Visi - Mewujudkan industri pelancongan berasaskan pertanian yang terunggul, berdaya saing dan berdaya maju
Misi - Komited kepada kehendak pelanggan bagi mengekalkan keindahan dan keunikan produk pelancongan secara konsisten dan efisien melalui penyajian produk pelancongan yang kompeten di masyarakat antarabangsa
Objektif: - sebagai Pusat Pameran Burung-burung Borneo dan tropika;
- sebagai Pusat Penyelidikan dan Latihan Burung yang terunggul di rantau ini;
- sebagai Pusat Pemuliharaan Burung-burung dari kepupusan;
- sebagai Pusat Pembiakan dan Pengeluaran Burung untuk dipasarkan kepada peminat, pengkaji dan pencinta burung;
- meningkatkan kefahaman dan apresiasi cinta kasih masyarakat terhadap keindahan dan keunikan aneka burung; dan
- mengekalkan konservasi khazanah hutan dan kelestarian burung-burung Borneo dan Tropika
Latar belakang dan Sejarah Sejarah penubuhan Taman Burung Labuan (TBL) adalah usaha yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr Mahathir b. Mohamad untuk mercu sektor pelancongan dan menarik lebih ramai pelancong datang ke Wilayah Persekutuan Labuan khasnya pelancong luar negara. Tanjung Kubong di Lubuk Temiang telah dipilih sebagai tapak TBL kerana mempunyai kesesuaian tanah dan sesuai dengan zon pelancongan dengan keluasan 6.992 hektar. Konsep asal TBL adalah mempamerkan dan memelihara burung-burung eksotika secara ‘walk in aviary’. Bagaimanapun Kementerian Pertanian pada November 1998 telah mengkaji dan mengambilkira viability projek dan kehendak semasa. Maka Kementerian telah bersetuju konsep TBL ini diperluaskan skop perancangan dan pembangunan supaya ia tidak terhad kepada pameran burung sahaja tetapi juga meliputi kegiatan penyelidikan, pemuliharaan dan pembiakan burung-burung jenis Borneo/Kalimantan yang terdapat di rantau ini dan mempunyai potensi pasaran atau menghadapi tekanan kepupusan. Konsep ini digubal semula semata-mata bagi menjamin kesinambungan dan daya maju Taman ini secara berterusan. Pada bulan Januari 1999 Kementerian Pertanian Malaysia telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Wilayah Persekutuan Labuan melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia mengelola dan mengurus TBL. Pada 31 Ogos 1999 buat pertama kalinya TBL telah dibuka kepada orang awam dengan koleksi 50 spesies burung. Koleksi burung-burung Borneo/Kalimantan ini ditingkatkan dari semasa ke semasa hingga mencapai lebih 100 spesies. Masa Operasi: - 10.00 pagi – 5.00 petang (termasuk cuti umum)
Aktiviti: Pertunjukan Burung - 11.00 pagi & 3.30 petang Feeding Time - 11.30 pagi & 4.00 petang Kadar Bayaran:
| Dewasa | RM 3.00 | | Kanak-kanak ( 6 – 12 tahun ) | RM 1.00 | | Kanak-kanak ( bawah 6 tahun ) | percuma | | Pelajar IPTA / IPTS / Kolej | RM 2.00 | | Orang kurang upaya | RM 1.00 | | Warga emas / Pesara | RM 2.00 | | Warga asing | RM 5.00 | Maklumat Lanjut Sila Hubungi: Pengurus Taman Burung Labuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar P/S 173 Jalan Tanjung Kubong 87000 Wilayah Persekutuan Tel : 087- 463544 Faks: 087- 414523
|