Sunday, 25 August, 2019   9:28 PM

Reset Setting Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta
Laman

BUKU PADUAN

Sebuah buku panduan khusus mengenai amalan penternakan yang baik (good animal husbandry practices-GAHP) ini dikeluarkan oleh Jabatan secara berasingan. Para pengusaha digalakkan memiliki naskah tersebut serta berusaha mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya. Penjelasan berikutnya mengambil perkara-perkara pokok yang terdapat dalam buku  tersebut yang mana boleh dijadikan panduan awal untuk melaksanakan GAHP di ladang masing-masing.

 

10.1 Pengurusan Ternakan

 

  • Mengamalkan proses cerai susu, mengikut kaedah yang praktikal dan tidak memudaratkan ternakan.
  • Anak-anak pejantan muda dipindah berasingan daripada kumpulan ibu-anak yang asal.
  • Pemeriksaan kualiti baka pejantan dilakukan dari semasa ke semasa.
  • Mengadakan program pemeriksaan kesuburan ternakan secara berkala.
  • Mengamalkan konsep gerompok tertutup.
  • Aktiviti keluar-masuk pelawat ke ladang dikawal dan mematuhi prosedur pembasmian (disinfection) penyakit.
  • Baka pejantan diganti dengan yang baru setiap 3 tahun.
  • Nisbah baka pejantan dengan betina 1:20 dan digalakkan mempunyai 3 ekor baka pejantan bagi bilangan induk 40 ekor.
  • Ternakan yang baru diterima perlulah direhatkan dalam kandang selama 3 hari sebelum melakukan sebarang aktiviti terhadapnya. Selama dalam tempoh berkenaan, air bersih, makanan secukupnya, garam galian dan antistress diberikan.
     

10.2 Rawatan Ternakan Dan Kesihatan Gerompok

 

  • Pengusaha tidak dibenarkan melakukan rawatan ternakan kecuali rawatan kecil.
  • Ternakan tidak boleh dijual untuk disembelih, selagi ternakan tersebut masih dalam lingkungan tarikh luput rawatan (withdrawal period).
  • Ubatan dan peralatan perlu disimpan dan diselenggara dengan balk serta mengikuti tatacara simpanan yang berkaitan.
  • Melaksanakan program kesihatan gerompok sepenuhnya (100%) dan berpandukan kepada Program Kesihatan Gerompok yang disediakan oleh JPH.
     

10.3 Makanan Dan Pemakanan

 

  • Bata garam sentiasa diberikan.
  • Sebe]um dimasukkan ternakan ke satu-satu petak, pastikan tiada tumbuhan yang beracun di petak tersebut.
  • Ternakan diubah petak ragutan apabila rumpai di dalam kawasan yang sedang diragut tinggal 6 inci sahaja.
  • Kadar stok ternakan pada purata 1:4 hektar, pengurangan stok dilakukan dari semasa ke semasa apabila bahan makanan menurun (apabila umur sawit meningkat) dan penurunan purata susuk badan ternakan kepada 3 (body score).
     

10.4 Rekod

 

  • Setiap ternakan diberikan dua nombor pengenalan dan dipasang kepada kedua belah telinga.
  • Gunakan sistem merekod dan mencatat maklumat yang mudah untuk diamalkan dan praktikal.
  • Rekod-rekod perlu dikemaskini dan disimpan di tempat yang sesuai dan selamat.


Kemaskini pada 2015-11-02 16:20:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page