Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Bm | EngW3C

faq-img

Kajian Kepuasan
Pelanggan

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Kepada Warga DVS dan Pelanggan yang dihormati,

Portal DVS telah dinaiktaraf dan kini sedang dalam proses pengemaskinian maklumat secara berperingkat.
Sebarang maklumbalas atau cadangan boleh dibuat melalui e-mel respon@dvs.gov.my.

Segala kesulitan amat dikesali. Kerjasama tuan/puan didahuli dengan ucapan terima kasih.

Laman Web Rasmi

Institut Penyelidikan Veterinar

Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Sejarah

 

WAJAH VRI DAHULU WAJAH VRI KINI

Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh, Perak merupakan salah satu seksyen di dalam Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industrian Asas Tani Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1984 di premis sementara di Hospital Bahagia, Tanjong Rambutan, Perak dan ia dahulunya dikenali sebagai Makmal Penyelidikan Persekutuan. VRI hari ini telah berpindah ke lokasi sekarang di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh pada tahun 1953. Ia meliputi kawasan sebanyak 14.4 hektar. Pada ketika itu, VRI diketuai oleh Pengarah Penyelidikan dan dibantu sebanyak 131 kakitangan yang terdiri daripada 13 Doktor Veterinar, 11 Pegawai Penyelidik, 2 Penolong Pegawai Veterinar, 47 Pembantu Makmal, 7 Pembantu Veterinar dan 51 kakitangan sokongan. Sejak itu, VRI telah diperluaskan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri ternakan.

Pada tahun 2008, VRI telah melakar sejarah kerana telah dicadangkan oleh badan antarabangsa FAO untuk diiktiraf sebagai makmal rujukan serantau (Regional Reference Center) bagi penyakit HPAI (Selsema Burung) dan ND (Newcastle Disease). Pengiktirafan juga diberi oleh sekateriat ASEAN sendiri dan OIE. Ini merupakan pengiktirafan antarabangsa yang tertinggi pernah diterima VRI. Pengiktirafan ini berlandaskan keupayaan VRI, prasarana penyelidikan yang lengkap (BSL3, BSCL3-Ag, Unit SPF dan lain-lain) dan juga rekod perkhidmatan cemerlang dalam menangani situasi wabak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Oleh yang demikian, aktiviti dan skop perkhidmatan yang dimainkan VRI akan bertambah selaras dengan perkembangan semasa.

 


Kemaskini pada 2021-10-13 18:01:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page