November 23, 2017   9:59 AM
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
 

KESUVET

PENGENALAN

 

Persatuan ini dinamakan Kelab Sukan Dan Kebajikan Veterinar Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya (KESUVET).  Ditubuhkan di Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan, Kementerian Pertanian Malaysia, Jalan Mahameru, Kuala Lumpur dan di daftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966  pada 07 November 1984. Nombor Sijil Pendaftaran kelab ini ialah 64/84 (Wilayah Persekutuan). Alamat  rasmi surat menyurat KESUVET ialah di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Wisma Tani, Blok Podium 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62630 Putrajaya.

Logo Kelab ini ialah 'V' yang dibentuk dari susunan lapan (8) pecahan. Empat (4) berwarna merah, tiga (3) pecahan berwarna biru dan satu (1) berwarna kuning. Manakala  Moto Kelab ini ialah  " Maju Sukan Maju Jabatan"


Objektif utama Kelab ini ditubuhkan ialah untuk;

  • Menyatupadukan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  • Mengeratkan hubungan dengan ahli-ahli kelab lain melalui aktiviti yang serupa.
  • Meningkatkan mutu sukan Jabatan.
  • Menjalankan aktiviti sukan dan kebajikan sosial yang boleh memberikan faedah kepada ahli dan Kelab termasuk mengumpul wang (Fund Raising).


Ahli-Ahli Jawatankuasa KESUVET  Sesi 2017 adalah seperti berikut:-

 Nama Jawatan
 Y.H Dato’ Dr Muhammad Safaruddin Bin Md Dawam  Pengerusi
 En. Zulkefle Bin Ahmad  Timbalan Pengerusi
 En. Zawawi Bin Ibrahim  Setiausaha
 En. Jamanuri Bin Othman  Penolong Setiausaha/
 En. Shaiful Idham Bin Md. Daud  Bendahari
 Cik Nor Munirah Bt Che Othman  AJK/Timbalan Pengerusi Biro Ekonomi
 En. Syamsul Syawal Bin Ismail AJK/Pengerusi Biro Sukan
 En. Tuan Anuar Sulzi Bin Tuan Abdullah                                                               AJK/Pengerusi Biro Kebudayaan & Rekreasi
 En. Eddy Afandy Bin Abdullah  AJK/Pengerusi Biro Ekonomi
 En. Mohd. Khairul Muzammil Bin  Abd. Rahim  AJK/Pengerusi Biro Agama & Kebajikan
 Pn. Noorziha Bt Ali  AJK/Penolong Bendahari
 En. Wan Mohd Raffiq Bin Wan Ahmad Bashir  AJK/Tugas-Tugas Khas
 Pn. Zanariah Bt Mohd Noor  AJK/Tugas-Tugas Khas

 

 
Tarikh Kemaskini 1 Ogos 2017



Kemaskini pada 2017-10-20 11:30:06 daripada Administrator DVS1

  •  
  • Print
  • Email this page


Etc/GMT+4
Jumlah Pelawat : 4542881 Tarikh Kemaskini : 23-11-2017
Hari IniHari Ini348 Jumlah PelawatJumlah Pelawat4542881