Pengenalan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengiktiraf kelayakan Sijil Veterinar yang dikeluarkan oleh Institut Veterinar Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mulai 01 Januari 2004 sebagai setaraf dengan kelayakan Sijil Institut Pertanian dari Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak.
Selaras dengan pengiktirafan tersebut, perbekalan syarat lantikan skim perkhidmatan Pembantu Veterinar diubah sewajarnya bagi memasukkan kelayakan Sijil Veterinar sebagai syarat lantikan yang baru.
Institut Veterinar Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Persekutuan melalui Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya. Institut ini telah ditubuhkan sejak tahun 1974 dengan tujuan melengkapkan para pegawai Jabatan dan juga penternak dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengeluaran dan kesihatan ternakan.
Falsafah
Pelaksanaan kursus Sijil Veterinar adalah untuk:
• Membangunkan satu kumpulan tenaga kerja teknikal yang mahir dan berpengetahuan di dalam aspek-aspek amali dan teknikal dalam bidang pengeluaran dan kesihatan ternakan di peringkat operasi industri ternakan.
• Menghasilkan sumber manusia berkaliber dan kompeten dalam industri penternakan bagi membantu mempercepatkan transformasi sektor ternakan.
Objektif
Objektif Am
Menyediakan dan melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengeluaran dan kesihatan ternakan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas-tugas teknikal di peringkat operasi ladang serta sebagai pegawai pengembangan barisan hadapan.
Objektif Kursus
1. Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai prinsip-prinsip dan teknik-teknik pengurusan, pemakanan, pembiakan dan kawalan penyakit lazim bagi semua jenis ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, bebiri, khinzir, ayam, itik, arnab, kuda, anjing dan kucing;
2. Membina dan mempertingkatkan kemahiran manipulatif di dalam pengurusan sistem pengeluaran ternakan moden yang cekap dan produktif;
3. Melatih menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi bagi merancang, mengurus dan melaksanakan program-program pengeluaran dan kawalan penyakit ternakan supaya produk yang dihasilkan seperti daging, susu dan telur, adalah bermutu dan selamat untuk dimakan;
4. Memberi pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran di dalam kaedah-kaedah pengembangan dan komunikasi supaya pemindahan teknologi dan penyampaian maklumat kepada pelanggan akan lebih berkesan; dan
5. Melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan mengenai pengurusan pejabat, kewangan dan perundangan serta penguat kuasa yang berdasarkan Akta Binatang, 1953 (Akta 647) (Pindaan 2006) dan undang-undang semasa.
Jangkamasa
Kursus ini mengambil masa selama dua (2) tahun di mana pelajar akan diberikan kuliah dan latihan amali secara intensif. Semasa menjalankan program latihan ladang di hujung Semester 4 pelajar akan diberikan pendedahan kepada pengurusan ladang-ladang ternakan JPV dan swasta yang akan ditentukan oleh Institut. Kursus ini dijalankan sepenuh masa dan merangkumi 64 jam kredit untuk dianugerahkan Sijil Veterinar.
Prospek Kerjaya
Pelatih lepasan Institut Veterinar Malaysia berpeluang untuk bekerja sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan ternak. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta. Bidang-bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut:
• Perladangan
• Pemprosesan
• Agro Pelancongan
Struktur Pengajian
Pelajar diberi kuliah teori dan amali berjumlah 64 jam kredit atas subjek seperti di Jadual 1. Pelajar diberi latihan semua subjek ‘Teknikal' dan ‘Industri' secara terperinci supaya dapat melengkapkan diri mereka ke arah menjadi seorang usahawan selepas tamat latihan sekiranya tidak bekerja dengan agensi Kerajaan atau swasta. Subjek ‘Am' dan ‘Industri' juga diberikan supaya pelajar boleh menjadi seorang yang dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara sistematik untuk menjayakan program penternakan dengan berkesan.
Jadual Latihan
JADUAL LATIHAN | |
Subjek Yang Wajib diikuti oleh Pelajar | |
TAHUN 1 | TAHUN 2 |
SUBJEK AM | SUBJEK AM |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SUBJEK TEKNIKAL |
|
|
SUBJEK TEKNIKAL |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SUBJEK INDUSTRI |
|
|
SUBJEK INDUSTRI |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Permohonan & Pengambilan
Pengambilan dibuat berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia berumur di antara 19 hingga 25 tahun (hingga 30 tahun bagi pegawai kerajaan) pada masa kursus dipohon.
- Berkelulusan SPM atau SPVM atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut:
- Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan);
- Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris;
- Lulus dalam mata pelajaran Matematik;
- Kepujian dalam salah satu pelajaran berikut:
- Sains, Sains Pertanian, Geografi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Pengeluaran Ternakan, Pengeluaran Tanaman, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteran Ladang, Pengurusan Ladang, Ekonomi Rumah tangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Prinsip Perniagaan, Asas Perakaunan, Perniagaan dan Keusahawanan, Teknologi Katering, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Asas Pemprosesan Maklumat;
- Berjaya dalam temu duga yang dijalankan;
- Belum berkahwin (kecuali pegawai kerajaan)
- Sihat tubuh badan.
Kemaskini pada 2016-02-19 22:21:06 daripada Institut Veterinar Malaysia