Fungsi Bahagian
- Menyelaras, membantu merangka/menggubal serta menyemak dasar-dasar dan pelan strategik berkaitan Perkhidmatan Veterinar.
- Merangka halatuju strategik, menyelaras perancangan Projek/Program dan keperluan peruntukan pembangunan Jangka Panjang, Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Belanja Pembangunan Tahunan, serta memantau pelaksanaannya selaras dengan keperluan Dasar/Polisi sedia ada di Jabatan, Kementerian dana Kerajaan amnya.
- Menyelaras input maklum balas serta semakan maklumbalas mesyuarat Jawatankuasa Dasar (JKD), Jawatankuasa Perundangan (JKP), Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT), Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan Majlis Tindakan Pembangunan (MTPK) peringkat Kementerian, Mesyuarat YB Menteri MAFI dengan Exco-exco Pertanian Negeri.
- Menyelaras serta mengurusetiakan mesyuarat utama Jabatan, iaitu Mesyuarat J/Kuasa Pengurusan Dasar Jabatan (JPDJ), J/Kuasa Penyelarasan & Perancangan Jabatan (JPPJ), Mesyuarat Pengarah-pengarah, Mesyuarat J/Kuasa Pemandu ICT (JPICT), Mesyuarat J/Kuasa Induk Perundangan (JKIP) dan Mesyuarat J/Kuasa Pembangunan Jabatan(Pembangunan).
- Menyelaras, menyemak, menyunting dan mengemaskini maklumbalas Parlimen serta menjadualkan pegawai bertugas di sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
- Memantau dan menilai pelaksanaan dan keberkesanan Dasar/Pelan Strategik Jabatan dan Projek Pembangunan serta menyelaras, memantau dan menilai prestasi perkhidmatan Jabatan melalui KPI dan Piagam Pelanggan.
- Menyelaras pengumpulan data/maklumat ternakan, menyemak serta melakukan analisa perangkaan serta maklumat makro-ekonomi sub-sektor ternakan bagi tujuan penerbitan serta penyaluran data/maklumat kepada take holder dan jabatan/agensi luar yang berkaitan.
- Menyelaras program/projek/aktiviti pembangunan usahawan ternakan peringkat persekutuan dan negeri melalui pembina upayaan keusahawanan kepada usahawanternak, penganalisaan persekitaran pelaburan (senario pasaran dan kos pengeluaran) serta pembangunan model/pelan perniagaan berasas ternakan.
- Meneliti, menilai dan memberi komen/cadangan keatas kertas cadangan projek/program penternakan yang dimajukan kepada Jabatan.
- Menyelaraskan serta memantau pelaksanaan geran pembangunan usahawan seperti Geran Agropreneur Muda (GAM) dan Geran Agro-Pelancongan.
- Menyediakan, memantau dan memastikan sistem rangkaian dan keselamatan ICT dalam keadaan lancar, stabil dan selamat sepanjang masa.
- Menyelaras serta membangunkan keperluan ICT Jabatan meliputi keperluan hardware serta pembangunan sistem pangkalan data.
- Menyelaras pembinaan upaya kemahiran kakitangan Jabatan dalam bidang ICT serta keupayaan menggunapakai sistem pangkalan data yang telah dibangunkan Jabatan dan Kementerian.
- Menyelaras koordinasi hubungan antarabangsa selaku pihak berkuasa veterinar yang kompeten serta bagi tujuan pembangunan sub-sektor industri ternakan negera.
- Menyelaras penglibatan wakil Jabatan dalam mana mana platform peringkat antarabangsa.
Fungsi Seksyen
A. SEKSYEN PEMBANGUNAN DAN DASAR STRATEGIK
- Menyelaras pembangunan kerangka dasar, hala tuju strategik dan pelan tindakan utama sebagai panduan dalam membangunkan pelbagai program dan projek DVS.
- Menyelaras dan menyemak pembentangan kertas cadangan dasar atau perundangan DVS dalam pelbagai mesyuarat Jawatankuasa Tetap anjuran Kementerian/ Kerajaan seperti Jawatankuasa Dasar (JKD) MAFI, Jawatankuasa Perundangan (JKP) MAFI, Mesyuarat YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan dengan Exco-exco Pertanian Negeri, Mesyuarat Post-Cabinet MAFI, Mesyuarat Majlis Pembangunan Fizikal Negara (MPFN) dan Majlis Jemaah Menteri (MJM).
- Menyelaras dan menyemak maklum balas mesyuarat Jawatankuasa Tetap anjuran Kementerian seperti JKD MAFI, JKP MAFI, dan mesyuarat YB Menteri MAFI dengan exco-exco Pertanian Negeri.
- Menyelaras penyediaan maklum balas berhubung dasar-dasar perkhidmatan veterinar dan industri ternakan sebagai input dalam penyediaan dasar-dasar Kerajaan oleh pelbagai pihak serta pertanyaan - pertanyaan Parlimen.
- Menyelaras dan mengurus penyediaan permohonan projek-projek pembangunan Jabatan bagi mencapai sasaran pelan tindakan dasar-dasar strategik Jabatan dan selaras dengan pelan jangka panjang pembangunan DVS (RMK).
- Menyelaras dan mengurus pra pelaksanaan projek-projek pembangunan Jabatan bagi memastikan ketersediaan projek sebelum tahun pelaksanaan.
- Menyelaras dan mengurus pelaksanaan projek-projek pembangunan Jabatan melalui pemantauan serta pelaporan kemajuan fizikal dan kemajuan kewangan bagi memastikan projek mengikut perbatuan uyang telah disasarkan.
- Menyelaras dan mengurus pasca pelaksanaan projek-projek pembangunan Jabatan melalui pengesahan fizikal dan kewangan projek siap sepenuhnya melalui dokumentasi penyerahan lengkap bagi memastikan beroperasi dan berfungsi dengan baik.
- Menyelaras dan mengurus Rolling Plan (RP) RMK melibatkan penyediaan permohonan projek baru RP, penyelarasan pindaan skop & siling peruntukan tahunan/kos projek bagi projek pembangunan berdasarkan isu-isu semasa pelaksanaan supaya projek mencapai sasaran.
- Menyelaras pelaksanaan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa tetap Jabatan iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Dasar Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPDJ), Mesyuarat Pengarah-pengarah (MPP) Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Penyelarasan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPPJ), Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perundangan (JKIP) Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
B. SEKSYEN PENGESANAN DAN PENILAIAN
- Memantau dan menilai pelaksanaan dan keberkesanan Dasar/ pelan Strategik Jabatan.
- Menilai projek pembangunan melalui Aktiviti Penilaian Inspektorat dan penilaian Outcome.
- Menyelaras, memantau dan menilai prestasi KPI Jabatan.
- Menyelaras, memantau dan menilai Piagam Pelanggan Jabatan.
- Merancang, merekabentuk dan membangun program/kaedah/tatacara pengutipan data industri ternakan.
- Menyediakan maklumat prestasi pengeluaran komoditi ternakan kepada Bahagian, Jabatan, MAFI, DOSM, MOF Bank Negera dan lain-lain Kementerian/Jabatan/Agensi Luar.
- Menyediakan data bagi penerbitan Buku Perangkaan Ternakan.
C. SEKSYEN PELABURAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
- Menyelaras maklumat dan sumber dana pelaburan kerajaan berkaitan penternakan, perkhidmatan khidmat nasihat dan runding cara tentang pelaburan.
- Memantau persekitaran pelaburan bidang penternakan meliputi kos pengeluaran semasa serta pasaran.
- Membuat analisis data dan maklumat pasaran untuk kegunaan dalaman Jabatan, pemegang taruh, pemain industri, usahawan dan pelabur serta menyelaras peluang pasaran eksport komoditi.
- Menilai dan mengurus sokongan kertas cadangan pengusaha dan pelabur dalam mendapatkan sokongan Jabatan bagi dana kerajaan dan swasta.
- Menyelaras aktiviti pembangunan usahawan ternakan anatara negeri-negeri dan juga di peringkat Persekutuan.
- Membangun dan menambah baik Rancangan Perniagaan berdasarkan trend dan persekitaran semasa ekonomi Negara.
- Mengawalselia polisi dan dasar pelaburan industri penternakan.
- menilai, menambah baik dan mengemaskini data ekonomi semasa dan jangkaan masa hadapan.
- Menggalakkan pelaburan industri ternakan dengan menerokai pasaran baru bagi tujuan eksport produk sedia ada yang berdaya saing.
- Meningkatkan nilai pelaburan agromakanan mengikut sktor ternakan.
- Meningkatkan bilangan Agropreneur muda serta keupayaan budaya saing dengan pemberian bantuan yang sewajarnya.
- Naik taraf ushawan agropelancongan dengan pemberian bantuan serta khidmat nasihat yang sewajarnya.
D. SEKSYEN ANTARABANGSA
- Mengurus program perhubungan dan kerjasama bilateral dan multilateral dengan agensi lain dalam dan luar negara.
- Menguruskan hal ehwal antarabangsa yang melibatkan Jabatan.
- Menyelaras pengumpulan input dari bahagian sumber untuk pengemaskinian butiran keperluan produk (berasaskan haiwan) di dalam perdagangan antarabangsa (FTA).
- Menyelaras pengumpulan input teknikal Jabatan dan persediaan mesyuarat TWG kepada ASEAN Secretariat bagi semua ASEAN TWG (ASEAN Focal Point for Communication).
- Membantu OIE Desk Officer untuk menguruskan persediaan KPPV dan delegasi Malaysia ke Persidangan Tahunan OIE (OIE SG) di Paris. (OIE National Focal Point for Communication)-(Urusan kelulusan ke luar negara - MAFI-KLN).
- Memberikan makluman kepada Seksyen Komunikasi Korporat untuk pengemaskinian protokol import dan eksport haiwan dan produk haiwan serta pengemaskinian senarai abatoir/loji pemprosesan luar negara melalui laman web rasmi Jabatan dan juga media cetak.
- Membantu JK Induk penganjuran persidangan antarabangsa (OIE, ASEAN TWG) apabila Malaysia menjadi tuan rumah kepada persidangan ( Communication Focal Point).
E. SEKSYEN PENGURUSAN MAKLUMAT VETERINAR
- Merancang, menyelaras dan memantau pembangunan serta penyelenggaran Sistem Maklumat Veterinar yang bersesuaian dengan keperluan jangka pendek dan panjang DVS.
- Merancang, mengurus dan memantau pengurusan pangkalan data Jabatan dan mentadbir urus pengurusan projek ICT Jabatan.
- Merancang, mengurus dan memantau pengurusan aset ICT dan perbelanjaan mengurus ICT Jabatan.
- Merancang dan menyelaras program pembudayaan ICT serta memantau pengurusan dokumen ISMS, ISP dan DKICT Jabatan.
- Mengurus, menyelaras dan memantau pengurusan pusat data serta pengurusan rangkaian keselamatan ICT Jabatan.
- Merancang, mengurus dan melaksanakan Portal Jabatan dan kemudahan ICT serta memberi khidmat sokongan teknikal ICT Jabatan.
Kemaskini pada 2022-02-14 10:24:14 daripada Administrator