October 18, 2018   4:30 AM
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
 

BUKU PADUAN

A. Pengurusan

Cara pengurusan lembu daging adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan lembu tenusu.


Ada 4 cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu daging:
 

  • Cara meragut lepas bebas 
     

    Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Ini termasuklah meragut di tepi-tepi jalan. Cara ini kurang baik kerana;
     

  • selalu merosakkan tanaman orang lain
  • kemungkinan dilanggar kereta atau luka oleh kemalangan
  • makanan hanya bergantung kepada rumput di kawasan ragutan yang kemungkinan tidak memadai
  • perhatian sukar diberikan kepada setiap ekor lembu yang dipelihara.
     
  • Cara Berkurung atau Fidlot
     

    Dengan cara ini lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang, dengan mendapat makanan bermutu secukupnya, air yang bersih pada setiap masa dan garam secukupnya.

     

    Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3 - 5% dari berat badan lembu setiap hari. Biasanya, rumput potong diberikan pada sebelah pagi dan dedak diberikan pada sebelah petang.

     

    Ruangan lantai yang diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.
     

  • Cara Separa Intensif
     

    Cara ini lebih sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan kawasan meragut yang mencukupi.
     

  • Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama
     

    Di negara kita kawasan yang bertanam dengan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racuri rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu.

     

    Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan ladang. Dengan ragutan berkawal, satu hektar ladang kelapa sawit dapat menampung seekor ternakan dewasa.
     

D. Panduan Perumahan
 

  • Pembinaan Kandang
     

    Kandang yang baik cuma perlu mempunyai atap/bumbung yang tidak ditembusi air dan lantai yang mudah dibersihkan serta perparitan yang memuaskan. Saiz kandang 30 kaki persegi cukup untok seekor lembu, bermakna bagi 10 ekor lembu, kandang 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8-10 kaki adalah memadai. Bahan-bahan tempatan seperti buluh, kayu hutan, atap nipah boleh digunakan untuk menjimatkan belanja pembinaan.
     

  • Palung Makanan dan Minuman
     

    Setiap kandang harus mempunyai palung makanan dan minuman yang cukup. Ruangan makanan ialah 1.5 kaki seekor dan ruangan minuman pula ialah 1 kaki tiap-tiap seekor.

     

    Beberapa jenis palung makanan dan minuman boleh digunakan. Beberapa contoh ada ditunjukkan seperti di Lampiran 3.
     

  • Pasung/Trevis
     

    Pasung atau trevis digunakan untuk membuat pemeriksaan, rawatan atau permanian beradas setiap ekor lembu di masa-masa perlu. Ini berupa pagar yang kukuh sebesar salz seekor lembu, yang apabila seseekor lembu dimasukkan ke dalamnya, lembu itu tidak akan dapat meronta.

     

E. Makanan dan Air Minuman
 

Seekor lembu memerlukan kira-kira 20 - 30 kg. rumput sehari. Lembu boleh hanya bergantung kepada rumput jika ianya dari kualiti yang baik. Jika tidak, makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan. Makanan tambahan dapat mengurangkan kuantiti rumput yang dimakan, tetapi harganya mahal.

 

Hasil buangan pertanian yang lebih murah boleh juga dijadikan makanan tambahan, contohnya; kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulur nanas, pucuk tebu, jerami padi, batang sagu dan sebagainya. Batu garam atau garam biasa dan air minuman yang bersih perlu diberikan setiap masa.

 

F. Kawalan Kesihatan

 

Mengawal adalah lebih baik dari mengubati penyakit. Lembu yang sihat akan memudah pengurusan dan menambah hasil pengeluaran.

Cara yang betul mengawal penyakit ialah dengan sistem pengurusan yang baik termasuk menjaga kebersihan kandang dan memberi makanan yang bermutu secukupnya.

 

Penyakit yang biasa terjadi kepada lembu-lembu di negara ini ialah luka, serangan cacing dan parasit-parasit luar badan dan di dalam darah. Bagi mengatasinya, jauhkan lembu dari benda-benda tajam, berikan ubat cacing 2-3 kali setahun dan semburkan ubat kutu tiap-tiap 2 bulan sekali.

 

Anak-anak lembu pula mudah dijangkit kuman di pusat. Ini dapat dielakkan dengan merawat pusatnya dan talipusat sebaik sahaja anak-anak lembu dilahirkan.
 

Tanda-tanda am lembu mula berpenyakit adalah:
 

Andainya salah satu dari tanda-tanda di atas terjadi, Pejabat Perkbidmatan Haiwan yang berdekatan perlu dihubungi segera untuk mendapat nasihat pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.
 

  • tidak ada selera makan
  • pucat
  • keluar lendir/air dari mulut atau hidung
  • berak cair
  • berlaku sebarang kecacatan atau tidak normal ketika berjalan.
     

G. Kaedah Pembiakan

 

Lembu betina dara yang telah matang atau bibit yang di dalam keadaan berahi sahaja yang boleh dikahwinkan. Tempoh berahi selama 24 jam perlulah diperhatikan dengan betul supaya tidak berlaku kesiiapan. Sekiranya tempoh itu terlepas, tempoh berahi berikutnya akan datang semula dalam masa 18-24 hari (purata 21 hari).

 

Di antara tanda-tanda berahi ialah:
 

Lembu-lembu yang berjaya dikahwinkan tidak akan menunjukkan tanda-tanda berahi selepas itu. Selepas dua bulan, pegawai dari Pejabat Haiwan boleh dipanggil membuat pemeriksaan bagi mempastikan kebuntingan.

Selepas melahirkan anak, seekor lembu betina boleh dikahwinkan semula apabila datang berahi pada 40-60 hari kemudian. Seekor lembu betina tidak sesuai untuk dibiakkan lagi selepas 5-6 kali beranak, atau pada umur 8-10 tahun.

 

  • Sentiasa berbunyi bising.
  • Kemaluan merah dan membengkak.
  • Keluar lendir dari kemaluan.
  • Panjat memanjat sesama sendiri.
  • Mengasingkan diri, gelisah dan kurang makan.
     

H.Penjagaan Lembu Bunting

 

Tempoh bunting seekor lembu adalah kira-kira 283 hari. Perhatian penuh perlu diberikan semasa lembu bunting sarat. Makanan bermutu dan air yang bersih dan cukup mesti diberikan kepada bakal ibu yang telah diasingkan di dalam kandang.

 

Di antara tanda-tanda lembu hampir akan melahirkan anak ialah :

 

Ketika ini, lembu perlu diasingkan ke dalam kandang khas yang lantainya beralaskan rumput-rumput kering. Tuan punya lembu perlulah sentiasa memerhatikan tetapi tidak perlu menghampirinya. Sekiranya lembu berkeadaan sukar beranak, pegawai dari Pejabat Haiwan perlu diberitahu untuk memberikan pertolongan di mana perlu. Begitu juga selepas 24 jam melahirkan anak, jika uri (placenta) tidak keluar dengan sendirinya, keadaan ini perlu dirawat oleh pegawai yang berpengalaman dari Pejabat Haiwan.

 

Anak-anak lembu yang lahir dalam keadaan yang bersih, peluang jangkitan kuman melalui talipusat adalah tipis, tetapi seelok-eloknya talipusat hendaklah dirawat dengan iodin bagi mempastikan sebarang keburukan tidak berlaku.
 

  • Labu tetek membesar.
  • Susu dapat diperah dan berwarna kekuningan.
  • Pangkal ekor kendur ke arah tulang punggung yang menjadi renggang.
  • Bibir kemaluan membengkak.
  • Sentiasa gelisah.
  • Mengasingkan diri dari kumpulan lembu-lembu lain.
     

I. Penjagaan Selepas Kelahiran

 

Anak yang baru lahir mesti mendapat susu ibu ulung (colostrum) sekurang-kurangnya bagi 4 hari yang pertama. Penyusuan seterusnya boleh diberikan sehingga 3 bulan di mana anak perlu diceraikan dari ibunya. Secara perlahanlahan anak itu harus diajar supaya memakan rumput dan dedak sehingga dicerai terus dari ibunya.

 

Ceraian susu yang awal dapat menjamin kesubUran sistem peranakan ibu untuk kebuntingan semula dengan cepat.

 

Anak-anak pula perlu mendapat penjagaan rapi bagi mempastikan pembesaran yang sempurna.

 

J. Penjagaan Anak Membesar

 

Anak jantan yang tidak diperlukan untuk dijadikan baka, mestilah dikasi (dikembiri) supaya tidak mengganggu pembiakan ibu-ibu lembu. Gangguan ini boleh menyebabkan ibu-ibu melahirkan anak-anak yang tidak bermutu. Selepas dikasi biasanya anak jantan itu akan lebih cepat membesar dan boleh segera digemukkan untuk disembelih. Tanduk juga perlu dibuang supaya tidak menimbulkan masalah pengendalian apabila lembu itu besar kelak.

 

Anak betina yang sedang membesar pula harus diperhatikan supaya mendapat pemakanan yang baik dan tidak dikahwini sebelum mencapai umur kira-kira 2 tahun.

 

K. Menjual Ternakan
 

Hasil dari penternakan secara pembiakan ini adalah berupa jualan lembu singkiran untuk disembelih, lembu dewasa untuk pembiakan selanjutnya atau anak muda jantan untuk dijadikan lembu pengganti.



Kemaskini pada 2015-11-02 15:57:40 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page


Etc/GMT+4
Jumlah Pelawat : 5029449 Tarikh Kemaskini : 18-10-2018
Hari IniHari Ini84 Jumlah PelawatJumlah Pelawat5029449