FUNGSI BAHAGIAN
Fungsi Bahagian Pengurusan Biosekuriti dan SPS secara khususnya mengikut seksyen adalah seperti berikut:
1. SEKSYEN ZOONOSIS DAN KESIHATAN AWAM
- Merancang dan menyelaras program pengawalan penyakit-penyakit zoonotik
- Menyelaras program pengawalan penyakit bawaan makanan dan residu makanan
- Menyelaras dan mengawal penggunaan biologik dan drug veterinar
- Menyelaras dan melaksanakan program dan aktiviti kebajikan haiwan bersama agensi kerajaan dan swasta
- Meningkatkan kesedaran mengenai penyakit zoonotik, keselamatan makanan dan kebajikan haiwan
2. SEKSYEN PEMERIKSAAN VETERINAR
- Merancang, menyelaras, mengurus dan menjalankan pemeriksaan veterinar
- Pemeriksaan loji dan rumah sembelih luar negara untuk keperluan bahan mentah di dalam Negara
- Melaksanakan kawalan kualiti dan keselamatan ternakan dan produk berasaskan haiwan
- Menjalankan pemeriksaan
3. SEKSYEN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN IMPORT EKSPORT
- Pengawalan import eksport haiwan dan produk haiwan
- Pengurusan kuarantin haiwan dan pembangunan stesen kuarantin haiwan
- Pengurusan dan pentadbiran am seksyen
- Pengurusan kewangan seksyen
4. SEKSYEN EPIDEMIOLOGI DAN SURVELAN
- Mengesan, menyiasat dan mengkaji kejadian penyakit haiwan wajib lapor dalam populasi.
- Memantau dan menjalankan survelan penyakit haiwan secara aktif dan pasif
- Menguruskan sistem maklumat penyakit haiwan
5. SEKSYEN KAWALAN DAN PEMBASMIAN PENYAKIT
- Menyediakan perancangan strategik bagi program kebangsaan bagi pencegahan, kawalan dan pembasmian penyakit haiwan.
- Menyelaras dan memantau perlaksanaan program kawalan dan pembasmian penyakit kebangsaan
- Merancang, menyelaras dan memantau kempen kesedaran awam bagi penyakit ternakan
- Memantau program peningkatan imuniti ternakan ruminan dan bukan ruminan
- Memantau aktiviti pengurusan indeks penyakit di lapangan
- Menyelaras dan memantau kesiapsiagaan untuk menghadapi kejadian wabak penyakit.
Kemaskini pada 2020-08-04 15:30:45 daripada Administrator