BAHAGIAN PENTADBIRAN
OBJEKTIF
- Memberikan perkhidmatan pengurusan pentadbiran, latihan dan kemahiran kepada semua warga kerja Institut selaras dengan peraturan-peraturan yang digunapakai bagi memastikan pentadbiran yang cekap dan berkesan.
- Untuk meningkatkan tahap profesionalisme untuk memberi perkhidmatan sokongan meliputi pentadbiran, perkhidmatan dan perjawatan selaras dengan pekeliling-pekeliling yang dikuatkuasa dari masa ke semasa.
Fungsi
- Pengurusan Hal Ehwal Pentadbiran dan Sumber Manusia
- Menguruskan Perkhidmatan Personel, Urusan surat menyurat, Pengurusan Rekod Institut, Pengurusan Mel, Tuntutan Kakitangan.
- Menyediakan perkhidmatan kaunter yang cepat, tepat, betul dan senantiasa memberi bantuan sokongan.
- Menguruskan Rekod Perkhidmatan Staff, Maklumat Staff, Penanggungan Kerja dan Fail Peribadi.
- Mempercepatkan segala pengurusan dan pentadbiran harian kakitangan melalui aktiviti-aktiviti seperti perlantikan baru, Jadual tugas pemandu, Jadual Pergerakan Kenderaan , Urusan Insuran dan Cukai , perletakan dalam jawatan berpencen, cuti kakitangan, pergerakan pegawai dan kakitangan dan lain-lain yang di arahkan dari masa ke semasa.
Kemaskini pada 2015-12-18 10:56:43 daripada Institut Pengurusan Veterinar