Kompleks Abatoir Shah Alam telah mendapat Sijil Pengesahan Premis Halal daripada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor pada Mei 2022. Sijil ini sah sehingga 31 Mei 2023. Status pengesahan premis halal merupakan salah satu tambah nilai yang mempunyai banyak kebaikkan bukan sahaja untuk rumah sembelih Jabatan malah untuk rumah sembelih swasta juga. Diantara kebaikkannya adalah menambah keyakinan pengguna, meningkatkan produktiviti dan seterusnya meningkatkan pendapatan penternak atau pengusaha rumah sembelih berlesen. Jabatan ini menyarankan agar penternak-penternak di Malaysia dapat memastikan ternakan mereka di sembelih di premis yang dilesenkan oleh DVS atau rumah-rumah sembelih Jabatan.