SEJARAH
Institut Teknologi Unggas (ITU) di buka ekoran daripada penutupan Institut Kemajuan Ternakan Ayam (IKTA) di Johor Bharu dan Pusat Latihan Ternakan Ayam (PLTA) di Ayer Keroh, Melaka. Sejajar dengan perkembangan teknologi penternakan unggas moden dan sistematik, institut latihan bagi ternakan ini telah diberi nafas baru dengan penubuhan Institut Teknologi Unggas (ITU), Masjid Tanah, Melaka pada bulan Julai 2007. Semua latihan dan perkhidmatan berkaitan penternakan unggas telah disatukan dan berpusat di institut ini setelah PLTA dan IKTA secara rasminya ditutup pada 2009.
Institut ini mula beroperasi pada 2007. Mempunyai keluasaan 30 ekar. Pembinaannya meliputi 2 fasa iaitu Fasa 1 meliputi blok pentadbiran, kuartes dan asrama. Manakala Fasa 2 meliputi pembinaan prasarana penternakan.
Perkhidmatan yang ditawarkan antaranya :-

- Memberi khidmat nasihat dalam penternakan unggas
- Menjalankan latihan penternakan unggas (teori dan praktikal) bagi bakal penternak dan pegawai pengembangan jabatan
- Menjalankan latihan penternakan unggas (teori dan praktikal)bagi pelajar institut pengajian tinggi dan institut latihan jabatan
- Pengeluaran puyuh, baka ayam kampong kacukan dan baja
- Menganjurkan lawatan sambil belajar penternakan unggas
Kemaskini pada 2018-07-24 22:06:59 daripada ITU, Masjid Tanah