Sunday, 15 December, 2019   4:24 PM

Reset Setting Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta
Laman

BUKU PADUAN Menternak Lembu Pedaging

4.1 Infrastruktur Ladang


Ladang yang ingin/akan menjalankan projek PINTAR mestilah mempunyai kemudahan infrastruktur seperti berikut:

 

4.1.1 Kandang Tetap

  • Biasanya ditempatkan di tengah ladang atau di lokasi yang strategik.
  • Dihubungi dengan jalan ladang yang sesuai dan bebas banjir.

  • Tapak kandang yang mempunyai saliran yang baik.

  • Kukuh serta tahan.

  • Bersaiz 120 kaki X 80 kaki untuk 100 induk.

  • Travis (loading @ unloading)
  • Baka Kedah-Kelantan- lebar dalam 21 inci
  • Baka Brahman - lebar dalam 25 inci

 

4.1.2 Kandang Mudahalih

 

Komponen kandang mudahalih terdiri daripada:

  • 30 keping panel besi (5.5'(P) x 6' (L) GI 015" x 1".
  • Cyclone wire (1 gulung A17/1900/150 - Tight lock).
  • 20 batang kayu (3' X 3' X6.5')
  •  Tali (secukupnya).
  1.  

4.1.3 Peralatan Pagar Elektrik Lengkap (disyorkan dua set)

Komponen pagar elektrik termasuklah:

  • Energizer
  • Polywire
  • Digital Voltmeter
  • Tiang
  • Bateri 12 volt (N 70 )
  • Penggulung polywire
  • Peralatan timbang, untuk anak lembu baru lahir.

 

4.1.4 Motortrailer
 

Motortrailer adalah kombinasi sebuah motorsikal biasa dan satu trailer yang direka khas. Teknologi ini digunakan bagi memudahkan kerja-kerja penyediaan petak ragutan.

 

4.1.5 Karavan (trailer untuk rumah pengembala)

 

Karavan ini disediakan sebagai rumah bergerak untuk pengembala ternakan. la ditempatkan berdekatan dengan petak ragutan dimana ternakan berada, khususnya pada waktu malam. Dengan adanya gembala ditempat tersebut, ianya dapat mengelakkan kecurian ternakan, terutamanya menjelang hari-hari perayaan seperti Hari Raya Puasa.

 

4.1.6 Bekas Air Minuman Mudahalih

 

Tangki air bergerak dan palung minuman 5 kaki X 3 kaki X 2 kaki.

 

4.2 Persediaan Tenaga Kerja

 

  1. Pengurus/pemilik ladang memilih pekerja yang berminat.

  2. Melawat ladang integrasi yang berjaya.

  3. Menghadiri kursus mengenai ternakan integrasi melalui JPH atau swasta.

     

 

4.3 Persediaan Sebelum Memasukkan Ternakan

  1. Merumpai anak kayu dengan menggunakan racun rumpai yang tidak membunuh rumput lembut 3 bulan sebelum lembu dimasukkan ke ladang.

  2. Pelepah sawit disusun selang sebaris. Merumpai secara hamparan "carpet spray" ditegah sama sekali.

  3. Pihak Pengurusan ladang mesti diberi penerangan mengenai aturan pengurusan ladang yang baru.

  4. Kaedah membaja secara mekanikal, melalui udara (kapal terbang), atau 'spinner broadcaster' dan secara manual mestilah secara merata. Elakkan daripada baja urea berketul-ketul. ditinggalkan di ladang secara terbuka.

     

4.4 Perolehan Ternakan

 

  • Penggunaan baka tempatan digalakkan

  • Ternakan dipilih daripada gerompok yang bebas penyakit @ ladang berakreditasi iaitu ladang yang mempunyai sijil pengiktirafan daripada pihak veterinar yang berkenaan.

  • Ternakan yang telah disaring dan bebas daripada penyakit Brucellosis, Johnes, TB dan pemvaksinan  HS telah dilakukan

  • Sijil kesihatan dan permit pindah dari JPH perlu ketika pemindahan lembu dibuat.

  • Ternakan yang sihat sahaja dimasukan ke ladang.

  • Pastikan induk pembiak subur dan boleh melahirkan anak.

  • Baka pejantan berfungsi dan anak jantan dari projek "greenlotting" tidak terbantut.

  • Berikan nombor pengenalan kepada setiap individu lembu. Pemasangan nombor di kedua belah telinga digalakkan.

     

4.5 Pengharmonian Pengurusan Ladang Dengan Pengurusan Ternakan

 

  • Merangka petak pusingan ragutan di atas pelan ladang sawit.

  • Elakkan membuat kerja-kerja ladang didalam petak kawasan ragutan yang telah dipasangkan pagar elektrik.

  • Elakkan pemasangan pagar eletrik merintang jalan utama atau jalan besar. Pasangkan pagar eletrik di kawasan ragutan yang bersebelahan dengan kandang utama untuk permulaan ragutan.

     

4.6 Penyerasian Lembu (Preconditioning)

 

  • Pasangkan pagar elektrik di bahagian dalam kandang tetap.

  • Masukkan lembu ke dalam kandang tersebut Hidupkan energizer (Voltage 8 kv ke atas)

  • Pastikan setiap ekor lembu merasai kejutan arus eletrik daripada "polywire" yang dipasang

  • Pancutan air garam, sisa kicap atau molases sebagai umpan dan selalu berdamping dengan

    ternakan.

  • Perhatikan kelakuan ternakan dan asingkan ternakan yang liar, garang dan sakit

  • Sediakan PKC , bata garam dan air minuman dicampur 'anti-stress' untuk mempercepatkan ternakan menjadi jinak. Ternakan biasanya akan serasi dalam masa dua hari hingga satu minggu dan ianya tidak lagi menyentuh pagar elektrik.

     

4.7. Pemindahan Lembu ke Petak Ragutan

 

  • Pasangkan tiang dan "polywire" di kawasan petak ragutan bersebelahan sehari sebelum ternakan dikeluarkan dari kandang

  • Pasangkan energizer kepada bateri 12 volt.

  • Jika perlu, pindahkan bekas minuman dan bata garam ke petak ragutan baru.

  • Pindahkan ternakan ke dalam petak ragutan baru.

  • Siapkan petak ragutan dengan memasang pagar elektrik dari set tambahan.

  • Kira jumlah ternakan semasa pemindahan ke petak baru.

  • Periksa petak lama untuk memastikan tiada lembu sakit atau anak-anak lembu yang ketinggalan.

  • Pastikan setiap ekor lembu meragut rumput dengan baik.

 

http://agrolink.moa.my/jph/dvs/booklets/farming-guides/tac/tag.jpg

Setiap ternakan di tanda dengan nombor pengenalan khas

http://agrolink.moa.my/jph/dvs/booklets/farming-guides/tac/energizer.jpg

Contoh energizer pagar elektrik

http://agrolink.moa.my/jph/dvs/booklets/farming-guides/tac/batsolar.jpg

Contoh bateri dengan kuasa solar

http://agrolink.moa.my/jph/dvs/booklets/farming-guides/tac/travis.jpg

Contoh kemudahan kandang/celung/cat/pasun



Kemaskini pada 2015-11-02 16:14:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page