PERMOHONAN PENSIJILAN VETERINAR
MALAYSIAN GOOD AGRICULTURAL PRACTICES (myGAP)
DI BAWAH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA
PROSEDUR PERMOHONAN
Permohonan Malaysian Good Agricultural Practices (myGAP):
Berikut merupakan prosedur bagi permohonan pensijilan veterinar myGAP:
1. Permohonan boleh dibuat melalui borang atas talian DVS/myGAP No.1
2. Tuan/puan perlu menyediakan dokumen Good Animal Husbandry Practice (GAHP) mengikut senarai semak GAHP
3. Tuan/puan juga perlu menyediakan dokumen sokongan tambahan iaitu:-
- Surat sokongan dari DVS Negeri;
- Salinan APC Doktor Veterinar ladang (jika berkaitan); dan
- Salinan lesen penternakan (jika berkaitan)
Penghantaran Dokumen Permohonan:
Pihak ladang hendaklah mencetak salinan borang permohonan atas talian dan menyediakan dokumen GAHP yang lengkap dan disusun mengikut senarai semak GAHP yang diberi serta hendaklah dimasukkan dalam satu (1) RING FILE dan ditandakan (tagging).
Dokumen GAHP yang lengkap perlu dihantar secara serahan tangan bersama-sama dengan dokumen sokongan tambahan ke alamat berikut:
Seksyen Pemeriksaan dan Pensijilan VeterinarBahagian Regulatori VeterinarJabatan Perkhidmatan Veterinar MalaysiaAras 5, Blok 4G1, Podium 1A, Wisma TaniNo. 28 Persiaran Perdana, Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62630 PUTRAJAYAWilayah Persekutuan Putrajaya.
Untuk perhatian pihak ladang, dokumen yang tidak lengkap, tidak bersusun dan tidak mengikut keperluan pihak kami boleh menyebabkan permohonan pihak tuan/ puan DITOLAK.
Bagi memudahkan urusan, pihak tuan/ puan dikehendaki membuat TEMUJANJI terdahulu dengan pihak kami bagi urusan penghantaran permohonan tersebut.
Hubungi kami:
Sebarang pertanyaan berkaitan pensijilan veterinar myGAP boleh menghubungi pihak Urus Setia Pensijilan Veterinar di alamat e-mel: upvdn@dvs.gov.my atau atau Dr. Intan Liana Binti Mat Kasa (Tel: 03-88702034/ e-mel: intanliana@dvs.gov.my) atau Pn. Efira Nabilah Binti Khamsah (Tel: 03-8870 2077 dan e-mel: efira@dvs.gov.my).
Kemaskini pada 2025-09-04 12:37:07 daripada admin








.png)


LAMAN UTAMA
INFO KORPORAT
PERKHIDMATAN
LAMAN UTAMA
Import Eksport
Kawalan Penyakit & Kesihatan Veterinar
Harga Komoditi
Komoditi Ternakan
Skim Pensijilan DVS
Perkhidmatan Makmal
Pelaburan
Rumah Sembelih
Bahan Biologik & Ubatan Veterinar
Latihan & Kursus
Penyelidikan
Kebajikan Haiwan
Subsidi Ayam Telur
e-DIGITAL
AKTA & PERUNDANGAN
HUBUNGI KAMI
