Tuesday, 24 September, 2019   4:11 AM

Reset Setting Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta
Laman

BUKU PADUAN

Perdana Menteri, Y.A.B Dato' Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad berbincang sesuatu dengan Menteri
Pertanian, Y.B. Datuk Mohd. Effendi Bin Norwawi  ketika mempengeerusikan mesyuarat sektor pertanian di Putrajaya, semalam.
di kanan ialah Menteri Perusahaan Utama, Y.B.Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik.

 

 

BERITA HARIAN
Oleh Kadir Dikoh
Khamis, 01 November 2001

 

PUTRAJAYA, Selasa - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad meminta syarikat perladangan besar memperuntukkan sebahagian tanah untuk penanaman komoditi makanan dan penternakan lembu.

Ini sebagai strategi mengurangkan import makanan, terutama daging serta menjadikan Malaysia pengeluar utama makanan, malah ia juga pilihan terbaik bagi pemilik ladang mempelbagaikan kegiatan ketika harga sawit jatuh.

Perdana Menteri mahu kegiatan pengeluaran makanan di ladang sawit dibuat secara bersepadu dan komersil bagi mencapai sasaran menternak sekurang-kurangnya sejuta lembu, berbanding cuma 120,000 sekarang.

Dr Mahathir mengemukakan cadangan itu ketika mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Penyelarasan Sektor Awam Dan Swasta dalam Sektor Pertanian di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Menteri Pertanian, Y.B. Datuk Mohd. Effendi Bin Norwawi pada taklimatnya kepada media selepas mesyuarat itu, berkata pemilik ladang yang hadir di mesyuarat kira-kira tiga jam itu memberi sambutan mengalakkan.

"Mereka bersetuju dengan permintaan Perdana Menteri dan akan mengkajinya.

"Kementerian saya akan bekerjasama dengan mereka dan meyakinkan mereka daya maju projek ternakan lembu serta pengeluaran makanan secara bersepadu.

"Negara kita mempunyai hampir empat juta hektar ladang sawit dan mampu membiak sejuta lembu dan ini mengurangkan pergantungan kepada import.

"Syarikat perladangan boleh menjalankan program itu secara bersepadu kerana mereka mempunyai segala sumber seperti tanah, pengurusan, kepakaran, kewangan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D)," katanya.

Majlis itu disertai 56 ahli yang dilantik terdiri daripada Menteri Besar, Ketua Menteri, Menteri Kabinet, pegawai kanan dan wakil sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan. Mohamed Effendi berkata, beberapa menteri besar dan ketua menteri pada mesyuarat itu menyatakan kesediaan memperuntukkan tanah bagi pertanian berasaskan makanan.

Mohamed Effendi berkata, beberapa menteri besar dan ketua menteri pada mesyuarat itu menyatakan kesediaan memperuntukkan tanah bagi pertanian berasaskan makanan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri menghadapi masalah kekurangan tanah dan yang ada cuma tanah bagi pekebun kecil selain permintaan untuk projek perumahan serta
pembangunan bandar baru.

Olch sebab itu kata beliau, Dr Mahathir mahu pilihan lain dicari, seperti meminta syarikat perladangan besar menyediakan tanah bagi industri pengeluaran makanan.

"Majlis ini meminta syarikat besar mengkaji  hal itu bagi tanaman pengeluaran komoditi makanan bagi mempelbagaikan kegiatan mereka daripada bergantung kepada kelapa sawit atau getah saja.

Mereka harus melihat bagaimana tanah itu juga dapat dibangunkan untuk tanaman pengeluaran makanan, sayuran, buah-buahan, ternakan ikan atau akuakultur tetapi secara besar-besar serta komersial," katanya.

Katanya, mesyuarat itu memperakui usaha boleti dilakukan bagi menjadikan industri pengeluaran makanan sebagai satu sumber ekonomi terkemuka di negara ini.

"Kita juga memperakui mempunyai potensi untuk menjadi negara pengeluar makanan terbesar pada peringkat antarabangsa. Tetapi untuk menjayakan ini, kita harus menyusun strategi dan penyelarasan antara pihak swasta dan kerajaan supaya ada kerjasama rapat bagi menjayakan program supaya meninggikan lagi  daya saing negara kita," katanya.

Beliau berkata, mesyuarat itu mendengar pelbagai isu, cadangan dan masalah yang dikemukakan oleh tiga sektor utama iaitu sektor pertanian, penternakan dan perikanan.

Antara masalah yang dibincangkan ialah  berkaitan tanah, pembiayaan, pemasaran dan teknologi. Kementerian Pertanian akan meneliti semua masalah berkaitan untuk ditangani dengan kerjasama pihak industri.

Mengenai import daging, beliau berkata, negara kini cuma berupaya memenuhi permintaan sehingga 23 peratus keperluan tempatan dan berdasarkan keadaan sekarang, tahap itu hanya dapat meningkat kepada 28 peratus menjelang 2010 jika tiada usaha dilakukan bagi menternak lembu secara bersepadu.



Kemaskini pada 2015-11-02 16:07:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page