The HTML Block Content is not Available!
The Accessibility Block Content is not Available!
The HTML Block Content is not Available!
The JMenu content is empty. Please check your content group select.

SOP Kaedah Penghantaran Sampel bagi Pengujian Penyakit Brucella Suis pada Ternakan Babi

1.0     Keputusan Mesyuarat
 
Merujuk kepada Keputusan Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Kesihatan Haiwan Bil. 1/2018 pada 23 dan 24 Januari 2018, mesyuarat memutuskan bagi ujian Brucella suis pada babi, saringan di peringkat ladang adalah dengan menggunakan ujian RBPT. Bagi ladang yang mempunyai keputusan positif ujian RBPT perlu dibuat persampelan untuk pengasingan bakteria oleh DVS Negeri. DVS Negeri perlu menghantar sampel ke Makmal Veterinar Kawasan (MVK) untuk dibuat ujian pengasingan dengan kadar segera kecuali Negeri Perak boleh menghantar terus ke VRI. VRI hanya akan menjalankan ujian pengesahan bagi koloni bakteria disyaki Brucella suis.
 
2.0    Jenis sampel

Sampel yang boleh diambil untuk pengasingan Brucella suis adalah;
  1. Sampel semen;
  2. Calitan vagina (vaginal swab/ reproductive tract recovery fluids (termasuk discharge, lochea);
  3. Bendalir/tisu fetus yang gugur (aborted foetuses and it’s remnants);
  4. Susu;
  5. Tisu seperti nodus limfa, limpa, uterus, testis dan epididymis.
Sampel perlu diambil dari babi jantan dan betina (boar dan sow) dan diberi tanda pengenalan semasa persampelan.
 
3.0    Penyimpanan dan pengangkutan sampel
  1. Sampel yang diambil perlu dihantar SEGERA dalam tempoh 24-36 jam dan harus disimpan sejuk pada suhu 4°C.
  2. Sampel kultura Brucella suis yang berjaya diasingkan oleh makmal MVK perlu dihantar dalam ‘selective media’ iaitu serum dextrose agar.
 
4.0    Skop tugas VRI
  1. VRI hanya akan menerima sampel dari kes Brucella suis untuk pengasingan bakteria dari Negeri Perak sahaja manakala negeri-negeri lain perlu menghantar sampel ke MVK berhampiran.
  2. VRI hanya akan menjalankan ujian pengesahan/ ‘confirmatory’ melalui ujian PCR bagi pengasingan koloni bakteria yang disyaki Brucella suis.
 
 
BIL. PERKARA PENYAKIT BERKAITAN UJIAN AMAUN SAMPEL PENYIMPANAN SAMPEL PENGANGKUTAN SAMPEL
2. PENGHANTARAN ORGAN/TISU  
Penyakit Babi
 
Swine fever(CSF/ASF), Aujesky’s Disease, Porcine Brucellosis, Nipah Virus Infection, Transmissible gastroenteritis (TGE), Porcine reproductive and respiratory (PRRS), Atrophic rhinitis, Swine erysipelas, Actinobacillus pleuropneumonia, Mycoplasma pneumonia, Japanese encephalitis (JE), Porcine Circo Virus (PCV) infection, Swine influenza,
 
 
 
 
Pengesanan agen (pengasingan bakteria/virus/parasite/   ujian molecular)
 
Untuk Pengesanan agen:
 
Sampel diambil mengikut keadaan lesi pada organ. Ambil sampel mengikut kesesuaian jenis organ. Minimum berat tisu/ sampel 10-15 gm
 
 
 
Untuk Pengesanan agen:
 
Simpan tisu/organ dalam beg plastic dan disimpan sejuk. Tutup beg plastic dengan sebaiknya.  Label sampel dengan baik.
 
Untuk Pengesanan agen:
 
Letak sampel didalam kotak cardboard sebelum diletak ais bagi mengelakkan sampel tisu ‘burned’. Simpan sampel dalam ‘insulated container’. Isi 4.5 kg ‘dry ice ‘ atau 6-10 pek ‘freezer pack’ utk ‘overnight courier’. Sampel perlu sampai ke makmal dalam tempoh 24-36 jam dari masa sampel diambil.
 
 

Kemaskini pada 2018-03-22 13:03:30 daripada Institut Penyelidikan Veterinar

  •  
  • Print
  • Email this page

The HTML Block Content is not Available!
Visitor count : 4997195 Last Updated05-06-2023
The HTML Block Content is not Available!
The HTML Block Content is not Available!
The Web Statistic Block Content is not Available!