SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Syarat Umum:
- Rumah sembelih atau loji pemprosesan perlu mendapatkan lesen beroperasi daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan berdaftar dengan DVS;
- Rumah sembelih atau loji pemprosesan perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
- Loji pemprosesan sarang burung walit perlu membuat permohonan pendaftaran premis pemprosesan sarang burung walit dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar;
- Sistem HACCP dan/atau Amalan Pengilangan Baik (GMP) bagi rumah sembelih dan loji pemprosesan untuk produk yang dipohon perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum permohonan dibuat;
- Loji pemprosesan digalakkan mempunyai sijil GMP dan HACCP sebelum permohonan VHM dibuat; dan
- Premis makanan berasaskan haiwan atau hasilan haiwan tidak berkecuali dalam pematuhan undang-undang dan peraturan di dalam Malaysia.
- Produk yang dipohon adalah daripada hasilan haiwan (tidak termasuk produk hasilan laut);
- Bahan mentah berasaskan haiwan adalah diiktiraf DVS;
- Premis edible bird nest (EBN) perlu mempunyai sijil HACCP; dan
- Manual Keselamatan dan Kepastian Kualiti Makanan perlu didokumenkan
Kemaskini pada 2025-09-04 12:44:12 daripada admin








.png)


LAMAN UTAMA
INFO KORPORAT
PERKHIDMATAN
LAMAN UTAMA
Import Eksport
Kawalan Penyakit & Kesihatan Veterinar
Harga Komoditi
Komoditi Ternakan
Skim Pensijilan DVS
Perkhidmatan Makmal
Pelaburan
Rumah Sembelih
Bahan Biologik & Ubatan Veterinar
Latihan & Kursus
Penyelidikan
Kebajikan Haiwan
Subsidi Ayam Telur
e-DIGITAL
AKTA & PERUNDANGAN
HUBUNGI KAMI


