Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

W3C

W3C

image

Kajian
Kepuasan
Pelanggan

W3C

BM

faq

Soalan Lazim

contact-us

Hubungi Kami

complaints

Aduan &
Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

PERMOHONAN PENGESYORAN PENGELUARAN SIJIL KESIHATAN VETERINAR (SKV)

PERMOHONAN PENGESYORAN PENGELUARAN SIJIL KESIHATAN VETERINAR (SKV)

 

Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) merupakan dokumen rasmi yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) bagi memperakui bahawa sesuatu konsainan haiwan, produk haiwan atau makanan haiwan memenuhi keperluan kesihatan haiwan, kesihatan awam serta keperluan pengimportan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kompeten veterinar negara pengimport.

Pemohon bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pematuhan terhadap semua syarat pengimportan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kompeten negara pengimport sebelum mengemukakan permohonan pengesyoran pengeluaran SKV. Pemohon hendaklah mengemukakan maklumat dan dokumen sokongan yang lengkap, tepat, benar dan sah, serta memastikan konsainan yang dieksport adalah selaras dengan maklumat yang dinyatakan dalam permohonan dan memenuhi semua syarat yang berkenaan. Sebarang permohonan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) hendaklah dikemukakan sebelum konsainan dieksport bagi memastikan proses pengesahan dan pengeluaran SKV dapat dilaksanakan sewajarnya.

 

Prosedur permohonan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) adalah seperti berikut:

 

Bil.Perkara
1.Prosedur permohonan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) bagi produk berasaskan haiwan
2.Prosedur permohonan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) bagi makanan haiwan
3.Prosedur permohonan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) bagi minyak masak terpakai (used cooking oil)

 


Kemaskini pada 2026-08-21 10:07:44 daripada admin

  •  
  • Print
  • Email this page