Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

W3C

W3C

image

Kajian
Kepuasan
Pelanggan

W3C

BM

faq

Soalan Lazim

contact-us

Hubungi Kami

complaints

Aduan &
Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

Buku Panduan

22. MENGAPA KITA PERLU MEMOTONG BULU BIRI-BIRI IMPORT SETIAP 6 BULAN ?

 

Untuk menyejukkan badan dan juga mengelakkan kekotoran atau Ialat bertelur di celah-celah bulu yang mungkin lembap di keadaan cuaca seperti Malaysia ini.

 

23. BERAPA KERAPKAH UBAT CACING PERLU DIBERIKAN ?

 

Setiap 3 minggu sekali. Tetapi selepas 2 minggu diberi ubat cacing, clok kalau diuji selidik najisnya bagi melihat cacing atau telur cacing untuk tindakan rawatan selanjutnya.

 

24. APAKAH PENYAKIT YANG SERING DIJANGKITI OLEH BIRI-BIRI ?

 

Cacing - boleh menyebabkan kematian. Beban cacing yang tinggi inenyebabkan biri-biri kurus, kurang selera makan, lemah, berak cair dan pucat.

 

Puru - disebabkan oleh virus. Puru tumbuh di sekitar bibir, mulut dan hidung. Bahagian puru menyebabkan kulit pecah dan memudahkan jangkitan kuman-kuman lain. Jangkitan yang tidak serious membolehkan penyakit sembuh dan biri-biri laii dengan sendirinya.

 

Blue Tongue (Penyakit Lidah biru) - disebabkan oleh virus, mudah terkena ke atas biri-biri import. Bahagian kulit selaput lidah atau bahagian mulut, bibir dan gusi merah dan membengkak. Air liur keluar bertali-tali dan ia boleh menjadi tempang.

 

Kembong - biasa disebabkan olch memakan rumput muda dan banyak protein seperti kekacang. la dapat dielakkaii dengan memberi rumput yang cukup.

 

25. SEJAUH MANAKAH KESAN PENYAKIT LIDAH BIRU TERHADAP TERNAKAN BIRI-BIRI ?

 

Tidak boleh dirawat, tetapi boleh dielak dengan suntikan pelali dan boleh lab dengan sendiri. Kadar jangkitan rnencapai 30% dan kadar kematian antara 5 - 50% daripada biri-biri yang dijangkiti. Boleh dielakkan jika nyamuk pembawa virus ini Genis Culicoides) dapat dihindarkan, misalnya dengan cara mengasapkan atau semburan bahan kimia (contoh malathion).

 

26. APAKAH YANG PERLU DIAMBIL APABILA BIRI-BIRI MATI ?

 

Ternakan sendiri yang mati perlu diketahui sebabnya, dengan melaporkan kepada Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Ini mustahak untuk langkah pencegahan kematian biri-biri lain atas sebah-sebab yang sama.

 

Pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan akan menyediakan sijil kematian, merekodkan dalam buku rekod pawah dan membuat bedah siasat. Bangkai tersebut kemudiannya boleh ditanam sekurangkurangnya 4 kaki dalam atau dibakar.

 

27. BAGAIMANA BIRI-BIRI BOLEH DIJUAL/PASARKAN ?

 

Biri-biri betina pembiak boleh dijual kepada ladang-ladang persendirian yang memerlukan dan jantan selain dijual sebagai baka pejantan,juga boleh dijual untuk sembelihan.

 

Buat masa ini belum ada badan yang menguruskan pemasaran biri. biri ini, tetapi sedang dirancang oleh beberapa agensi Kerajaan di bawah Kementerian.

 

28. MENGAPA REKOD-REKOD PRESTASI TERNAKAN PERLU DISEDIAKAN ?

 

Berguna untuk rujukan setiap individu biri-biri peliharaan ketika:

  • jualan atau asing singkirkan
  • pemeliharaan baka atau pembiakan
  • membuat rawatan dan kawalan penyakit
     

29. BAGAIMANA CARA KAMI BOLEH MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DALAM PENTERNAKAN BIRI-BIRI KOMERSIAL INI ?

 

Beberapa orang pegawai peringkat Negeri telah dilatih secukupnya. Begitu juga buku-buku panduan telah diterbitkan.

Lawatan ke projek-projek sedia ada dapat diaturkan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

 

 

 

Paparan: 1  2  3   

 


Kemaskini pada 2021-04-02 13:20:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page