Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM | ENGW3C

faq-img

Kajian Kepuasan
Pelanggan

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

 Portal Rasmi

Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan

PEMAKLUMAN KEPUTUSAN MESYUARAT JK KELULUSAN SUBSIDI

 

Keputusan Mesyuarat JK Kelulusan Subsidi bil 1/2022 pada 25hb Mac 2022

  1. Penternak yang menyewa lesen boleh menuntut susbidi di semua negeri dengan syarat mempunyai bukti sah penyewaan lesen dengan pemilik lesen.
  2. Permohonan dari penternak di Melaka yang tidak mempunyai lesen diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk keputusan berikutan keputusan Melaka tidak mengeluarkan lesen bagi 20 buah ladang yang masih mengamalkan sistem reban terbuka.
  3. Akuan jual beli boleh disediakan oleh pemohon bagi tujuan sebagai dokumen sokongan untuk  penternak yg tidak mempunyai dokumen invois yg lengkap atau invois hanya atas nama integrator. Akuan tersebut perlu ditandatangani oleh pemohon dan integrator. Di dalam akuan tersebut, perlu dinyatakan dengan jelas dari mana ayam dikeluarkan, dari siapa kepada siapa, jumlah ayam yang terlibat dan no invois/DO bagi transaksi tersebut.

 

Keputusan Mesyuarat JK Kelulusan Subsidi bil 2/2022 pada 1 April 2022

  1. Mesyuarat menetapkan syarat penggunaan akaun bank Agrobank bermula 1 April bagi permohonan baru. Semua pemohon perlu menggunakan akaun Agrobank. Pembukaan akaun Agrobank tidak memerlukan sebarang wang pendahuluan (deposit). Boleh buka akaun tersebut di mana-mana cawangan Agrobank yang terdekat.
  2. Kepada pihak integrator yang ingin membuat tuntutan, dokumen pembelian/pengambilan ayam dari penternak kontrak boleh digunakan sebagai bukti transaksi jual/beli ayam bagi tuntutan pihak integrator sebagai dokumen sokongan tambahan. Pengiraan subsidi berdasarkan jumlah dan berat ayam yang diambil dari penternak kontrak.  Namun begitu, dokumen invois jualan ayam kepada pihak lain juga perlu dilampirkan bersama.
  3. Keputusan kerajaan Melaka mengenai lesen bagi penternak ayam yang mengamalkan sistem reban terbuka telah diberi kepada 5 ladang bermula bulan Mac. Tuntutan subsidi boleh dibuat selepas tarikh kelulusan lesen.
  4. Perkiraan subsidi hanya berdasarkan jumlah kapasiti ayam yang tercatat pada lesen sahaja walaupun tuntutan melebihi kapasiti tersebut.

 

Keputusan mesyuarat JK Kelulusan Pemberian Subsidi Ayam dan Telur bil 3/2022 pada 15 April 2022.

    1. Pihak DVS negeri tidak perlu lagi menghantar dokumen ke putrajaya sebaliknya membuat semakan dan pengesahan di peringkat negeri sahaja. Namun begitu kaedah pengiraan perlulah mengikut garis panduan pemberian subsidi. 

    2. Ayam : Pengiraan subsidi berdasarkan kepada bilangan ayam dan berat 1.8kg sahaja tanpa mengambilkira berat kurang atau lebih dari 1.8kg. Bilangan ayam perlu jelas dibuktikan melalui dokumen DO atau Invois jualan. 

    3. Telur : Pengiraan subsidi telur melibatkan semua jenis gred telur dan tidak tertumpu kepada telur jenis gred ABC sahaja. 

    4. Eksport : Pihak DVS negeri boleh meminta pemohon (ladang penelur) yang mengeksport telur ke luar negara untuk membuat surat pengakuan jumlah telur yang dituntut tersebut tidak dieksport malah ianya untuk pasaran tempatan     

        sahaja. Surat tersebut perlu ditandatangani oleh pemilik ladang dan bukannya wakil yang diberi kuasa. 

 

Diterbitkan pada 4 April, 2022 Diterbitkan Oleh Administrator