terdapat di ladang ini ialah bebiri Damara.
Pengurus,
Pusat Pembiakan Kambing/Bebiri Jeram Pasu
Padang Pak amat
16800 Pasir Puteh, Kelantan
Tel : 09 – 7520971
Faks : 09 – 7521029
iv. Pusat Pembiakan Kambing Kg. Kuala Pah
Terletak di mukim Kuala Klawang dalam daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Jarak dari bandar Seremban ke Pekan Kuala Klawang lebih kurang 35km dan dari pekan Kuala Klawang ke Pusat ini lebih kurang 10km. Ternakan yang terdapat di ladang ini ialah kambing Boer.
Pengurus,
Pusat Pembiakan Kambing/Bebiri
Kg.Kuala Pah,
71600 Kuala Klawang,
Jelebu, egeri Sembilan
Tel : 06 – 613 6080
Faks : 06 – 613 6080
v. Pusat Ternakan Haiwan Pondok Tanjung
Ladang ini adalah gantian kepada PTH Behrang Ulu, Tanjung Malim yang telah diambil alih oleh Syarikat Automobil Proton pada tahun 1996. Ia terletak di KM24, Jalan Selama dengan keluasan 2529.42 ekar di dalam Daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Ternakan yang terdapat di sini ialah kambing Boer yang dibawa masuk dari Australia.
Pengurus,
Pusat Ternakan Haiwan Pondok Tanjong,
KM 24, Jalan Selama, P.O BOX 45,
34000 Taiping, Perak.
Tel : 05 – 891 2275
Faks : 05 – 891 2275
vi. Pusat Ternakan Haiwan Lenggong
Ladang ini adalah sebahagian daripada gantian kepada Pusat Ternakan Haiwan Behrang Ulu oleh Kerajaan Negeri Perak. Ladang ini asalnya adalah sebahagian dari Hutan Simpan Bintang Hijau, terletak di KM15 Jalan Lenggong-Bagan Serai, Mukim Lenggong, Daerah Hulu Perak. Sesuai dengan kedudukannya di Banjaran Bintang, sebahagian kawasan yang bercerun, berlurah dan berpermatang sempit dikekalkan keadaan asalnya untuk pemuliharaan haiwan eksotik.Ternakan utama di sini adalah rusa Timorensis dan Sambar.
Pengurus,
Pusat Ternakan Haiwan Lenggong,
33400 Lenggong, Prak.
Tel : 05 - 767 4006/4007
Faks : 05 - 767 4008
vii. Pusat Pembiakan Itik Paya Jaras
Merupakan satu-satunya ladang itik milik Jabatan dan menjalankan penternakan itik secara sistem tertutup. Pusat ini menjalankan kegiatan menternak itik Muscovy, Khaki Campbell dan Golden White Layer.
Pengurus,
Pusat Pembiakan Itik Paya Jaras,
47000 Sungai Buloh,
Selangor.
Tel : 03 – 6156 8105/8372
Faks : 03 – 6156 8371
Seksyen Teknologi Pembiakan dan Pembiakbakaan
Seksyen Teknologi Pembiakan dan Pembiakbakaan berperanan meningkatkan kualiti genetik serta prestasi pembiakan ternakan di negara ini. Seksyen mempunyai rangkaian di semua negeri di Semenanjung untuk memberi perkhidmatan pembiakan dan pembakaan.Untuk keberkesanan perkhidmatan,seorang penyelaras pembiakan dan pembakaan diwujudkan di setiap negeri. Perkhidmatan yang diberikan, meliputi:
a. Sinkronisasi Estrus
Teknik ini menggunakan hormon untuk menyelaraskan pusingan kesuburan dalam ternakan ruminan betina. Teknik ini digunakan untuk memantapkan pusingan kesuburan untuk sekumpulan ternakan untuk memudahcarakan penjagaan, pembiakan dan musim beranak bagi ternakan induk.
b. Permanian Beradas
Kebaikan menggunakan teknik permanian beradas untuk pembiakan ternakan adalah seperti berikut:
- Mengurangkan kos menyimpan ternakan pejantan.
- Memasukkan genetik berkualiti tinggi ke dalam sesuatu
kumpulan ternakan.
- Mengurangkan ‘in-breeding’
- Digunakan bersama sinkronisasi estrus untuk mengetatkan
musim membiak.
- Mengesan ternakan yang tidak subur dengan cepat.
c. Pemeriksaan Dayabiak
Termasuk pemeriksaan fizikal, libido dan kualiti air mani untuk memeriksaan kesesuaian ternakan untuk dijadikan pejantan.Pemilihan pejantan yang sesuai dan berkeupayaan untuk membuntingkan ternakan betina adalah sangat penting untuk memastikan kejayaan sesuatu program pembiakan.
d. Pengesanan Kebuntingan / Pemeriksaan Kesuburan
Pengesanan awal kebuntingan adalah penting untuk menilai kesuburan ternakan dan meningkatkan keberkesanan program pembiakan. Pemeriksaan kesuburan digunakan untuk menilai kesihatan sistem pembiakan,mengesan dan menyingkirkan ternakan betina yang tidak subur.
Seksyen Pemakanan Haiwan
Seksyen Pemakanan Haiwan berperanan untuk meningkatkan kesediaan sumber makanan ternakan berkualiti dan ekonomik, meningkatkan tahap pemakanan ternakan supaya mencapai daya pengeluaran yang optimum dan mempelbagaikan pilihan sumber yang bersesuaian sebagai makanan haiwan. Seksyen Pemakanan Haiwan secara umumnya adalah bertanggungjawab dalam pembangunan projek-projek yang berkaitan dengan makanan ternakan khasnya pembangunan pastura/foder di ladang-ladang jabatan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
a. Pengeluaran biji benih pastura
b. Pengeluaran anak pokok dan foder
c. Pembuatan silaj dan hay
d. Pembangunan dan penambaikan pastura di ladang jabatan
termasuklah menjalankan kajian kualiti tanah
Selain daripada itu Seksyen turut berfungsi untuk memastikan kualiti makanan ternakan sentiasa dijaga samada yang berasaskan rumput atau makanan yang telah siap dirangsum. Jabatan mempunyai dua buah makmal yang menjalankan analisis kualiti makanan ternakan iaitu Makmal Kesihatan Awam Veterinar Salak Tinggi dan Makmal Analisa Makanan Ternakan di Institut Veterinar Malaysia. Sampel-sampel diterima daripada ladang jabatan, agensi kerajaan, penternak dan pihak swasta.
Seksyen Pemakanan Haiwan
|