Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

W3C

W3C

image

Kajian
Kepuasan
Pelanggan

W3C

BM

faq

Soalan Lazim

contact-us

Hubungi Kami

complaints

Aduan &
Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

BUKU PADUAN

Terdapat dua sistem pengeluaran lembu pedaging yang diamalkan di dalam perladangan tanaman kekal. Sistem pengeluaran secara integrasi yang dimaksudkan adalah seperti berikut :-

  • Sistem Ibu-Anak (Cow-calf System).
  • Sistem Pembcsaran Anak Jantan (Bull Park System) / Betina (Heifer Park System).
     

6.1 Sistem Ibu-Anak

 

Sistem pemeliharaan ibu-anak yang dimaksudkan terdiri daripada induk, baka pejantan, dan anak-anak yang dipelihara dan diurus di dalam gerompok yang sama. Hasil dari sistem ini ialah anak jantan muda, anak betina muda yang dicerai susu (berumur >6 bulan atau berat > 100kg) dan lembu yang ditakai.

 

6.1.1 Parameter Teknikal
 

 

Parameter teknikal yang digunakan bagi sistem ini adalah seperti berikut :-

  • 100 ekor induk dan 5 ekor baka bagi setiap 400 hektar sawit berumur 5 tahun.
  • Kadar kelahiran ialah 70% setahun (minimum).
  • Kadar Kematian - Anak (bawah 6 bulan) tidak lebih 10% dan  Gerompok tidak melebihi 2% setahun.
  • 10% daripada induk disingkir setahun bermula dari tahun ke tiga. Induk pengganti di pilih dari kumpulan yang sama.
  • Lembu baka pejantan hendaklah ditukar setiap 3 tahun sekali.
     

6.1.2 Kadar Takaian/Tukar


Bagi meningkatkan produktiviti gerompok, takaian ternakan tertentu perlu dilakukan dari masa ke masa dan berpandukan kepada parameter berikut:-

  • Induk tidak produktif - pada kadar 10% setahun.
  • Baka pejantan - ditukar setiap 3 tahun.
  • Lembu Dara - 10% untuk gantian induk takai, dan 90% untuk ke kawasan baru.
  • Lembu Jantan Muda - 100% dikeluarkan ke kawasan baru
 

6.2 Sistem Pembesaran Anak Jantan/ Setina

 

Sistem pemeliharaan lembu pedaging yang hanya melibatkan satu kategori atau kelas ternakan. Terdiri daripada anak jantan muda atau anak betina (berumur > 6 bulan atau berat > 100kg) dalam satu gerompok.

Parameter teknikal bagi sistem ini adalah seperti berikut:

 

  • Setiap gerompok mengandungi 250-300 ekor pejantan muda atau lembu betina muda di kawasan seluas 400 hektar sawit yang berumur tidak kurang 5 tahun. (1 ekor : 1.5 hektar)
  • Purata kenaikan berat badan harian yang optimum. (anggaran 400g-500 g/hari)
  • Kadar kematian gerompok tidak melebihi 2% setahun.
  • Tempoh pemeliharaan bergantung kepada permintaan dan harga tertinggi di pasaran.
 
  1. Hasil daripada sistem ini adalah seperti berikut :-

 

6.2.1 Sistem Pembesaran Anak Jantan (Bull Park)

 

  • Baka pejantan terpilih
  • Lembu pedaging (sembelih atau korban)
     

6.2.2 Sistem Pembesaran Anak Betina (Heifer Park)

 

  • Induk pembiak terpilih
  • Lembu pedaging (takai)
     


Kemaskini pada 2015-11-02 16:15:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page