March 31, 2017   4:32 PM
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
jata 

Maklum Balas Pertanyaan

SUARA ANDA memaparkan respon kepada cadangan dan pandangan pengguna terhadap perkhidmatan veterinar secara umum. Cadangan dan pandangan ini disalurkan melalui Sistem e-Aduan Jabatan. Setiap cadangan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini. Terima kasih di atas sokongan anda.
 

 
Bil  
Respon ID Cadangan/Pandangan Tindakan Yang Telah Diambil
1 N25VM9ZWZR Saya Ingin Membuat Aduan Berkenaan Ternakan Berbiri Di Kawasan Perumahan Taman Puteri,Pokok Sena,Kedah.Saya Mohon Jasa Baik Pihak Jabatan Memantau Ternakan Tersebut Yang Dipelihara Oleh Penduduk Kampung Bersebelahan,Ini Kerna Menyebabkan Pencemaran Bau Busuk Di Setiap Pagi Dan Najis Ternakan Tersebut Bersepah Di Setiap Ruang Jalan Tmn Tersebut.Perkara Ini Juga Menyebabkan Ternakan Tersebut Merosakkan Tanaman Hiasan Yang Di Tanam Dihadapan Setiap Rumah.Saya Berharap Pihak Jabatan Dapat Segerakan Aduan Ini Demi Keselesaan Penduduk Taman Tersebut.
 
Jabatan tiada peruntukan undang-undang ternakan berkeliaran. Justeru itu, dinasihatkan pihak tuan agar memajukan aduan tersebut ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
2 5QQAGRULPH salam sejahtera dan selamat hari raya

Saya berminat untuk menternak rusa tapi dalam web ini tiada maklumat berkenaan dengan rusa. Saya ingin bertanya apa perkhidmatan dan khidmat nasihat yang akan diberi oleh jabatan veterinar kerana saya tidak mempunyai pengalaman dan modal.
Serta ingin meminta khidmat nasihat dari jabatan veterina.segala maklumat dan tunjuk ajar saya ucap ribuan terima kasih

sekian.

 
Pihak Jabatan tidak menyediakan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan. Sekiranya tuan berminat membuat Pijaman Modal, tuan boleh rujuk kepada pihak Agrobank atau TEKUN.

Untuk mendapat perkhidmatan sperti di atas tuan boleh rujuk terus di Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang berhampiran.
3 Z6NDXVMM55 Salam, sekiranya saya mahu memohon permit eksport untuk memindahkan kucing peliharaan saya ke Sabah, di manakah Jabatah Perkhidmatan Veterinar yang terdekat yang boleh saya kunjungi? Saya dari Putrajaya.

Sekian, terima kasih
Adalah dimaklumkan bahawa bermula 1 Oktober 2013, semua pengeluaran permit import dan eksport adalah di bawah MAQIS. Sebarang pertanyaan,boleh menghubungi:
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin
& Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
Aras 7, Menara 4G2, Wisma Tani, Presint 4,
No. 30, Persiaran Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624 Putrajaya.
WP PUTRAJAYA
Telefon : 03-8870 1619
Fax : 03-8888 4855
E-mail : feedback.maqis@moa.gov.my
Portal : www.maqis.gov.my

 

 


Kemaskini pada 2016-05-05 09:09:28 daripada Administrator DVS1

  •  
  • Print
  • Email this page


Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
Wisma Tani, Blok Podium, Lot 4G1, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan, 62624 Putrajaya

Tel: (603) 8870 2000 | Faks: (603) 8888 6021 | Email: pro[a]dvs.gov.my
Jumlah Pelawat : 4239712 Tarikh Kemaskini : 31-03-2017

Hakcipta Terpelihara 2015 © Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Terma & Syarat | Dasar PrivasiDasar Keselamatan | Penafian
Paparan terbaik dengan skrin beresolusi 1024 x 768 piksel menggunakan browser Mozila Firefox atau Chrome terkini
Hari IniHari Ini556 Jumlah PelawatJumlah Pelawat4239712