Sunday, 15 December, 2019   4:14 PM

Reset Setting Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta
Laman

BUKU PADUAN

Satu model bidangusaha penternakan lembu pedaging integrasi sistem ibu-anak dengan kapasiti 100 ekor induk dalam kawasan 400 hektar ladang kelapa sawit dipaparkan untuk menunjukkan daya maju teknikal dan kewangan bagi tempoh projek selama 10 tahun.

 

9.1 Penternakan Lembu Pedaging Sistem Ibu-Anak

 

9.1.1 Aliran Fizikal Ternakan

 

Bermula dengan 100 induk dan 5 pejantan, ternakan dipelihara secara ekstensif, meragut bergiliran terkawal dengan pagar letrik dalam ladang kelapa sawit dan membiak-baik secara tabiei. Setiap tiga tahun pejantan akan ditukar untuk mengelakkan 'inbreeding'. Sistem pemilihan dan takaian dijalankan dengan teliti supaya kualiti gerompok bertambah baik dari masa ke masa. Setelah dimasuk kira kadar kelahiran (70-80% setahun), kadar kematian mengikut peringkat umur (2-10% setahun), takai, pembelian baka gantian dan jualan, bilangan ternakan bertambah dari tahun ketahun (lampiran 12.3.1).

Dalam tahun ke lima saiz gerompok mulai stabil ditahap maksimum 295 ekor dengan bilangan induk dan pejantan ditetapkan pada jumlah asal. Bidangusaha ini dapat mengeluarkan kira-kira 70 ekor ternakan (pejantan dan induk takai, feeder dan dara), dijual untuk sembelih, digemukkan atau sebagai baka pembiak.
 

9.1.2 Aliran Tunai


Aliran wang masuk (lampiran 12.3.2) projek ini diperolehi daripada jualan ternakan pelbagai kategori, induk dan pejantan takai, anak lembu jantan dan lembu dara. Penjimatan kos merumpai bagi ladang kelapa sawit yang disumbangkan oleh ternakan iaitu RM2.50 per Unit Ternakan sebulan dimasuk kira sebagai pendapatan kepada bidangusaha ini.

Projek membelanjakan sejumlah RM190,000 untuk membeli 100 induk dan 5 Pejantan. Sejumlah RM40,700 lagi diperlu untuk mengadakan beberapa jenis harta modal bagi kegunaan ternakan dan pekerja termasuk, kandang-celung, caravan, set pagar eletrik, alat penimbang, trailer-pam air, motortrailer dan lain-lain.

Kos langsung pemeliharaan ternakan termasuk pembelian garam, vitamin, ubat-ubatan, utiliti, pembaikan dan alat ganti serta upah buruh meningkat dari tahun ketahun. Di peringkat awal, projek membelanjakan RM15,000 setahun, meningkat kepada RM18,000 ditahun ketiga seterusnya ketahap RM20,000 setelah saiz gerompok stabil.

 

Pentadbiran projek termasuk merancang, menyelia dan memantau operasi bidangusaha penternakan dijalankan oleh pihak pengurusan ladang sebagai sebahagian daripada tugas harian. Sebanyak RM3,000 perbelanjaan pentadbiran dicajkan kepada bidangusaha ini setiap tahun.


9.1.3. Dayamaju Kewangan


Di peringkat awal operasi, projek ini mengalami defisit aliran tunai. Mulai tahun kedua projek ini  memperolehi lebihan tunai sebanyak RM28,000 dan terus meningkat tahun demi tahun hingga mencapai RM80,000. Lebihan/defisit tunai terkumpul menunjukkan bahawa Tempoh Pulang Modal (PBP) berlaku dalam tahun kelima. Projek ini mempunyai dayamaju kewangan yang tinggi, Kadar Pulangan Dalaman (IRR) adalah 25.62%. Pada kadar faedah 10%, Nilai Kini Bersih (NPV) adalah RM228,400 dan Nisbah Faedah Kos (BCR)nya adalah 1.83.

 

9.1.4 Anggaran Untung Rugi


Anggaran Untung Rugi boleh ditunjukkan dengan kaedah Analisis Margin Kasar (AMK). Margin kasar bagi seekor induk dalam satu tahun diperolehi dengan membandingkan di antara purata hasil dan purata kos berubah.

 

Dalam model bidangusaha diatas, seekor induk (bersama 1/20 ekor pejantan dan anak-anaknya) menghasilkan purata nilai output RM1,141.58 setahun dan purata kos berubah adalah RM278.42 (lampiran 12.3.3 dan lampiran 12.3.4). Margin kasar iaitu perbezaan diantara hasil dan kos berubah adalah RM863.42 /induk/tahun. Setelah ditolak kos susutnilai harta modal sebanyak RM51.40 dan kos susutnilai induk RM360.00, Margin bersih adalah RM452.02 /induk/tahun.

Dengan bilangan induk 100 ekor, jumlah Margin kasar bidangusaha ini adalah RM86,342 /tahun dan Margin bersih adalah RM45,202 setahun.

 

9.2 SISTEM PENTERNAKAN GREENLOT


9.2.1 Aliran Fizikal Ternakan

 

 

Satu model bidangusaha penternakan anak jantan atau anak betina dengan kapasiti 250 ekor dipelihara dalam ladang kelapa sawit seluas 400 hektar dipaparkan untuk menunjukkan daya keberuntungan. Anak lembu lepas cerai susu (umur 6-8 bulan) diasingkan dalam satu gerompok dipelihara selama lebih kurang 12 bulan. Ternakan dipelihara secara ekstensif, meragut bergiliran dan dikawal dengan pagar letrik. Rawatan dan pemberian garam- vitamin dilakukan secara berkala.

 

9.2.2 Kos Pelaburan


Projek ini memerlukan pelaburan awal (lampiran 12.3.1) sebanyak RM37,700 untuk mengadakan kandang-celung, caravan, set pagar letrik mudah alih, alat penimbang, tangki dan pam air, motortrailer dan lain-lain.

 

9.2.3 Kos Operasi


Kos operasi utama dalam bidangusaha ini adalah pembelian anak lembu. Untuk memperolehi 250 ekor anak lembu lepas cerai susu, projek memerlukan RM125,000. Lain-lain kos yang terlibat adalah pembelian garam-vitamin, rawatan, utiliti, pembaikan dan alatganti, upah buruh, kos pengurusan dan sebagainya berjumlah RM27,100 bagi satu gerompok setahun.

 

9.2.4. Anggaran Untung Rugi


Anggaran untung rugi operasi projek ini ditunjukkan dengan kaedah AMK. Setelah mengambil kira kadar kematian 2%, nilai output bagi satu ekor lembu greenlot adalah RM1,347.50 (lampiran 12.3.5).Penjimatan kos merumpai yang disumbangkan oleh ternakan sebanyak RM15.00 /ekor/tahun (1/2 daripada lembu dewasa) dimasuk kira sebagai hasil kepada bidangusaha ini. Jumlah nilai output adalah RM1,362.50 /ekor/tahun.

Purata kos operasi bagi setiap ekor ternakan adalah RM636.80 iaitu termasuk kos pembelian anak lembu, garam-vitamin, ubatan, upah buruh, pembaikan dan alat ganti, utiliti, kos pentadbiran dan sebagainya. Margin Kasar iatu perbezaan diantara purata jumlah hasil purata jumlah kos berubah adalah RM725.70, ini membawa jumlah Margin kasar bidangusaha dengan 250 ekor ternakan kepada RM181,425 setahun.



Kemaskini pada 2015-11-02 16:19:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page