N. Siapakah yang menyediakan ubat-ubatan dan khidmat nasihat?
Pihak integrator. Malah pihak integrator akan menghantar wakil-wakil mereka untuk memberi khidmat nasihat yang anda perlukan.
O. Dari mana pelan dan anggaran kos reban ayam boleh diperolehi?
Kebanyakan integrator mempunyai pelan reban yang mana anda terpaksa ikuti. Anggaran kos mendirikan reban juga~ada disertakan.
P. Saya ingin menternak 5,000 ekor ayam, berapa banyakkah modal untuk reban dan peratatan yang diperlukan untuk menternak ayam?
Oleh kerana harga bahan-bahan seperti kayu, atap, upah dan lain-lain adalah berbeza mengikut tempat, anda mestilah mempunyai modal di antara RM15,000 - RM20,000 untuk reban dan peralatan yang diperlukan.
Q. Adakah integrator menetapkan bilangan minima ayam daging yang ingin dipelihara?
Ada. Kebanyakan integrator bersetuju mengadakan kontrak dengan anda jika anda ingin memelihara di antara 3,000-4,000 ekor ayam daging satu pusingan.Pastikan dengan integrator yang telah anda pilih berapa bilangan minima ayam daging yang membolehkan anda memulakan ternakan secara kontrak tersebut.
R. Berapa kali pemeliharaan boleh didapati bagi setahun?
Ia bergantung kepada kontrak. Jika kontrak yang anda perolehi memerlukan ayam berumur 35 - 40 hari, anda boleh memelihara sehingga 6 kali setahun. Tetapi, jika anda dikehendaki memelihara sehingga 45 - 50 hari, anda boleh memelihara sebanyak 5 kali pusingan/tahun.
S. Jika saya kekurangan wang sebagai modal untuk pembinaan reban dan pembelian peralatan yang diperlukan, bolehkah saya meminjam daripada bank?
Boleh. Tetapi biasanya bank akan membiayai 60 - 70% daripada modal keseluruhan untuk tujuan pembinaan reban dan pembelian peralatan tersebut. Hubungilah bank yang berdekatan untuk keterangan lanjut.
T. Adakah skim kontrak ternakan ayam daging ini menguntungkan?
Tentu sekali. Secara am anda boleh mendapati 30 - 40 sen untung bersih bagi setiap ekor ayam yang anda jual. Jika kematian ayam rendah, mungkin anda boleh mendapat untung yang lebih tinggi lagi. Pastikan makanan ayam daging yang dibekalkan digunakan dengan cekap agar kadar tukaran makanan (FCR) anda mencapai 2.0 - 2.1 pada berat ayam 2 kg hidup.
U. Apakah kadar tukaran makanan atau FCR tersebut?
Kadar tukaran makanan, atau FCR itu ialah satu nilai yang menggambarkan banyak makanan yang diperlukan oleh seseekor ayam untuk menukar makanan kepada daging. Sebagai contoh, jika kadar tukaran makanan ayam daging anda 2.2, ini bermakna anda terpaksa memberi 2.2 kg makanan untuk ditukarkan menjadi 1 kg daging.
Kadar tukaran makanan ini bergantung kepada beberapa faktor. Di antaranya:-
- Kuatiti dan baka anak ayam
- Kualiti dan jenis rnakanan yang diberikan
- Kadar kematian.
- Pembaziran makanan akibat daripada kecuaian untuk menetapkan ketinggian bekas makanan.
- Pengurusan keseluruhannya termasuk status penyakit di ladang ternakan.
Oleh kerana kualiti makanan dan anak ayam yang diberikan oleh pihak integrator adalah terjamin, anda mestilah mengawasi kadar kematian ayam-ayam daging yang anda pelihara. Jika ayam yang ada pelihara mati, makanan yang selama ini diberikan kepada ayam tersebut adalah sia-sia sahaja. Ini yang menyebabkan kadar tukaran makanan ayam daging anda menjadi 2.5 atau 2.6 dan sebagainya.
Kadar tukaran makanan yang baik adatah dalam lingkungan 2 pada berat badan 2 kg, iaitu ayam daging anda memerlukan 2 kg makanan untuk ditukar menjadi 1 kg daging.
V. Adakah penternak yang mengalami kerugian daripada kontrak ayam daging ini dan kenapa?
Ada. Terdapat beberapa sebab. Di antaranya disebabkan oleh:
- kematian yang melebihi 5%
- kadar tukaran makanan sehingga melebihi 2.25 pada berat badan kg. 2 (hidup)
W. Adakah pihak integrator datang menangkap ayam yang telah cukup berat dan umurnya.
Tidak semestinya. Ada integrator yang datang menangkap ayam di reban. Tetapi, ada juga yang mahukan anda menghantarnya ke loji pemprosesan ayam.
Kemaskini pada 2015-11-02 16:34:05 daripada Administrator