Sunday, 15 December, 2019   4:31 PM

Reset Setting Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta
Laman

BUKU PADUAN

Untung atau rugi bidangusaha bergantung kepada sejauhmana pengusaha dapat memasarkan basil ladang mereka dengan cekap. Pemilihan saluran pemasaran bergantung kepada skala dan lokasi sesuatu bidangusaha.

8.1. Pemasaran Am.


Terdapat beberapa produk yang dapat dihasilkan dalam projek integrasi. Antara yang utama adalah;

 

  • Lembu Jantan (Jaras)

  • Lembu Pembiak (Induk)

  • Lembu Baka Pejantan

  • Lembu Singkiran

     

8.1.1 Corak Permintaan

 

Harga dan corak permintaan berubah mengikut selera pelanggan dan suasana semasa. Pemasaran mesti diutamakan ketika masa permintaan tinggi agar pulangan hasil adalah pada tahap tertinggi. Pada amnya permintaan dikawasan integrasi dapat dipecahkan kepada tiga kumpulan utama iaitu:

 

  • Permintaan untuk Aqiqah dan Qurban.

  • Permintaan untuk kenduri-kendara.

  • Permintaan bagi tujuan pembiakan.

     

8.1.2 Pendekatan Pemasaran


Pendekatan utama dalam pemasaran adalah:

 

  • Mudah didapati sama ada dari segi kuantiti dan kualiti.

  • PerakuankesihatandariJabatanPerkhidmatan Haiwan.

  • Hubungan jalan yang sempurna

  • Kemndahan kandang yang baik.

     

8.1.3 Corak Jualan


Secara umumnya corak jualan dapat dibuat dalam 2 kaedah:

 

  • Jualan secara timbang.

  • Jualan secara borong.

     

8.1.4 Urusan Ternakan


Berat badan lembu akan menurun dengan ketara pada awal pemindahan disebabkan beberapa faktor:

 

  • Stress semasa pengangkutan

  • Penukaran bahan makanan dan cara pengambilannya

     

Penurunan berat badan amat ketara pada minggu pertama kemasukan lembu ke kandang. Perlu dipraktikkan penjualan lembu dapat dibuat seawal mungkin, pada hari pertama kemasukan lembu ke kandang. hii bagi lembu untuk penjualan baka dan induk.

Lembu untuk jualan Qurban dan Aqiqah dipindahkan ke dalam kandang jualan sekurang-kurangnya 6 atau 8 minggu awal dari tarikh pemasaran. Rawatan kutu dan cacing perlu dibuat. Kaedah ini akan menambah nilai serta mencantikkan lembu semasa jualan. Lembu boleh diberikan makanan PKC atau rincihan pelepah sawit dan rumput dipotong. Lembu yang tidak mahu makan dan kalah dalam kumpulan, hendaklah diasing dan disimpan dalam padok di luar kandang mengikut keadaan pemeliharaan normal seperti di luar lapangan.

 

8.2. Jualan Terus Kepada Peraih / Pelanggan

Jualan terus adalah satu sistem pemasaran tradisi, dimana jualan ternakan berlaku dalam jumlah yang sedikit. Kebiasaannya jualan dibuat secara borong dan harganya bergantung kepada persetujuan pengusaha dan peraih. Proses jualan ini kurang menguntungkan pengusaha kerana kaedah ini tidak berpandukan kepada keuntungan yang maksimum tetapi lebih mirip kepada penyelesaian masalah semasa.

Oleh yang demikian adalah perlu diujudkan satu sistem pemasaranyanglebih adil dan menguntungkan pengusaha dan peraih. Salah satu daripada usaha penyelesaiannya adalah mcngujudkan Pusat Jualan Ternakan (PJT) di lokasi yang strategik bagi membantu pemasaran ruminan.

 

8.3. Pemasaran melalui Pusat Jualan Ternakan (PJT)

Dari sudut perancangan, setiap projek KTS mempunyai sebuah Pusat Jualan Ternakan (PJT). Beberapa PJT akan dibangunkan oleh Kerajaan dan bakinya akan dibangunkan oleh pihak swasta. Kini terdapat dua PJT yang telah dibangunkan, iaitu di KTS Jempol dan KTS Jengka, dan sebuah lagi dalam tempoh RMK-8, yang akan dibangunkan di KTS Mersing. Setiap KTS akan dirangkaikan dengan sistem komputer ke satu laman web. Dengan demikian, adalah diharapkan sistem ini dapat mempermudahkan pasaran hasil ladang dan lembu pedaging boleh dijual melalui e-dagang.

 

PJT ini juga akan berfungsi sebagai "one stop center" untuk pelbagai input dan keperluan industri. Perkhidmatan Al, bekalan ubatan, makanan tambahan, kelengkapan pagar elektrik, dan perkhidmatan veterinar boleh diperolehi di PJT ini. Karnival seperti "livestock shows" dan "field days" boleh diadakan di lokasi yang sama, sebagai usaha mempertingkatkan kemajuan industri. Aktiviti pertandingan ternakan ini juga dijangka akan menjadi tarikan pelancong dalaman sejajar dengan konsep Agrotourism. Penglibatan penternak kecil dalam aktiviti ini sudah pasti mampu mempertingkatkan pendapatan mereka. 

 

Ternakan diurus secara intensif di PJTR



Kemaskini pada 2015-11-02 16:15:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page