November 24, 2017   7:05 PM
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
 

Bahagian Pembangunan Sumber Teknologi Ternakan

Objektif Bahagian :

  1. Meningkatkan kualiti sumber genetik ternakan.
  2. Meningkatkan penggunaan teknologi dalam bidang pemakanan, pembiakbakaan dan pengurusan ladang ternakan.
  3. Meningkatkan kepakaran teknikal dalam bidang teknologi penternakan.


    FUNGSI BAHAGIAN

Fungsi Bahagian Pembangunan Sumber Dan Teknologi secara khususnya mengikut seksyen adalah seperti berikut:

 

1. SEKSYEN PEMAKANAN HAIWAN

  • Menyediakan khidmat kepakaran dan pemindahan teknologi dalam bidang pemakanan ternakan.
  • Menyelaras program pembangunan dan aplikasi teknologi dalam pengeluaran bahan makanan ternakan.
  • Menilai pelbagai sumber yang sesuai dan berpotensi sebagai bahan makanan ternakan.
  • Mengawalselia penguatkuasaan Akta Makanan Haiwan 2009 (Akta 698)

Menjalin kerjasama dengan Jabatan/Agensi lain di peringkat negara dan antarabangsa dalam pelbagai aspek berkaitan pemakanan haiwan.

 

2. SEKSYEN PEMBANGUNAN SUMBER GENETIK

  • Menguruskan pembangunan ladang-ladang Jabatan sebagai model ladang komersil berimpak tinggi.
  • Menyelaras pengeluaran  baka ternakan bernilai biak tinggi.
  • Menilai dan menambahbaik pelbagai teknologi dan sistem pengeluaran ternakan.
  • Memberikan khidmat kepakaran teknikal, bimbingan dan latihan dalam aspek pengeluaran dan pengurusan ternakan.
  • Menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang kajiselidik gunaan.

 

3. SEKSYEN TEKNOLOGI PEMBIAKAN DAN PEMBIAKBAKAAN

  • Menyelaras pelaksanaan program peningkatan genetik dan fertiliti ternakan.
  • Menyelaras pelaksanaan program pemuliharaan dan penggunaan sumber genetik haiwan.
  • Menyediakan kepakaran, melatih dan membimbing pelanggan dalam aplikasi teknologi pembiakan.
  • Membimbing pengusaha ternakan dalam aspek pengurusan pembiakan dan pembakaan.
  • Menilai kesesuaian pelbagai jenis baka untuk industri ternakan

 

4. INSTITUT BIODIVERSITI VETERINAR KEBANGSAAN

  • Mengeluarkan semen dan embrio ternakan berkualiti tinggi.
  • Menjalankan penyelidikan gunaan dalam bidang pembiakan dan pembakaan ternakan
  • Mengkaji kesesuaian dan potensi pelbagai jenis baka untuk kegunaan industri ternakan
  • Memberi khidmat perundingan, bimbingan dan rujukan teknikal  dalam bidang pembiakan dan pembakaan.
  • Menjalankan penyelidikan, pemuliharaan dan mewujudkan pengkalan maklumat sumber genetik haiwan tempatan.


Kemaskini pada 2015-11-13 12:25:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page


Etc/GMT+4
Jumlah Pelawat : 4545349 Tarikh Kemaskini : 24-11-2017
Hari IniHari Ini1056 Jumlah PelawatJumlah Pelawat4545349