November 23, 2017   11:25 AM
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
 

Bahagian Diagnostik dan Kepastian Kualiti

OBJEKTIF BAHAGIAN

1. Menggalakkan pengusaha ladang ternakan, premis perladangan walit, loji pemprosesan dan rumah penyembelihan menyertai Skim Pensijilan Jabatan.

2. Memperkukuh penerapan sistem kualiti di peringkat Jabatan dan industri ternakan dan hasilan haiwan.

3. Memperkasa perkhidmatan analisis makmal bagi menyokong program-program Jabatan dalam menjamin kesihatan ternakan dan kesihatan awam.

 

FUNGSI BAHAGIAN
Fungsi Bahagian Diagnostik Dan Kepastian Kualiti secara khususnya mengikut seksyen adalah seperti berikut:

 

1. SEKSYEN AUDIT DAN PENSIJILAN

  • Melaksanakan proses audit dan pensijilan ladang, premis perladangan walit dan loji pemprosesan;
  • Menyelaras maklumat dan data-data aktiviti audit dan pensijilan di peringkat Jabatan.

 

2. SEKSYEN PEMBANGUNAN SISTEM KUALITI

  • Menyelaras dan memperkukuh pelaksanaan pembangunan sistem kualiti Jabatan serta penglibatan dalam pembangunan standard/garis panduan/kod amalan dengan lain-lain agensi.

 

3. PERKHIDMATAN MAKMAL

  • Menjalankan ujian makmal bagi menyokong program-program Jabatan yang meliputi kawalan penyakit haiwan, kebersihan dan keselamatan produk haiwan, pensampelan makanan haiwan dan kawalan pencemaran ladang ternakan.
  • Membangunkan dan mengadaptasi kaedah pengujian yang lebih berkesan dan cepat.
  • Memberi latihan teknikal kepada pelanggan dalaman  dan luaran.


Kemaskini pada 2015-11-13 12:18:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page


Etc/GMT+4
Jumlah Pelawat : 4542983 Tarikh Kemaskini : 23-11-2017
Hari IniHari Ini450 Jumlah PelawatJumlah Pelawat4542983