Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

W3C

W3C

image

Kajian
Kepuasan
Pelanggan

W3C

BM

faq

Soalan Lazim

contact-us

Hubungi Kami

complaints

Aduan &
Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

PERMOHONAN BAHARU myOrganic

PERMOHONAN PENSIJILAN VETERINAR

MALAYSIAN ORGANIC (myOrganic) SEKTOR TERNAKAN

DI BAWAH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA

 

PROSEDUR PERMOHONAN

Permohonan Malaysian Organic (myOrganic):

 

Berikut merupakan prosedur bagi permohonan pensijilan veterinar myOrganic:

1. Permohonan boleh dibuat melalui borang atas talian DVS/myOrganic No.1

2. Tuan/puan perlu menyediakan dokumen sokongan Good Animal Husbandry Practice (GAHP) mengikut senarai semak GAHP. 

3. Tuan/puan juga perlu menyediakan dokumen sokongan tambahan iaitu:-

  1. Surat sokongan dari DVS Negeri;
  2. Salinan APC Doktor Veterinar ladang (jika berkaitan); dan
  3. Salinan lesen penternakan (jika berkaitan)

 

Penghantaran Dokumen Permohonan:

Pihak ladang hendaklah mencetak salinan borang permohonan atas talian dan menyediakan dokumen sokongan GAHP yang lengkap dan disusun mengikut senarai semak GAHP serta hendaklah dimasukkan dalam satu (1) RING FILE dan ditandakan (tagging).

Dokumen yang lengkap perlu dihantar secara serahan tangan bersama-sama dengan dokumen sokongan (GAHP) ke alamat berikut:

 

Seksyen Pemeriksaan dan Pensijilan Veterinar

Bahagian Regulatori Veterinar

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

Aras 5, Blok 4G1, Podium 1A, Wisma Tani

No. 28 Persiaran Perdana, Presint 4

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62630 PUTRAJAYA

Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Untuk perhatian pihak ladang, dokumen sokongan yang tidak lengkap, tidak bersusun dan tidak mengikut keperluan pihak kami boleh menyebabkan permohonan pihak tuan/ puan DITOLAK.

Bagi memudahkan urusan, pihak tuan/ puan dikehendaki membuat TEMUJANJI terdahulu dengan pihak kami bagi urusan penghantaran permohonan tersebut.

 

Hubungi kami:


Sebarang pertanyaan berkaitan pensijilan veterinar myOrganic boleh menghubungi pihak Urus Setia Pensijilan Veterinar di alamat e-mel: upvdn@dvs.gov.my atau Dr. Ketty Goh Siew Lin (Tel: 03-88702092/ e-mel: ketty@dvs.gov.my atau Dr. Intan Liana Binti Mat Kasa (Tel: 03-88702034/ e-mel: intanliana@dvs.gov.my) atau Pn. Efira Nabilah Binti Khamsah (Tel: 03-88702077 dan e-mel: efira@dvs.gov.my).
 

Rev. No. 1:  21 Disember 2023


Kemaskini pada 2024-06-07 11:40:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page