Buku Panduan Buku Panduan

 

 

 

  • APAKAH DIA SUSU SEGAR ?
  • DI MANA SUSU TERJADI ?
  • KENAPA SUSU DIKATAKAN SALAH SATU DARIPADA MAKANAN TERBAIK ?
  • BAGAIMANA SUSU DIPEROLEHI DARIPADA LEMBU ?
  • BERAPA LAMA LEMBU MENGELUARKAN SUSU ?
  • APAKAH SUSU SEGAR YANG BERMUTU ?

 

"Susu segar" adalah sekresi susu biasa yang bersih daripada lembu yang diberi makan dan dipelihara dengan sempurna. Ini tidak termasuk susu yang diperolehi dalam masa empat hari sebaik saja selepas kelahiran anak.

 

Susu dihasilkan oleh sel-sel yang terdapat pada dinding-dinding alveoli di dalam pundi susu. Jumlah alveoli di dalam pundi susu bertambah semasa lembu bunting dan terus bertambah sehingga maksima pada kemuncak pengeluaran susu dan kemudiannya berkurangan sehingga habis laktasi.

 

Susu adalah salah satu daripada makanan terbaik kerana kandungan dan kebaikannya seperti berikut :

  • Protein untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu seluruh badan.
  • Laktosa boleh menambah penyerapan kalsium dan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi.
  • Lemak untuk sumber tenaga.
  • Vitamin dan galian untuk menjauhi penyakit.

 

Susu diperolehi daripada lembu dengan merangsangkan lembu tersebut semasa memerah. Rangsangan ini adalah dengan menggunakan anak lembu berkenaan untuk menghisap puting tetek atau dengan cara lain yang pergerakannya menyerupai gerakan anak lembu menghisap susu. Ini dilaksanakan dengan menggunakan tangan atau mesin pemerah susu.

 

Lembu akan mengeluarkan susu setelah kelahiran dan akan terus mengeluarkan susu sekiranya tidak diberhentikan. Di dalam pengurusan yang baik, jangkamasa pengeluaran susu Laktasi) ialah 210 sehingga 250 hari, iaitu diberhentikan ketika lembu sudah 7 bulan mengandung. Ini adalah untuk merehatkan lembu dan menyediakannya untuk kelahiran kelak.

 

"Susu segar" mengandungi air, lemak dan pepejal bukan lemak seperti laktosa, protin, vitamin, galian (mineral) dan lain-lain.

Susu yang bermutu adalah susu yang dihasilkan dengan cara yang bersih dan dapat menepati kehendak-kehendak Peraturan Makanan 1985 iaitu :

 

PURATA MAKNAN 1985

Kandungan Susu % kandungan
Lemak 3.25
Pepejal bukan lemak 8.50
Jumlah pepejal 11.75

 

 

  1. BAGAIMANAKAH SUSU SEGAR DIKENDALIKAN ?

  2. MENGAPA SUSU SEGAR MESTI DISIMPAN SEJUK ?
  3. BAGAIMANA SUSU BOLEH ROSAK ?

  4. PUNCA SUSU ROSAK ?

  5. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMPROSESAN SUSU ?

  6. APAKAH TUJUAN PEMPROSESAN SUSU ?

  7. APA DIA SUSU PASTEUR ?

  8. APA DIA SUSU STERIL ?

  9. APA DIA SUSU SUHU ULTRA TINGGI ?

  10. APA DIA SUSU SKIM ?

  11. APA DIA SUSU CAMPURAN SEMULA ?

  12. APA DIA SUSU BANCUHAN ?

  13. APA DIA SUSU TEPUNG PENUH KRIM ?

  14. APA DIA SUSU TEPUNG SKIM ?

  15. APA DIA SUSU SEJAT ?

  16. APA DIA SUSU ISIAN ?

  17. APA DIA SUSU HIDROLISIS LAKTOSA ?

  18. APA DIA SUSU BERPERISA ?
  19. APA DIA DADIH ?

  20. DI MANAKAH BOLEH DIPEROLEHI MAKLUMAT MENGENAI SUSU ?



Paparan: 1  2  

 
  • MOA
  • DOA
  • DOF
  • MARDI
  • FAMA
  • LKIM
  • LPP
  • AgroBank
  • KADA
  • LPNM
  • TEKUN
  • MAQIS
  • MyGov
  • JPA
  • MSC
  • HALAL
  • IIM
  • SMEInfo
  • MyID
  • PEMUDAH
  • BLESS
  • AgroHypermart
  • RTC
  • ASEAN
  • OIE
  • FAO
  • WTO
  • JICA
  • WVA
  • UPM
  • UMK
  • PERHILITAN
  • NRE
  • NRE