Sunday, 15 December, 2019   4:28 PM

Reset Setting Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta
Laman

BUKU PADUAN

Salam sejahtera.

 

Kami bersyukur kepada Tuhan, kerana dengan limpah serta izinNya dapat menyiapkan Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Di Ladang Tanaman Kekal ini.

 

Hampir sedekad Projek Integrasi Ternakan Ruminan Dengan Tanaman Kekal atau ringkasnya PINTAR telah dibangunkan. Dari segi pembangunan bidangusaha, kami mendapati projek telah berjaya diwujudkan mengikut protokol pembangunan sedia ada. Namun demikian terdapat beberapa kelemahan tertentu yang akhirnya mempengaruhi kelancaran serta kesinambungan projek dan perlu diperbaiki. Salah satu daripada komitmen jabatan untuk memperkemaskan usaha pembangunan projek PINTAR ini, adalah dengan menyediakan satu Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Di Ladang Tanaman Kekal sebagai rujukan bagi semua pihak yang terlibat, termasuklah kakitangan Jabatan sendiri yang akan memberikan perkhidmatan kepada para pengusaha.

 

Kami berharap Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Di Ladang Tanaman Kekal ini akan menjadi bahan rujukan yang seragam bagi semua projek PINTAR dan perlu ada pada setiap individu yang menjalankan kegiatan ini. Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Di Ladang Tanaman Kekal ini bolehlah diperbaiki dari semasa ke semasa dan dianggap sebagai satu piawaian operasi PINTAR yang seragam (Standard Operating Procedures) pada masa hadapan.

 

Panduan Menternak Lembu Pedaging Secara Integrasi Di Ladang Tanaman Kekal ini telah dimuatkan aspek teknikal projek PINTAR, termasuklah komponen perkhidmatan pengembangan veterinar yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan bidangusaha ini. Pendekatan yang menyeluruh ini akan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada semua pihak terbabit, termasuklah para penyelidik dan para pelajar di institusi pengajian tinggi serta mereka yang berminat mengenainya.

 

 Terima Kasih.

Ketua Pengarang



Kemaskini pada 2015-11-02 16:04:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page