Sunday, 15 December, 2019   3:28 PM

Reset Setting Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta
Laman

BUKU PADUAN

PINTAR adalah merupakan satu bidangusaha berinput rendah (Low Input).Ternakan lembu pedaging dibawa masuk untuk menggunakan rumpai yang terdapat dengan banyaknya di dalam sesuatu kawasan ladang. Bermakna jumlah stok yang dipelihara bergantung kepada kuantiti rumpai yang sedia ada. Sehubungan dengan perkara ini, apabila kuantiti rumpai berkurangan (apabila sawit atau getah meningkat tua), stok ternakan perlulah dikurangkan sehingga cukup untuk meragut rumpai yang ada sahaja. Input lain yang menjadi pelengkap kepada keperluan asas ini hanyalah ubat-ubatan, garam galian, sumber air, peralatan pengenalan ternakan, kandang yang sesuai dan sistem pagar elektrik.
 

Kenyataan di atas juga memberi makna iaitu mana-mana kawasan perladangan yang tiada berumpai, yang mungkin berpunca daripada aktiviti meracun rumpai tersebut, tidak boleh atau tidak sesuai untuk dijalankan projek PINTAR.
 

Apabila sumber makanan berkurangan, lazimnya pengusaha terpaksa memberikan makanan tambahan PKC/PKE atau pelepah sawit yang dirincih, untuk mencukupkan keperluan makanan. la bukan merupakan sebahagian daripada konsep PINTAR. Amalan ini akan menjadikan kos pengurusan meningkat.
 

Satu lagi ciri yang terdapat pada PINTAR ialah sistem ragutan yang berpusingan mengikut amalan yang telah ditetapkan. Misalnya, kawasan seluas 400 hektar selesai diragut sepenuhnya dalam tempoh 90 hari atau tiga bulan. Ini hanya boleh dilaksanakan dengan menggunakan sistem pagar elektrik yang efektif.
 

Dari sudut ekonomi, kita dapati kedua-dua bidangusaha, iaitu bidangusaha penghasilan sawit dan penternakan lembu pedaging, menjadi lebih cekap dan menguntungkan (win-win situations), kesan daripada pengoptimaan penggunaan sumber yang terdapat di dalam kedua-dua bidangusaha tersebut. Sumber-sumber yang dimaksudkan ialah tanah, tenaga buruh dan kemudahan ladang yang berkaitan, seperti tangki bertrailer dan jentani.



Kemaskini pada 2015-11-02 16:08:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page