November 23, 2017   11:31 AM
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
 

Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan

OBJEKTIF

Menyediakan pelan pembangunan program pembangunan setiap komuditi, melaksanakan program pembangunan dan memberikan perkhidmatan kepakaran teknikal pengeluaran komuditi

FUNGSI BAHAGIAN

Fungsi Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan secara khususnya mengikut seksyen adalah seperti berikut:

 

1. Seksyen Pedaging

  • Melaksanakan program-program pembangunan industri ternakan lembu/kerbau dan kambing/bebiri
  • Mewujudkan suasana pelaburan dan membentuk strategi pelaksanaan yang menggalakkan melalui konsep zero waste industry
  • Memberi khidmat teknikal dan kepakaran dalam industri pedaging.
  • Mengimport dan mengagihkan baka-baka ternakan lembu/ kerbau dan kambing/bebiri melalui skim Transformasi Usahawan Sektor Ternakan (TRUST)

 

2. Unit Projek Berimpak Tinggi

  • Berusaha untuk menjayakan Projek Berimpak Tinggi iaitu Program Fidlot Nasional merangkumi Pusat Fidlot Nasional dan Ladang Satelit Fidlot Nasional bagi meningkatkan pengeluar daging di Malaysia

 

3. Seksyen Tenusu

  • Melaksanakan program-program pembangunan industri ternakan tenusu Pembangunan Industri Tenusu
  • melaksanakan program-program perkhidmatan pengembangan veterinar dan khidmat teknikal kepada penternak tenusu
  • Melaksanakan program-program pemantauan Kualiti Susu di PPIT
  • Melaksanakan program-program pengurusan Pemakanan untuk penternak tenusu

 

4. Seksyen Unggas

  • Mengumpul data dan maklumat industri unggas meliputi pengeluaran, pemasaran, kesihatan dan kualiti bagi tujuan menilai perkembangan industri, mengenalpasti masalah, merancang program pembangunan dan galakan pelaburan
  • Menyediakan bahan-bahan dan dokumen pengembangan serta melaksanakan khidmat rundingan industri
  • Melaksanakan aktiviti pemindahan teknologi pengeluaran unggas, memantau penggunaan dan keberkesanan penggunaannya.
  • Menyediakan garis panduan, peraturan dan standard kualiti peladangan unggas dan memantau pencapaiannya.
  • Melaksanakan program pemerhatian dan penyelidikan lapangan berkaitan industri unggas khususnya mengenai teknologi pengeluaran, pengangkutan dan pengendalian sisa ladang.

 

5. Seksyen Babi

  • Memberi khidmat nasihat dalam semua aspek pembangunan industri babi.
  • Mewujudkan status bebes penyakit dikawasan Pembangunan Kawasan Penternakan Babi (PFA).
  • Bertindak sebagai pihak perancangan program-program industri babi
  • Mengurangkan pencemaran alam sekitar melalui manipulasi pemakanan, meningkatkan pembangunan teknologi pengolahan sisa, pembangunan air, pncemaran udara serta mengguna semula sisa sebagai baja organik.
  • Mengawal penyakit zoonitik dengan rapi untuk mengelakkan jankitan penyakit babi kepada manusia.

 

6. Seksyen Aneka Haiwan

  • Merancang, menyelaras serta melaksanakan program-program pembangunan industri aneka haiwan yang meliputi ternakan rusa, arnab, burung walit, landak dan burung unta.
  • Menggalakkan aktiviti perladangan dan pengeluaran dalam industri aneka haiwan untuk tujuan pengeluaran makanan dan rekreasi
  • Mempromosi pengeluaran produk-produk primer dan produk-produk tambah nilai dalam industri perladangan aneka haiwan
  • Membimbing pengusaha industri aneka haiwan  ke arah pengamalan kaedah perladangan yang baik

 

7. Seksyen Pelaburan

  • Memberi khidmat nasihat berkenaan peluang pelaburan, ekonomi ladang dan pemasaran
  • menyelaras Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC) untuk sektor ternakan
  • Pengurusan insentif bagi sektor ternakan
  • Melaksanakan promosi pelaburan dalam bidang usaha ternakan
  • Menguruskan pendaftaran MOA Inc bagi projek-projek sektor ternakan


Kemaskini pada 2015-11-13 11:21:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page


Etc/GMT+4
Jumlah Pelawat : 4543039 Tarikh Kemaskini : 23-11-2017
Hari IniHari Ini506 Jumlah PelawatJumlah Pelawat4543040