TUJUAN
Menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang pertanian sebagai pekerja mahir dan pengusaha pertanian bertaraf komersil dan berskala besar melalui penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti sector pertanian negara.
OBJEKTIF PROGRAM
- Menyediakan tenaga kerja mahir terlatih dalam sektor pertanian yang meliputi semua peringkat pekerjaan iaitu pekerja mahir, penyeliaan dan pengurusan.
- Melahirkan usahawan tani muda yang berdaya saing, moden dan kreatif bagi mencapai negara yang berpendapatan tinggi.
- Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
PELAKSANAAN
- Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau National Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi.
- Persijilan PLKPK adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
TEMPOH LATIHAN
- Tahap 1(Sijil) - 6 bulan (600 jam)
- Tahap 2(Sijil) - 6 bulan (600 jam)
- Tahap 3(Sijil) - 12 bulan (1,200 jam)
- Tahap 4(Diploma) - 12 bulan (1,200 jam) + 3 bulan Latihan Industri(LI)
BIDANG LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN YANG DITAWARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- Tanaman
- Penanaman Padi
- Ternakan Ruminan (Institut Veterinar Malaysia)
- Ternakan Poltri
- Akuakultur Air Tawar
- Akuakultur Marin
- Teknologi Perikanan Tangkapan
- Pemprosesan Makanan
- Pemasaran


SYARAT PERMOHONAN:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran
- Memiliki kelulusan akademik Sekurang-kurangnya SPM/SPMV atau setaraf yang diiktiraf kerajaan. Syarat-syarat lain adalah mengikut bidang.
- Sihat Tubuh Badan dan boleh melakukan aktiviti amali di lapangan
PEMBIAYAAN LATIHAN:
- Kos pengajian termasuk penginapan, makan dan minum adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan. Pelatih hanya perlu menanggung yuran pendaftaran sebanyak RM330 untuk bayaran premium insurans, setem hasil surat perjanjian, baju korporat, deposit asrama dan pembukaan akaun Agrobank.
- Pelatih turut diberikan elaun sara hidup sebanyak RM200/bulan untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan RM250/bulan untuk Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Manakala elaun bagi Latihan Industri adalah RM300/bulan.
CARA MEMOHON:
- Pengambilan pelajar bagi mengikuti program tersebut dibuat pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.
- Permohonan boleh dibuat secara online di laman web berikut:
Kemasukan Januari
Laman Web Rasmi NATC http://www.moa.gov.my/natc (dibuka mulai Oktober-November)
Kemasukan Julai
Laman Web Rasmi NATC http://www.moa.gov.my/natc (dibuka mulai April-Mei)
Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://upu.mohe.gov.my
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi:
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Aras 3, Wisma Tani,
No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624 Putrajaya.
Tel: 03-8870 1695/1680/1693/1806/1802
Faks: 03-8888 1699
http://www.moa.gov.my
Kemaskini pada 2015-12-27 07:46:28 daripada Institut Veterinar Malaysia